25/10/2025
Biasa tabiat Mat, yang mana minta bantuan untuk hebahan sumbangan, Mat akan datang ziarah sendiri terlebih dahulu. Bila ziarah akan buat soal selidik, kemudian siapkan video "tacing-tacing" dan baru buat posting hebahan.
Cuma kali ni memang Mat tak sempat ziarah terlebih dahulu. Masalahnya keadaan tak boleh tunggu. Keadaan anak ini, Asfa Qawiy sangat mendesak. Pembedahan pemindahan hati perlu dilakukan segera.
Mat kalah sikit bab hidup mati ni. Anak orang anak kita juga. Hari ni tak kena kat kita tapi esok lusa tak tahu macam mana pada keturunan kita p**a.
Maklumat lanjut boleh rujuk kat Nadi Permata Malaysia. Nak tengok video dan laporan terkini ada di sana.
Tolong ya. Kita bagi sorang sikit. Mudahan sumbangan kita ni menyelamatkan anak ini di dunia dan membawa kita kemudian ke syurga. Tak dapat sumbang duit, sumbang share makluman ni pun sangat membantu.
📅 17/10/2025 – 24/10/2025 | 12:30PM
💜 Jumlah Terkumpul: RM51,476.53
⚠️ Masih Diperlukan: RM148,523.47
Sumbangan boleh disalurkan ke:
🏦 MAYBANK :5515 7530 7417
Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia
Reference: Bantuan Asfa BA
📞 Sekiranya ada persoalan, boleh terus hubungi;
Puan Mars (NPM): +6013-7444501
Encik Syafiq (Bapa Asfa): +6016-7746751
Puan Fatin (Ibu Asfa): +6017-6044903
Semoga Allah SWT membalas jasa baik dan kemurahan hati anda semua dengan pahala yang berlipat ganda.