Agen Kuala Kangsar&Taiping In Saff Travel and Tours

Agen Kuala Kangsar&Taiping In Saff Travel and Tours Agen Umrah dan Pelancongan In Saff Travel &Tours Kuala Kangsar

27/12/2022

Umrah 9hari bwah 6k(tanpa makan) krn mknn senang dpt

25/12/2022
🕋 25 Hari 23 Mlm ✈️Air Asia X, Bermula dari ‼️RM6770‼️Ta'if ➡️ Mekah ➡️ Madinah*Limited Seat* / Trip 4 December 2022D7 7...
29/10/2022

🕋 25 Hari 23 Mlm ✈️
Air Asia X, Bermula dari ‼️RM6770‼️
Ta'if ➡️ Mekah ➡️ Madinah
*Limited Seat* / Trip 4 December 2022

D7 700 04 DEC KUL JED 0520 0950
D7 701 27 DEC JED KUL 1120 0110+1

10/10/2022

Tentang Raudhah Musim 1444.

Baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi tren. Saya tersenyum memandang lelaki Arab di depan saya.

"Kau kerja apa? Selalu ulang-alik ke sini?"

Saya mengangguk. "Mandub. Bawa jemaah umrah."

Tren baru sahaja bergerak meninggalkan bumi Madinah.

"Kalau kau nak tahu, aku kerja sebagai polis Raudhah. Di Masjid Nabawi. Pagi ini aku ke Jeddah sekejap. Nanti petang giliran shift aku bertugas."

Wow. Sidi Khalid, rupanya seorang polis yang menjaga Raudhah. Padanlah pernah tengok wajahnya.

Kami berbual panjang tentang Raudhah dan peraturan baru yang ditetapkan untuk jemaah.

Musim lepas, kerajaan saudi mewajibkan memakai aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna bagi yang ingin melaksanakan umrah dan masuk ke Raudhah.

Bagi musim ini, lain p**a. Panjang lebar Khalid menerangkan pada saya.

1. Tempahan slot untuk masuk ke Raudhah, perlu dibuat melalui aplikasi yang ditetapkan. Tiada tempahan, tidak boleh masuk. Macam musim lepas juga.

2. Terbaru, aplikasi yang digunakan adalah Nusuk, menggantikan Eatmarna dan Tawakkalna.

3. Musim lepas, Raudhah dibahagikan kepada dua, dan jemaah lelaki dan wanita boleh masuk serentak pada bahagian masing-masing.

4. Musim ini, Raudhah dibahagikan waktunya untuk dimasuki secara bergilir-gilir.

5. Waktu lelaki ialah
- Dari jam 12am hingga selepas Solat Subuh.
- Dari selepas Zohor hingga selepas Solat Isya.

6. Waktu perempuan p**a ialah
- Dari selepas Subuh hingga jam 1130am.
- Dari selepas Solat Isya' hingga jam 1200am.

7. Pintu masuk ke Raudhah ialah pintu 37. Sama ada lelaki atau perempuan.

8. Pintu 32 bukanlah pintu masuk ke Raudhah. Jika masuk pintu ini, jemaah akan dibawa ke kawasan sebelah Raudhah sahaja. BUKAN KAWASAN RAUDHAH SEBENAR.

9. Pintu masuk bagi jemaah menggunakan kerusi roda untuk lelaki ialah pintu no 7. Jemaah OKU dan pengiring diberi green lane untuk masuk dahulu.

10. Pemegang visa umrah mempunyai tempahan slot ke Raudhah berdasarkan tempahan dari muassasah masing-masing. Jika muassasah tidak tempah, sila tanya TA dan muassasah masing-masing ya.

11. Pemegang visa pelancong p**a, maaf, tiada tempahan dari muassasah. Jemaah perlu tempah sendiri slot melalui aplikasi Nusuk.

12. Pemegang visa umrah beruntung, kerana mempunyai 2 peluang masuk ke Raudhah. Melalui tempahan muassasah dan tempahan aplikasi Nusuk.

13. Isu yang kerap berlaku, khususnya waktu sibuk, slot penuh dan tiada kekosongan.

14. Bagi mengatasi masalah ini, sebaik sahaja dapat nombor visa, jemaah boleh terus apply slot dari Malaysia lagi menggunakan nombor Malaysia dan emel masing-masing. Rujuk mutawwif masing-masing.

15. Tempahan sebaiknya dibuat seminggu sebelum ketibaan di Madinah.

16. Apapun, nak masuk ke syurga adalah dengan rahmat Allah. Nak masuk ke Taman Syurga pun dengan izin dan rezeki daripada Allah. Andai ada 10 slot pun, tapi Allah tak izin, tak masuk juga.

17. Jangan marah-marah kalau tak dapat masuk. Tangisilah diri sendiri andai Allah tak izinkan kita masuk. Barangkali ada dosa yang belum terampun. Ada selawat yang belum sempurna.

18. Oh ya, jangan ambil hak orang lain. Misalnya cheat atau tumpang slot orang sampai pemilik slot asal tak dapat masuk. Zalim namanya.

Tiba di stesen Jeddah. Kami berpisah.

Khalid berpesan, "Kalau kau nak masuk Raudhah, telefon sahaja aku. Tapi untuk kau seorang sahajalah. Kalau grup, aku tak dapat tolong. Ada CCTV. Nanti aku kena inkuiri p**a." Kami ketawa bersama.

Terima kasih Sidi Khalid!

Abu Ahnaf
Rindu bau Raudhah...

Beli Simcard Arab Saudi3 nama pop**ar [Mobily, STC, Zain]. Saya pilih STC. Kerana Zain saya pernah guna sebelumnya.Harga...
09/10/2022

Beli Simcard Arab Saudi

3 nama pop**ar [Mobily, STC, Zain]. Saya pilih STC. Kerana Zain saya pernah guna sebelumnya.

Harga di Airport jika (STC) 10gb 80Riyal.

Tapi digalakkan beli dipersekitaran hotel kerana proses mendapatkan no telefon Arab Saudi perlu ambil masa kerana menggunakan;
1) Cap jari (setiap 1 handphone hanya 1 penama shj)
2) No visa (simpan no visa anda).

Harga dipersekitaran hotel;
• 2gb (25-30 riyal)
• 10gb (80-90 riyal)
10gb sudah memandai sepanjang 2 minggu di Arab Saudi. Kerana di hotel boleh guna WIFI (boleh jimat data). Rata2 hotel ada WIFI. Whatsapp/Telegram boleh guna seperti biasa.

Download 2 apps ini bagi mudahkan komunikasi dgn keluarga di Malaysia;
• Whatsapp;
- Mesej ✅
- Call & video call ❌. Akan terputus2.

• Telegram;
- Mesej ✅
- Call & video call ✅

BAGI BERKELUARGA RAMAI, boleh jimat dgn cara ini. Cth dalam keluarga ada 5 org. 1 atau 2 orang shj ambil pakej 10gb. Selainnya boleh ambil 2gb. Kerana di hotel boleh guna WIFI. Diluar hotel/ziarah salah seorang keluarga boleh share line hotspot.

Sekian.

Address

Jalan Dato' Sagor
Kuala Kangsar
33000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agen Kuala Kangsar&Taiping In Saff Travel and Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category