Menarik Di Lipis

Menarik Di Lipis Kami merupakan gabungan 12 pusat Internet dalam kluster lipis.

Powered By:
PI Kg Sama,PI Kg Budu,PI Kg Penjom,PI Kg Tempoyang,PI Kg Mela,PI Taman Kerambit Jaya,PI RTP Sg.Ular,PI Kg Telemin,Pi1m Kg Pagar Sasak,PI Kg Merapoh.

20/09/2024

*PETUA UNTUK MENJADI WANITA CANTIK*
1. Amalkan bangun pagi dan mandi sebelum masuk Azan Subuh.
2. Sebaik bangun tidur, sebelum menggosok gigi, minumlah 1 gelas air putih bersuhu bilik. Kulum air tegukan pertama di dalam mulut untuk seketika dan bacakan dalam hati Selawat Nabi 3 x, barulah disusuli dengan menghabiskan segelas air tersebut
3.Sewaktu membasuh muka di awal pagi atau setiap kali membasuh muka,tadah air ditapak tangan sambil bacakan Selawat Nabi 3x, hembuskan pada air dan usapkan air tersebut ke wajah bermula dari dagu menaik ke atas hingga ke dahi, ulang usapan ini sebanyak 3 x. Jangan basuh muka bermula dari dahi turun ke dagu kerana ini menyebabkan muka cepat berkedut.
4. Selepas solat Subuh, bacalah Surah Yusuf, kemudian teguk sebanyak 3 kali sahaja air suam, InsyaAllah ia membuatkan wajah awet muda dari usia sebenar.
5. Selepas solat Isya', amalkan baca Al-Fatihah 1 x, Ayatul Qursi 1 x dan surah Al-Waqiah dari ayat 35 hingga 38 sebanyak 7 x, ditiupkan pada segelas air dan niatkan
"Ya Allah perindahkanlah tubuh dan rohku dan perbaikilah hubungan dengan suamiku"
6. Surah Al-Waqiah ayat 35-38 juga elok dibaca di dalam hati sebanyak 3 x sebelum jirusan pertama air ke badan sewaktu mandi
7. Jangan makan bersulam air, sebaiknya minum air kosong 1 gelas 30 minit sebelum makan, dan 30 minit selepas makan
8. Amalkan membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah SWT
9. Perbanyakkan Selawat Nabi, sentiasa sedekah senyuman, perbanyakkan solat Tahajud
Amalkan hari-hari....in sha Allah kelihatan 'cantik'.

Aamiin...

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐁 𝐘𝐃𝐏 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟏𝟕 Assalamualaikum dan salam sejahtera,Kami dengan...
19/07/2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐉𝐈𝐖𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐏𝐁 𝐘𝐃𝐏 𝐀𝐆𝐎𝐍𝐆 𝐊𝐄-𝟏𝟕

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami dengan sukacitanya menjemput seluruh komuniti untuk hadir ke Program Jiwa Madani Khas Sempena Istiadat Pertabalan SPB YDP Agong Ke-17 yang akan diadakan seperti berikut:

📅 Tarikh: 20 Julai 2024 (Sabtu)
⏰ Masa: 9.00 pagi
📍 Lokasi: NADI Kampung Budu

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Lipis. Marilah bersama-sama memeriahkan majlis yang penuh bermakna ini. Kehadiran anda amat dialu-alukan dan diharap dapat memupuk semangat perpaduan dalam komuniti kita.

Sekian, terima kasih.

Semoga program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari komuniti.



15/03/2024

Ingat! Jangan mudah terpedaya dengan e-mel palsu sindiket penipuan. Semak terlebih dahulu sebelum bertindak.


18/10/2023

Address

NADI Daerah Lipis
Kuala Lipis
27200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60199564031

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Menarik Di Lipis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Our Story

Powered By: PI Kg Sama,PI Kg Budu,PI Kg Penjom,PI Kg Tempoyang,PI Kg Mela,PI Taman Kerambit Jaya,PI RTP Sg.Ular,PI Kg Telemin,PI Kg Pagar Sasak,PI Kg Merapoh,PI Tanah Rata (Cameron Highlands)