15/06/2022
Para Graduan dan Belia di luar sana, adakah anda ingin memulakan langkah sebagai seorang usahawan? PROFESSIONAL TRAINING AND EDUCATION FOR GROWING ENTREPRENURS – PROTÉGÉ di bawah KUSKOP mempunyai pelbagai program untuk membantu anda memperolehi kemahiran dan ilmu pengetahuan mengenai dunia perniagaan.
Kali ini On Air with PROTÉGÉ kembali secara langsung di laman Facebook rasmi PROTÉGÉ pada hari Jumaat 10 Jun 2022, jam 3.00 hingga 4.00 ptg.
Jom, kita luangkan masa untuk mendengarkan sesi temubual bicara bersama Ketua Sekretariat PROTÉGÉ, Puan Zanawiah Binti Hassan dalam mengupas topik perbincangan ‘PROTÉGÉ Melahirkan Usahawan Muda’.
Jangan lupa untuk mengikuti siaran langsung On Air with PROTÉGÉ pada tarikh dan waktu yang telah di tetapkan. Sila imbas QR kod yang tertera untuk menyaksikan topik perbincangan yang dibawakan khas untuk anda.