23/01/2022
TRAVELOG PENDIDIKAN JEPUN 2 - Anak Jepun kena jalan ke sekolah tanpa dihantar oleh mak abah sejak umur 6 tahun. Seperti dijanjikan, saya dan isteri, Intan Salwani akan mulakan perkongsian santai-santai tentang pendidikan di Jepun. Ini gambar yang saya ambil dari train dalam bandaraya Tokyo. Heran juga kan? Atau sebenarnya best benar bila negara Jepun mampu menyediakan satu persekitaran selamat dan diyakini oleh ibu bapa melepaskan anak mereka jalan sendirian seumur 6 tahun ataupun dalam gred 1.
Macam anak Jepun dalam gambar ini saya perhatikan, dia masuk sendirian berbaju sekolah tanpa orang tua. Namun orang-orang Jepun yang lain di sekitarnya menjaga anak ini seperti anak mereka p**a. Sebab mereka juga ada anak yang orang lain jalankan tanggungjawab untuk pastikan keselamatan anak mereka p**a. Menjaga keselamatan anak-anak bersekolah ini adalah tanggungjawab semua warganegara.
Ada lagi, tak lah mereka ni jalan sendirian saja-saja. Di Jepun, jenayah tu kalau berlaku, dalam kiraan minit dah dapat tangkap penjahatnya. CCTV merata-rata dan setiap orang p**a menjadi Minah dan Mat Kepoh juga menjaga anak-anak ini.
Sekolah rendah mensyaratkan anak-anak ini tinggal dalam kawasan yang sama dalam radius 4km. Ini radius berjalan kaki. Kalau pelajar menengah rendah p**a, boleh lah sejauh 6km dari sekolah. Dah banyak negara maju saya pergi, New Zealand baik, Switzerland baik dan kali ni Jepun p**a. Semua negara ini tak hantar anak sekolah di Hiroshima sedangkan keluarga duduk di Tokyo hanya disebabkan sekolah di Hiroshima tu prestasi dia tinggi level-level Sekolah Tun Fatimah atau MRSM Taiping. Dengan yakin bercampur separa angkuh mereka berani katakan “Semua sekolah di Jepun adalah bagus, sekolah yang terbagus ialah sekolah yang anak-anak mereka boleh balik rumah hari-hari macam Nobita dan Shizuka”. (Bahagian last tu saya tambah sikit sebagai rencah Ajinomoto)
So, kenapa budak dalam gambar ni sorang-sorang naik tren? Jauh sangat ke sekolahnya?. Bersangka baik, anak Jepun dalam gambar ini cuma ambil tren 1 stesyen jer nak ke sekolah. Hakikat sebenar, mungkin beliau baru balik lepak Central Market makan cendol dengan kawan-kawan. Knowing mak jemah network di Jepun sangat komprehensif, tak adanya budak ni boleh terlepas pergi CM makan cendol dengan kawan-kawan kalau Mak Jemah dalam kejiranan tak bermesyuarat tingkap bercakap tentang anak Si Polan dan Si Joyah ni balik sendiri-sendiri naik keretapi dan tak join pack jalan kaki sekolah mereka. Biasanya, akan kantoi.
Di Malaysia, saya sendiri tak ada kepercayaan dengan membenarkan anak jalan sendiri-sendiri seumur 6 tahun walaupun pergi sekolah depan rumah sahaja. Kalau boleh nak kena menghantar sampai depan cikgu. Tak tahu sama ada saya tak percaya orang lain atau tak percaya anak sendiri. Ntah lah…u all macam mana? Sanggup lepaskan anak jalan kaki pergi sekolah?
Ada satu lagi, penyusunan anak-anak ini berjalan kaki dari rumah ke sekolah dan dari sekolah p**ang ke rumah juga ada aturan dengan satu sistem yang menarik. Atau mudahnya saya namakan “Sistem berjalan dengan kengkawan”. Tapi itupun ada sistem juga. Nanti saya cerita dalam post yang lain.
SAIFUL NANG & INTAN
Jepun