Tempat Percutian & Makan Menarik di Malaysia

Tempat Percutian & Makan Menarik di Malaysia BERKONGSI TEMPAT PERCUTIAN & MAKAN MENARIK DI MALAYSIA

WELCOME TO PAGE

😍Senarai Tempat Makan/ Hotel & Tempat Menarik yang Best Sekitar Penang!😍*Tengok gambar last😱Selain hotel dan resort cant...
28/10/2023

😍Senarai Tempat Makan/ Hotel & Tempat Menarik yang Best Sekitar Penang!😍
*Tengok gambar last😱

Selain hotel dan resort cantik tepi pantai, taman tema dan shopping, antara tujuan utama ramai pengunjung ke Penang adalah MAKANAN! Penang banyak tempat makan yang pop**ar dan sedap. Disenaraikan port makan yang best sekitar Penang. Dan boleh atur plan apa nak makan untuk sarapan, makan tengahari, makan malam dan sebagainya. Yang nak jalan2 makan2 ke Penang tu, bolehlah survey2 tempat2 ni yer.

🥞Sarapan Pagi🥪
1. Taman Tun Sardon
2. Nasi Lemak Bukit Gedung (Astaka dalam)
3. Roti Canai Sungai Nibong (sebelah masjid)
4. Roti Canai Gemas Road
5. Roti Canai Transfer Road
6. Nasi Kerabu Teluk Bahang
7. Nasi Kandar Ali Amier Jelutong
8. Nasi Kandar Kg Melayu
9. Roti Bakar Transfer Road

🥘Makan Tengah Hari🍝
1. Nasi Padang International
2. Nasi Awet Muda
3. Deen Maju
4. Deen Jelutong
5. Kapitan
6. Syazana Nasi Melayu
8. Nasi Campur Tanjung Bungah
9. Nasi Campur Depan Bank Rakyat Perak Road
10. Nasi Kandar Kayu
11. Nasi 7 Benua
12. Nasi Ayam Misai
13. Nasi Ayam Nazir
14. Hameediyah Briyani
15. Pecal Ibu Aminah
16. Nasi Kandar Line Clear
17. Pecal RESTU
18. Cargas Cafe
19. Tajuddin Husein Nasi Kandar

🍧Makan Ringan2🍨
1. Mee Sotong
2. Laksa Janggus
3. Pasembor (Pdg Kota & Pdg Brown)
4. Samosa (Depan Chowrasta)
5. Samosa (Little India & Dpn USM)
6. Cucur Pisang Celup Teluk Kumbar
7. Cendol (Gelugor & Penang Road)
8. Laksa & Cendol Pak Sharif
9. Laksa Tempurung
10. Martabak Manis Penang (Relau & Paya Terubung)
11. Mutiara Karipap
12. Rollney Ais Krim
13. Ais Tingkap
14. Char Koey Toew Batu Feringgi
15. Pondok Style
16. Ais Kepal Street Art
17. Fruitmade Street Art
18. Star Coffee Nordin Road

🍲Makan Malam🍛
1. Nurul Ikan Bakar
2. Nasi Lemak Uncle Lan’
3. Nasi Lemak Liverpool
4. Mamak Abu
5. Nasi G***a Sg Ara
6. Nasi Dalca Tasha
7. Kari Kepala Ikan Sg Ara
8. Bangkok Tomyam
9. Tomyam Pak Husin
10. Nasi Lemak Kukus Pendekar Mustar
11. Pen Mutiara
12. Halab Penang
13. Sup Hameed
14. Nasi Kandar Pokok Ketapang
15. Burger Abang Man Sg Dua
16. Burger Bukit Gedung
17. Pak Mat Western
18. THE TABLE PENANG
19. Nasi Tomato Batu Lanchang
20. Projek Nasi Lemak Box

👉 26 senarai tempat menarik PERCUMA di Penang ‼️

X dak alasan dah kalau nak berjalan2 dekat penang kena banyak duit.. ampa mai ja tempat2 abam list ni semuanya percuma ja x perlu bayaq tiket 😍

Jimat kann.. hanya bawa keluaq duit untuk makan minum, duit minyak, hotel atau homestay jaa..

