19/06/2022
Hello genk! π«ΆπΌ
Jom sambung!
1. 12 hrs ELECTRICITY
Haaa sudahhhh. Macam mana pulak ni deeja? Kebanyakkan chalet kat Long Beach (Perhentian kecil), memang 12 jam elektrik sahaja sebab kat pulau bergantung pada generator. Dari jam 7 pagi - 7 malam diorang off elektrik. Jadi, kalau korang nak bawak kipas yang guna bateri tu, boleh sangat ha! Walaupun 12 hrs sahaja, bukan kata tempat tido tak selesa ke hapee. Okay je semua. Korang boleh prepare POWERBANK terus. Lagi cun! Tapi ada jugak yang 24 hrs electricity taw! Jangan risau π apa apa, kita PM tepi? π
2. BUDGET ACCOMMODATION
Kalau korang backpackers @ datang untuk trip santai santai, deeja memang akan rekomen untuk stay kat Long beach sebab penginapan kat sana memang bajet. Harga bajet tapi penginapan kayangan. Ha gicceww. Kayangan + selesa. Sapeee yang takmao? Yedakkk? π€£ lagipun, kat area long beach ada banyak pilihan kedai makan, fireshow pun ada kat sini! HAAA GI TENGOK VIDEO FIRESHOW YANG DEEJA POST KAT REELS. Dah tengok, tinggal π₯ seketoi eh.
3. WALKING DISTANCE
Haa yang ni sangat penting untuk korang tahu. Sebab ada sesetengah yang bertanya, kena sewa kereta ke bila sampai kat pulau? Haa takyah pun sebab nya semua tempat korang boleh sampai dengan hanya jalan kaki. Sambil sambil cukupkan 10k steps. Memang helloook naww. π€£ kalau deeja, tinggal je selipar kat bilik sebab nak kaki rasa kehalusan pasir. Jalan atas pasir pantai, fuhhh feelings dia..lain maciam eh? π₯Ή