16/03/2026
~~Sharing of the day 🥰🥰🥰
16 Mac 2026
📌I N F O K R A F
KEK TENUN TRADISIONAL SUKU KAUM IRANUN (AULON)
Aulon ialah alat tenun tradisional masyarakat Iranun di Sabah yang berbentuk kek sandang belakang (backstrap loom) dan digunakan untuk menghasilkan kain tenunan antaranya Mugah, Siambitan, Dastar dan Baraguru, serta beberapa jenis tenunan tradisional lain. Alat ini terdiri daripada beberapa komponen utama antaranya saulaya, liliden, bubungen, bibitan, surud, pasiga, barira, paguta dan palati, yang masing-masing mempunyai fungsi tertentu dalam proses menenun.
Kebanyakan komponen aulon diperbuat daripada buluh, kayu keras tropika, rotan dan bahan semula jadi lain yang mudah diperoleh di persekitaran tempatan. Struktur alat ini membolehkan penenun mengawal susunan serta ketegangan benang lungsin (loseng) dan benang pakan bagi menghasilkan tenunan yang kemas dan padat.
Penggunaan aulon mencerminkan kemahiran tradisional masyarakat Iranun yang diwarisi secara turun-temurun serta menjadi sebahagian penting dalam warisan tekstil tradisional Sabah.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Kraf Kota Belud, Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah
📞 088-977 718
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Jom ikuti kami di: / Follow Us On:
page :
Kraftangan Malaysia - Cawangan Sabah
Kampus Satelit IKN Sabah
Kraf Komuniti Ku Sabah
Instagram :
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Like & Share ✌️😉👍