=================================

26 Tempat Menarik Percuma di Penang :

📍Penang Street Art, Jalan Seni Lebuh Armenia.

Ini tempat menarik di Penang yang free, mudah dicari dan jadi oksigen untuk yg tegar posting kat IG.

Seni dinding di Penang ini unik. Sebabnya gambar di sini ialah kisah hidup seharian masyarakat Penang.

📍Bookexcess Penang

Ulat buku! Jom shopping buku dan bergambar dalam kedai buku Penang yang terbaru.

Untuk peminat-peminat buku Bahasa Inggeris, adanya Bookexcess kat Malaysia umpama pucuk dicita ulam mendatang. Sebab harga bukunya murah tak boleh blah.

Dan untuk yang bukan kaki buku, tapi cuma nak bergaya untuk followers, terima kasih juga pada Bookexcess. Kedai-kedai bukunya semua hip hip. Dan yang kat Penang ini kemas dan cantik untuk snap gambar memori masa cuti.

📍Taman Belia

Kalau hotel tak ada pool, dan anak merengek nak main air holiday nanti, bawa sahaja dia ke sini. Ada 3 swimming pool kanak-kanak di sini. Boleh pilih yang mana s**a, ikut anak besar mana.

Dan kalau cik abang rasa mahu berjogging, biarkan sahaja sebab tempat ini besar sangat. 67 hektar kak.Tak lama, mesti dia patah balik rehat tepi pool.

📍Padang Kota Lama

Padang Kota Lama merupakan lokasi bersejarah yang asalnya berfungsi sebagai padang perbarisan dan permainan yang dibuat oleh penjajah British.

Sekarang, Padang Kota Lama diberi nafas baru setelah diupgrade dan setiap petang penuh dengan umat manusia untuk bersantai sambil melihat lautan.

📍Saneen Goat Farm

Jom layan kambing baka Swiss kat Saneen Goat Farm dengan anak-anak, bagi depa happy masa cuti.

Kalau anda nak tengok rupa kambing Swiss yang memang hebat keluarkan susu, ini tempatnya.

Nak bagi kambing makan. Boleh.�Nak minum susu kambing segar bugar. Boleh.�Nak belai-belai? Pun tiada masalah, cik adik.

Tempat ternak kambing Switzerland ini bukan saja ada susu. Tapi juga ada dadih, puding dan aiskrim. Pendek kata, puas layan produk kambing kalau dah sampai sini.

📍Rumah P Ramlee

Anda peminat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ? Singgahlah ke rumah kelahiran seniman agung negara ini.

Di sini anda akan dapat melihat rumah beliau dan basikal yang beliau gunakan sewaktu kecil.
Dikatakan, basikal ini terputus breknya kerana beliau kerap membrek sambil menyanyi.

Foto dan barangan beliau lain di letak di ruang utama manakala ruang yang lain di buat agar ia kelihatan seperti waktu beliau kecil.

📍Taman Negara Penang

taman negara terkecil di Malaysia ini ada 5 jenis habitat yang tidak ada pada mana-mana taman negara lain di negara ini. Woohaaa!

Anda boleh berjalan kaki di hutan ini dan melalui jambatan kanopi walk sejauh 250m dari pokok ke pokok. Selain mandi di pantai, anda boleh menaiki bot ke pantai Keracut dan melawat tempat pemuliharaan penyu di sana.

📍Pantai Batu Feringghi

Kawasan pantai paling pop**ar kat Penang ini memang best ambil angin, dengar ombak atau cuci mata dengan member

Jika anda datang pada waktu petang, tunggu sehingga malam. Selepas anda layan matahari terbenam, anda boleh terus ke pasar malam Batu Feringghi.

