30/05/2026
MEMORI DI HARAMAIN | ZIARAH DATARAN JABAL NUR & MUZIUM AL-QURAN 📖✨
Di bumi Makkah…
ada tempat yang membuatkan hati terasa kecil,
namun dalam masa yang sama… terasa sangat dekat dengan langit.
Di Jabal Nurr,
berdirinya sebuah bukit yang menyimpan sejarah agung umat Islam.
Di celah sunyi Gua Hira…
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama.
Bermulanya cahaya yang mengubah dunia.
“ٱقْرَأْ” — Bacalah.
Satu kalimah yang membuka jalan ilmu, iman, dan petunjuk hingga ke hari ini.
Melihat Jabal Nur dari bawah sahaja sudah membuat dada terasa sayu…
Bagaimana agaknya kuatnya perjuangan Rasulullah ﷺ mendaki dan beribadah di tempat itu dalam keadaan serba sederhana.
Kemudian perjalanan diteruskan ke Muzium Al-Quran…
Tempat yang mengingatkan kita bahawa Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca,
tetapi untuk difahami, dijaga, dan diamalkan.
📖 Ayat-ayat yang dibaca setiap hari
📖 Kisah para nabi yang menyentuh hati
📖 Dan mukjizat Al-Quran yang kekal terpelihara sepanjang zaman
Kadang kita terlalu sibuk mengejar dunia…
hingga lupa bahawa petunjuk hidup sebenarnya sudah lama berada di tangan kita.
Haramain mengajar kita—
semakin dekat dengan Al-Quran,
semakin tenang jiwa menghadapi kehidupan.