Ibrahim Holidays Travel Sdn. Bhd.

Ibrahim Holidays Travel Sdn. Bhd. Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ibrahim Holidays Travel Sdn. Bhd., Travel Company, No 45, Jalan Kirana 1, Taman Kirana, Kuala Berang.

Kami merupakan travel agency berlesen dengan no pendaftaran: 880316-W, dan no lesen, KPK/LN 7691

berpengalaman sejak tahun 1993, menguruskan jemaah Haji Dan Umrah

Semoga Allah stw kurniakan hj mabrul kpd hamba2nya sedang berada d padang Arafah sekarang  ini 🤲
26/05/2026

Semoga Allah stw kurniakan hj mabrul kpd hamba2nya sedang berada d padang Arafah sekarang ini 🤲

26/05/2026

Aidiladha 1447H 🌙

Kadang, yang paling berat bukan memberi…
tapi melepaskan.

Hari ini, kita belajar tentang erti pengorbanan yang sebenar 🤍

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم
Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu
Selamat Hari Raya Aidiladha

-Ikhlas daripada Ibrahim Holidays Travel Sdn Bhd

26/05/2026

Hari Arafah

Hari di mana Allah paling dekat dengan doa hamba-Nya.
Jangan biar hari ni berlalu kosong…

🤲 Semoga doa kita hari ni,
jadi titik perubahan hidup kita…

Langit Hari Arafah sedang memanggil. Kalau ada hari untuk kita 'berangan besar' tanpa rasa malu pada Tuhan... inilah har...
25/05/2026

Langit Hari Arafah sedang memanggil. Kalau ada hari untuk kita 'berangan besar' tanpa rasa malu pada Tuhan... inilah harinya 🥺🤍

Ada impian yang kita rasa terlalu mustahil sampai kita takut nak sebut dalam doa. Ada penat yang kita simpan sendiri sebab tak tahu nak cerita dekat siapa

Hari ini, bawa semua serpihan harapan itu. Tadahkan semula pada-Mu, ya Allah

Hari Arafah adalah hari apabila langit dunia dihujani rahmat-Nya.

Mulut mungkin terkunci sebab hati terlalu sarat, tapi Dia Maha Mendengar rintihan, walau hanya sebuah air mata yang tumpah di atas sejadah.

Semoga suatu hari nanti, kita mampu pandang semula hidup kita dan tersenyum.

"Patutlah Allah suruh aku tunggu dulu. Aturan-Mu jauh lebih indah."

👇 Jom saling mendoakan. Tulis satu doa yang paling dekat dengan hati awak dekat komen. Kita aminkan sama-sama. Mana tahu, ada antara lisan di sini yang asbab doa awak termakbul.

Amin, Ya Rabbal 'Alamin. 🤲🤍

Esok, 25 Mei (8 Zulhijjah), Hari Tarwiyah. Hari bermulanya perjalanan Haji yang sebenar.Saat ini,  jemaah haji mula berg...
24/05/2026

Esok, 25 Mei (8 Zulhijjah), Hari Tarwiyah. Hari bermulanya perjalanan Haji yang sebenar.

Saat ini, jemaah haji mula bergerak menuju ke Mina, sebagai persiapan sebelum kemuncak Wukuf di Arafah. Udara juga mula bergema dengan laungan talbiah.

“Labbaikallahumma Labbaik...”
“Labbaikallahumma Labbaik...”

Bagi kita yang berada di tanah air, jom rebut keberkatan hari yang mulia ini;

✅ Berpuasa Sunat: Sunat berpuasa 8 Zulhijjah (Hari Tarwiyah) sebagai persediaan sebelum Puasa Arafah keesokannya.
✅Memperbanyakkan Zikir: Basahkan lidah dengan takbir, tahmid, dan tahlil.
✅Berdoa: Rebut peluang keemasan di hari-hari yang paling dicintai Allah ini.

Niat puasa sunat Tarwiyah malam ini ya!

