Aswara

Aswara Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan / The National Academy of Arts Culture & Heritage (ASWARA)
(1)

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653). ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokong

i sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis. NATIONAL ART ACADEMY (ASK) was set up in 1994 under Ministry of Cultural, Art and Tourism Malaysia which is currently known as NATIONAL ART CULTURE AND HERITAGE ACADEMY (ASWARA) starting on 1st August 2006 through National Art Culture and Heritage Academy ACT 2006 (653 Act). ASWARA is the only higher learning institution in performing area which is fully supported by the Malaysian Government under the Ministry of Unity, Cultural, Art and Heritage Malaysia. It is a form of higher learning institution which provides learning, research and academic publishing as well as professional consultant service in art culture and heritage which aim to produce a skilled artist and integrity author in their area beside to strengthening the national art heritage. In principles, ASWARA concentrates on art learning to produce educated and professional performers to fulfill the national art industry. ASWARA is responsible to produce graduates that are able to become a mentalist, supporter, inspirer, actor and practitioner of art, culture and heritage in research and culture conservation and various of heritage preservation.

KENYATAAN MEDIA: AMARAN BERWASPADA SINDIKET PENIPUAN SURAT PEROLEHAN & PENYAMARAN PEGAWAI ASWARAKUALA LUMPUR, 19 Ogos 20...
19/08/2026

KENYATAAN MEDIA: AMARAN BERWASPADA SINDIKET PENIPUAN SURAT PEROLEHAN & PENYAMARAN PEGAWAI ASWARA

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2026 – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mengeluarkan amaran keras serta peringatan mesra kepada seluruh komuniti perniagaan, pembekal, kontraktor dan orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap sindiket penipuan yang melibatkan dokumen perolehan palsu serta penyamaran sebagai pegawai ASWARA.

Isu ini dikesan berikutan beberapa maklum balas yang diterima oleh pihak pengurusan ASWARA mengenai tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pegawai institusi ini. Sindiket berkenaan didapati mengemukakan Surat Setuju Terima (SST) atau Dokumen Perolehan Palsu seperti pembekalan dan penghantaran alatan muzik menerusi mesej aplikasi WhatsApp dan nombor telefon peribadi.

Bagi memelihara integriti ASWARA serta melindungi orang awam daripada menjadi mangsa penipuan, satu laporan polis rasmi telah dibuat oleh pihak ASWARA di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (Laporan Polis: DANG WANGI/021930/26) untuk tindakan dan siasatan lanjut pihak berkuasa.





ASWARA SKUAD SIRI 14 TAHUN 2026 SEMPENA PAMERAN KERJAYA SMK TAMAN MELAWATI, GOMBAK, SELANGOR ASWARA bakal menemui warga ...
18/08/2026

ASWARA SKUAD SIRI 14 TAHUN 2026 SEMPENA PAMERAN KERJAYA SMK TAMAN MELAWATI, GOMBAK, SELANGOR

ASWARA bakal menemui warga SMK Taman Melawati, Gombak, Selangor sempena Pameran Kerjaya bagi memperkenalkan dunia seni, budaya dan warisan ASWARA melalui pelbagai aktiviti menarik pada:

🗓️ 20 Ogos 2026 (Khamis)
🕗 8.30 Pagi - 1.00 Tengah Hari
📍 SMK Taman Melawati, Gombak

Para pelajar berpeluang untuk meneroka pelbagai program pengajian yang ditawarkan, mendapatkan bimbingan laluan kerjaya dalam bidang seni kreatif serta berinteraksi secara terus bersama wakil ASWARA.

Jom mulakan langkah anda ke dunia seni kreatif bersama ASWARA 🥰





PERASMIAN PAMERAN ANTARABANGSA 2026R3NT9S📅 21 Ogos 2026, 3:00 PM (Perasmian)🕙 10:00 AM – 12:00 PM (Bicara Seni)📍 Galeri ...
18/08/2026

PERASMIAN PAMERAN ANTARABANGSA 2026

R3NT9S

📅 21 Ogos 2026, 3:00 PM (Perasmian)
🕙 10:00 AM – 12:00 PM (Bicara Seni)
📍 Galeri ASWARA, 464 Jalan Tun Ismail. 50480 Kuala Lumpur

Pameran
📅 20 - 22 Ogos 2026
🕙 10:00 AM – 5:00 PM

R3NT9S: Merentas Sempadan, Menghubungkan Makna.

Sebuah pertemuan antarabangsa. Seni hadir melampaui ruang, waktu, budaya, dan pemikiran.

