07/01/2020
Air Zam Zam
“Air terbaik di seluruh permukaan bumi adalah air zamzam, di dalamnya terdapat makanan (yang membangkitkan) selera, obat dari berbagai penyakit” (HR. Ath-Thabrani dalam Al-Mu’jam Al-Kabir 11/98)
Kisah Air Zam Zam diceritakan di dalam sahih al-Bukhari, daripada Abdullah bin Abbas RA yang bermaksud:
“Ibu Ismail menyusukan anaknya (Ismail) dan meminum daripada air yang ada sehingga akhirnya air tersebut habis. Dia (Hajar) dan juga anaknya merasa kehausan (disebabkan kehabisan simpanan air). Dia melihat anaknya dalam keadaan yang cemas kerana anaknya terus menangis. Dia pun pergi untuk mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan. Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Shafa kerana ia adalah bukit yang paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya.
Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, dengan harapan terdapat seseorang tetapi ternyata tiada seseorang pun. Setelah itu, dia pun turun (dari bukit Shafa) dan ketika sampai di lembah, dia mengangkat hujung pakaiannya lalu berusaha keras sehingga dia sampai ke lembah iaitu bukit Marwah, lalu berdiri di atasnya sambil melihat apakah terdapat seseorang di sana? Tetapi, ternyata tiada seseorang juga. Dia melakukan perkara sedemikian sehingga tujuh kali. Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW: “Itulah sa’ie yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”.
Ketika dia sampai di puncak bukit Marwah, dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”. Dia cuba mendengarnya lagi lalu dia mendengar suara itu dengan berkata: “Engkau telah menperdengarkan suaramu, apakah bersama engkau terdapat pertolongan?”. Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat zamzam. Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain) sehingga air keluar memancar”. [Riwayat al-Bukhari, (3364)]
Imam Al-Hakim Di Dalam Al-Mustadrak Meriwayatkan Sebuah Hadis Marfu’ Daripada Ibnu Abbas
“Jika Kamu Minum Air Zam Zam Kerana Mengharapkan Kesembuhan Dengan Perantara Air Itu, Allah Pasti Menyembuhkanmu. Jika Kamu Minum Air Itu Dengan Memohon Perlindungan Allah, Allah Pasti Melindungi Kamu. Jika Kamu Minum Air Itu Dengan Tujuan Agar Tidak Merasa Haus Lagi, Allah Pasti Menghilangkan Dahaga Itu Dari Kamu”
Untuk pertanyaan/mengetahui lebih lanjut tentang pakej2 umrah terkini/promo semasa, tekan link whatsapp dibawah atau di bio link IG/FB
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
http://bit.ly/umrahtravelpilihan
~IG : umrah_travel_pilihan ~FB : Travelog Haramain
Allah tidak memanggil yang mampu,
Allah memampukan kepada siapa sahaja yang mau,
Yang rindu & yang yakin,
InsyaAllah dengan niat yang baik, Allah akan permudahkan setiap langkah menujuNya.
"UMRAH MABRUR, INSYAALLAH"