15/05/2025
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menegaskan orang ramai agar tidak menerbangkan dron sepanjang penganjuran LIMA`25 di Langkawi, Kedah.
Larangan ini termasuk tempoh bermula dari 14-19 Mei 2025 iaitu sepanjang latihan pertunjukan udara yang turut melibatkan kawasan Alor Setar, Kedah serta dari 20-24 Mei 2025 iaitu semasa pertunjukan udara LIMA`25 berlangsung di Langkawi.
Ini bertujuan untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai serta pelbagai jenis pesawat yang sedang mengadakan latihan dan pertunjukan udara di beberapa lokasi sekitar Langkawi.
Ditegaskan bahawa, sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs).
βββββββββββββββββββββββββββββββββββββββββββββββββββββββββ
The Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) urges the public not to fly drones during LIMAβ25 in Langkawi, Kedah.
This prohibition is also applicable from 14-19 May 2025, during the airshow practice sessions, which will also involve the Alor Setar area and from 20-24 May 2025, during the LIMAβ25 airshow in Langkawi.
The prohibition aims to prevent and minimize the risk of any potential incidents, particularly regarding the safety and security of the public as well as the operating aircraft throughout the training and airshow period in the vicinity of Langkawi.
CAAM would like to to emphasize that any drone activities, including operations that could pose danger to the public or property, are subject to Section 4 of the Civil Aviation Act 1969 (Act 3), Regulations 98, Regulations 140-144, Civil Aviation Regulations 2016 and Civil Aviation Directives (CADs).