Moga Allah terima amal ibadah kita dan menjemput kita ke Tanah Suci suatu hari nanti. Amin 🤲🏻

💛 Ibrahim Holidays Travel Sdn Bhd
Sedang buka pakej Umrah upcoming:
📍 Ogos
📍 Oktober

👉 Tempat terhad —
Mungkin ini langkah pertama awak menuju Baitullah.

DM / WhatsApp kami untuk detail 🤍


19/05/2026

Ramai jemaah Haji sekarang dah pun berada di Tanah Suci.
Di Mekah, suasana sangat berbeza…

Awal-awal dulu, ramai yang risau.
Dengan keadaan dunia yang tak menentu, ada yang tertanya-tanya…
“Haji tahun ni jadi ke?”

Tapi Allah sebaik-baik Perancang.
Alhamdulillah… mereka tetap dijemput menjadi tetamu-Nya 🤍

Sekarang ni p**a, mereka dah masuk fasa paling penting.
Fasa yang penatnya lain macam… tapi ganjarannya tak ternilai.

Bayangkan…

Mereka keluar dari keselesaan hotel,
berjalan jauh, berhimpun bersama jutaan manusia,
beribadah bersungguh-sungguh di Arafah,
bermalam di Muzdalifah,
dan meneruskan ibadah di Mina…

Semua itu… hanya untuk satu tujuan:
👉 memohon keampunan daripada Allah
👉 mengejar Haji yang Mabrur

Kita di Malaysia mungkin tak berada di sana,
Tapi jangan rasa kita tak ada peluang.

Hakikatnya, 10 hari awal Zulhijjah ni
tetap terbuka luas untuk kita kumpul pahala BESAR

Jangan biar hari-hari ni berlalu macam tu je…
👉 Ini yang kita boleh mula, dari sekarang:

✅ Puasa sunat (lagi-lagi 9 Zulhijjah – Hari Arafah)
✅ Zikir simple tapi konsisten
(Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar)
✅ Sedekah ikut kemampuan
✅ Jaga solat awal waktu (yang wajib dulu 💯)
✅ Baca Al-Quran walaupun 1 muka sehari
✅ Banyakkan doa… cakap je apa yang terlintas di hati

Tak perlu tunggu sempurna baru nak mula…

Kadang kita tunggu “nak berubah betul-betul”
sampai akhirnya… tak mula langsung.

Sedangkan,
Allah lebih s**a yang kecil… tapi berterusan 🤍

Mana tahu…
inilah 10 hari yang Allah pilih untuk ubah hidup kita.

🤲 Ramai juga yang tengah kumpul doa,
berharap satu hari nanti dapat jejak ke Tanah Suci…
Kalau bukan tahun ni,
moga Allah jemput kita pada waktu yang paling tepat.
Amin ya Rabb

Hari ni, awak dah mula yang mana satu?

"Betul ke Pakej Umrah naik harga sekarang? Berapa harga yang baru ya?"Sejak kebelakangan ni, ramai jemaah dan sahabat-sa...
17/05/2026

"Betul ke Pakej Umrah naik harga sekarang? Berapa harga yang baru ya?"

Sejak kebelakangan ni, ramai jemaah dan sahabat-sahabat tanya kami soalan yang sama

Jawapan jujur daripada kami..
Ya, betul. Pakej Umrah memang ada kenaikan harga baru!

Bulan lepas baru je kami terima update struktur harga tiket yang terbaru daripada pihak Airlines. Macam yang dijangka, harga tiket penerbangan makin meningkat

Faktor pergolakan global dan keadaan semasa di luar sana sedikit sebanyak memang beri kesan langsung pada kos industri travel sekarang

Kami faham, bila sebut bab naik harga ni mesti ramai yang rasa berat hati. Tapi sebagai sahabat yang menjaga amanah anda, prinsip Ibrahim Holidays Travel senang sahaja—kami tak nak korbankan kualiti, keselamatan, dan keselesaan anda di sana semata-mata nak kejar harga murah.

Bagi kami, urusan Umrah ni bukan travel biasa. Ini urusan jemputan Allah.

Bila anda sampai di depan Kaabah nanti, kami nak anda fokus beribadah dengan tenang dan khusyuk tanpa perlu pening fikir bab kebajikan atau hotel yang terlalu jauh. Value dan ketenangan itu yang kami nak jaga betul-betul.