Dede Priana • Chryshnanda Dwilaksana • Heri Hariana • M. Zaini Alif • Moya Kamaruddin • Pustanto • Sarnadi Adam • Setyo Purnomo • Supriatna • Syakieb Sungkar • Tri Karyono • Warli Haryana • Muhammad Suhar • Bai Yalike • Suzlee Ibrahim • M. Safwan Ahmad • Mohd Bakir Baharom • Aizat Amir • Farid Sarudin • Rusydi Ramali • Faizal Suhif • Samsuddin Lappo • Jamil Zakaria • Phattaraporn Leanparit • Dounghahai Pongprasit • Mohammad Ferdous Khan • Sabiha • Lee Cheong Cho • Safi Maleki • Tajuddin Ahmed • Ahmad Newaz • Binoy Varghese • Lutfa Mahmuda • Santosh Kr. Verma

Masuk Percuma





ASWARA SKUAD SIRI 13 TAHUN 2026 SEMPENA PAMERAN KERJAYA SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, BATU ARANG, SELANGOR ASWARA bakal menemu...
18/08/2026

ASWARA SKUAD SIRI 13 TAHUN 2026 SEMPENA PAMERAN KERJAYA SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, BATU ARANG, SELANGOR

ASWARA bakal menemui warga SMK Tunku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor sempena Pameran Kerjaya SMK Tunku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor 2026 bagi memperkenalkan dunia seni, budaya dan warisan ASWARA melalui pelbagai aktiviti menarik pada:

🗓 19 Ogos 2026 (Rabu)
🕗 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
📍 SMK Tunku Abdul Rahman, Batu Arang, Selangor

Sertai kami untuk mengenali lebih dekat program pengajian yang ditawarkan ASWARA, berinteraksi dan meneroka laluan kerjaya dalam bidang seni kreatif.

Jom mulakan langkah anda ke dunia seni kreatif bersama ASWARA 🥰





17/08/2026

JOM MASUK ASWARA!! PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2026/2027 MASIH DIBUKA

Ingin merasai pengalaman belajar di ASWARA seperti pelajar-pelajar Asasi Seni Kreatif ASWARA?

Jika anda mempunyai minat dan bakat dalam bidang seni kreatif, ASWARA adalah tempat untuk anda bermula. ❤️

📚Pengambilan Pelajar Baharu Sesi Akademik 2026/2027 masih dibuka!

🎓 Asasi Seni Kreatif
🎓 Diploma
🎓 Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
🎓 Ijazah Sarjana
🎓 Ijazah Kedoktoran

Pilih bidang yang anda minati:
🎵 Muzik | 🎭 Teater | 🎬 Filem | ✍️ Penulisan Kreatif | 💃 Tari | 🎨 Seni Halus | 🖥️ Animasi & Multimedia

Untuk memohon, pautan seperti di bawah:

🔗 http://admission.aswara.edu.my/

Untuk maklumat lanjut, hubungi Unit Kemasukan Rekod dan Pengantarabangsaan:

☎️ 03-2778 5961/6094/5960
📞Whatsapp : +6010-5816971
📧 [email protected]

JOMMMM MASUK ASWARA!!!




PELAJAR DAN ALUMNI FAKULTI MUZIK, ASWARA UNGGULI ANUGERAH LAGU INDIE 2026Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Lang...
17/08/2026

PELAJAR DAN ALUMNI FAKULTI MUZIK, ASWARA UNGGULI ANUGERAH LAGU INDIE 2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kumpulan Langkasuka, yang terdiri daripada alumni dan pelajar Fakulti Muzik, ASWARA atas pencapaian yang amat membanggakan di Anugerah Lagu Indie ALI2025. Kumpulan Langkasuka telah mencipta kejayaan luar biasa dengan merangkul beberapa anugerah utama iaitu:

🏆Lagu Terbaik
🏆Pop Terbaik
🏆Persembahan Terbaik

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk pelajar dan alumni ASWARA untuk terus berkarya sekaligus mengharumkan nama ASWARA serta industri muzik Malaysia.





ASWARA SKUAD SIRI 12 TAHUN 2026 SEMPENA PAMERAN KERJAYA SMK BUKIT SENTOSA 2, RAWANG, SELANGOR ASWARA bakal menemui warga...
17/08/2026

ASWARA SKUAD SIRI 12 TAHUN 2026 SEMPENA PAMERAN KERJAYA SMK BUKIT SENTOSA 2, RAWANG, SELANGOR

ASWARA bakal menemui warga SMK Bukit Sentosa 2 sempena Pameran Kerjaya SMK Bukit Sentosa 2, Rawang, Selangor 2026 bagi memperkenalkan dunia seni, budaya dan warisan ASWARA melalui pelbagai aktiviti menarik pada:

🗓 18 Ogos 2026 (Selasa)
🕗 8.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
📍 SMK Bukit Sentosa 2, Rawang, Selangor

Sertai kami untuk mengenali lebih dekat program pengajian yang ditawarkan ASWARA, berinteraksi dan meneroka laluan kerjaya dalam bidang seni kreatif.