🕋 Harga & Pakej Terkini (1447H / 2026), korang boleh terus tengok pada Poster Pakej yang kami sediakan kat bawah ni ya! 👇

Niatkan saja, selebihnya kita usaha dan doa

Yakinlah, setiap sen yang kita keluarkan untuk ke jalan Allah, tiada satu pun yang sia-sia. Allah SWT itu Al-Wahhab (Maha Pemberi) dan Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki). Kalau niat di hati kita dah bulat nak jadi tetamu-Nya, Dia pasti akan lorongkan jalan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.

Kami sarankan untuk kita sembang awal dan lock slot siap-siap sebelum harga flight naik lagi untuk musim seterusnya

Jom borak santai-santai dengan kami dulu, kita rancang sama-sama:
👉 https://www.wasap.my/+60139779501/umrah2026

👉 https://www.wasap.my/+60139779501/umrah2026

“Melangkah dengan tenang, beribadah dengan khusyuk bersama Ibrahim Holidays Travel.”

09/05/2026

Kadang kita ingat reward tu mesti besar-besar, mahal-mahal..
Tapi sebenarnya, yang paling kena dekat hati — bila usaha kita dihargai 🥹

Trip kali ni lain sikit.
Private trip, small group -semua perempuan.
Geng PERKIP yang memang aktif, rajin, komited 💪

Dan yang paling best..
👉 Trip ni ditaja oleh persatuan sendiri sebagai tanda penghargaan.

Bayangkan… dari selalu bagi komitmen, bantu program, support sana sini —
Akhirnya dapat reward jalan-jalan sama-sama ke Hatyai 🇹🇭

Pergi pagi Khamis, sabtu gerak balik. Full weekend! 🤗
Gelak ketawa, makan sama-sama, jalan sama-sama.
Simple trip, tapi penuh kenangan ❤️

Kadang bukan tempat tu yang buat kita happy…
Tapi siapa yang ada dengan kita masa tu ✨

Kalau group korang pun nak buat trip macam ni
Private, santai, tak serabut… memang sesuai sangat

👉 Boleh PM kita, kita bantu plan dari A sampai Z
Van, itinerary, hotel… semua settle 👍





29/04/2026

Kadang-kadang, diam itu bukan kosong
Ia penuh… dengan rasa yang tak sempat diberi nama

Dari luar, semuanya kelihatan biasa.
Senyum masih ada, langkah masih berjalan.
Tapi di dalam, ada sesuatu yang sedang perlahan-lahan lelah

Tak semua yang berat itu perlu dijelaskan.
Ada luka yang memilih untuk tinggal dalam diam,
tanpa suara, tanpa cerita

Dan saat sunyi datang,
baru terasa… betapa banyak yang sebenarnya dipendam

Mungkin tak perlu difahami semuanya hari ini.
Mungkin cukup sekadar mengaku—
bahawa hati ini sedang penat

Dan dalam penat itu,
masih ada satu harapan kecil…

Bahawa di suatu tempat, dalam aturan yang tak terlihat,
sedang ada jalan yang disediakan—
untuk p**ang,
untuk tenang,
untuk sembuh, perlahan-lahan 🤍






20/04/2026

"Ya Allah... aku dah sampai."

Tiga patah perkataan, tapi cukup untuk buat hati bergetar hebat bila pertama kali nampak Kaabah depan mata

Waktu itu, segala memori penat lelah, ujian hidup, dan doa-doa yang kita simpan bertahun lama, semuanya tumpah di situ. Tak perlu cerita panjang pun tak apa. Diam itu lebih difahami oleh DIA

Sebab ini bukan sekadar perjalanan pelancongan. Ini adalah janji hati dengan Tuhan. 🤍

Apa perasaan korang masa pertama kali nampak Kaabah dulu? Jom share di komen







Address

No 45, Jalan Kirana 1, Taman Kirana
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60139858257

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibrahim Holidays Travel Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ibrahim Holidays Travel Sdn. Bhd.:

Share

Category