Jom mulakan langkah anda ke dunia seni kreatif bersama ASWARA 🥰





16/08/2026

JOM MASUK ASWARA: AMAR HAIKAL IN THE HOUSE!

🎤 Bila dengar lagu “Gila Bayang”, siapa yang terlintas di fikiran? Yes! Amar Haikal! 🔥 Penyanyi di sebalik lagu popular Gila Bayang yang juga merupakan pelajar Asasi Seni Kreatif ASWARA!

Kini, Amar Haikal nak ajak anda yang mempunyai minat, bakat dan impian dalam bidang seni kreatif untuk bersama-sama melangkah ke dunia seni di ASWARA! 🎭🎬🎶

Pengambilan Pelajar Baharu ASWARA Sesi Akademik 2026/2027 masih dibuka!

🎓 Asasi Seni Kreatif
🎓 Diploma
🎓 Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
🎓 Ijazah Sarjana
🎓 Ijazah Kedoktoran

Pilih bidang yang anda minati:
🎵 Muzik | 🎭 Teater | 🎬 Filem | ✍️ Penulisan Kreatif | 💃 Tari | 🎨 Seni Halus | 🖥️ Animasi & Multimedia

Untuk memohon, pautan seperti di bawah:

🔗 http://admission.aswara.edu.my/

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Unit Kemasukan Rekod dan Pengantarabangsaan:

☎️ 03-2778 5961/6094/5960
📞Whatsapp : +6010-5816971
📧 [email protected]

JOMMMM MASUK ASWARA!!!





PEMENTASAN PROSAMANIA 2026 “KALA MALAM ANJING ME…NYOROK!”  KARYA DAN OLAHAN ADIEYKA ZAINALSekitar persembahan Kalawangsa...
15/08/2026

PEMENTASAN PROSAMANIA 2026 “KALA MALAM ANJING ME…NYOROK!”  KARYA DAN OLAHAN ADIEYKA ZAINAL

Sekitar persembahan Kalawangsa, Kumpulan Pelajar Sesi 2025/2026, Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif, ASWARA sempena Pementasan Prosamania 2026 KALA MALAM ANJING ME... NYOROK!

Pementasan menarik ini menghimpunkan dua kisah komedi gelap dalam sebuah blok rumah pangsa lama yang sedang dan akan ditinggalkan. Pementasan pada malam pertama ini telah berlangsung dengan jayanya pada:

📅 14 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ 8.30 Malam
📍 Panggung Eksperimen, ASWARA

Lebih menarik lagi pementasan ini telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi ASWARA, Dekan-Dekan dan para ibu bapa serta penonton yang membeli tiket menerusi platform Cloudjoi.

Tahniah Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif!





PELAJAR FAKULTI MUZIK, ASWARA RAIH KEJUARAAN DI INTERVASITY BAND CHALLENGE 2026Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaa...
15/08/2026

PELAJAR FAKULTI MUZIK, ASWARA RAIH KEJUARAAN DI INTERVASITY BAND CHALLENGE 2026

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) melalui Fakulti Muzik telah mencatatkan kejayaan membanggakan dalam pertandingan MBSA Intervarsity Band Challenge 2026 yang disertai oleh kumpulan yang terdiri daripada lima (5) orang pelajar Fakulti Muzik ASWARA.
Kumpulan tersebut telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah Fakulti Muzik, Encik Isyam Swardy, sepanjang persediaan menghadapi pertandingan.

Hasil daripada komitmen, latihan yang konsisten serta persembahan yang mantap, wakil ASWARA telah berjaya meraih Juara Keseluruhan MBSA Intervarsity Band Challenge 2026. Selain kejayaan sebagai juara keseluruhan, kumpulan ASWARA turut mencatat pencapaian cemerlang dengan memenangi beberapa anugerah khas, iaitu:

🏆Anugerah Khas Vokal Terbaik
🏆Anugerah Khas Gitar Terbaik
🏆Anugerah Khas Drum Terbaik

Pencapaian ini membuktikan keupayaan dan kualiti pelajar Fakulti Muzik ASWARA dalam menampilkan persembahan muzik yang berkualiti tinggi serta mampu bersaing dengan institusi pengajian tinggi yang lain.





Address

Aswara
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60326971777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aswara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aswara:

Shortcuts

Share