📍Gurney Drive

Juga dikenali sebagai The New Esplanade, kawasan tepi laut ini pop**ar bukan sahaja kerana kawasan gerai makannya, akan tetapi kerana anda boleh berjalan di siar kakinya sambil merasa angin laut.

Nak shopping? Boleh. Sebab laluan Gurney ini ada Gurney Plaza dan Gurney Paragon Mall yang moden dan siap dengan panggung wayang.

📍Lorong Kulit

Singgah sekejap di Pasar Karat Penang ini kalau anda ingin buah-buah murah dan melihat barang terpakai.

Dipendekkan cerita, ini adalah pasar karat. Jadi tarikan utamanya ialah barang antik dan barang terpakai. Kata orang putih, pre-loved.

📍Masjid Kapitan Keling

Masjid yang lebih 200 tahun ini antara masjid wajib tuju kat Penang.

Nama Kapitan Keling bunyinya kasar. Dan kalau anda memanggil seorang yang berbangsa India dengan nama Keling, anda mungkin boleh mula menempah gigi palsu dan bersedia untuk cetuskan rusuhan. Tapi 200 tahun dulu, ianya memang panggilan untuk orang India yang di bawa masuk oleh Inggeris ini.

📍Pasar Malam Batu Feringgi

Orang kata ini pasar malam terpanjang kat Malaysia. Betul ke?

Pasar malam Feringgi ka Penang ini lain dari pasar malam biasa. Tak ada makanan atau bawang di sini.
Yang ada — cenderamata, pakaian serta aksesori wanita.

📍Uptown Perda

S**a usya kasut, baju malam-malam? Jom terjah Uptown Perda.

Ini uptown paling besar kat Seberang Prai, Penang. Dan peniaga yang ada lebih dari 150. Jadi memang panjanglah pasarnya.

Untuk anda yang memang s**a ke pasar yang memang jual barang terpakai, memang mencari t-shirt dan jersi, tali pinggang dan minyak wangi murah, ini memang syurga cuti anda.

📍Muzium Negeri Pulau Pinang

Dulu inilah bangunan sekolah pertama dalam negara ini. Sekarang dah jadi muzium negeri.

Muzium negeri Penang ini dibuat dalam bangunan yang sudah berusia lebih 200 tahun. Bangunan ini sebenarnya bangunan asal Penang Free School, iaitu sekolah pertama di Tanah Melayu.

Sekolah ini juga adalah sekolah yang mana Perdana Menteri Pertama kita, Tunku Abdul Rahman belajar.
Begitu juga seniman Tan Sri P. Ramlee.

📍Muzium GohKaki

Nak tunjuk anak game yang anda main masa kecil-kecil dulu? Ini tarikan Penang khas untuk itu.

📍Straits Quay

Straits Quay mungkin satu tarikan yang kurang dikenali pelancong luar Penang.

Akan tetapi jika anda datang berbulan madu, jangan lepaskan peluang ke kawasan marina pusat beli belah ini untuk melihat pemandangan bot dan matahari terbenamnya. Bergambar pun nice juga.

📍Taman Botanikal Penang

Jom kita bersiar-siar di Penang Botanical Garden ataupun Taman Kebun Bunga untuk ubat hati yang lara.

Pada waktu dahulu, taman ini dibuat oleh penjajah British untuk mencari tumbuhan yang sesuai untuk dikomersilkan. Akan tetapi apabila Jepun menghalau Inggeris, tempat ini dijadikan mereka untuk mencari tumbuhan yang boleh dijadikan ubat.

📍Bazaar Chow Rasta

Bazaar di Chowrasta ini memang ideal untuk anda beli buku terpakai dan melihat suasana kedai Penang pada zaman dahulu.

Pasar usang ini terkenal kerana anda bukan sahaja boleh membeli pelbagai jenis jeruk segarnya, akan tetapi anda juga boleh membeli biskut, key chain dan t-shirt untuk dibawa p**ang sebagai cenderamata

📍Chew Jetty

Ini antara kampung asal orang-orang Cina yang masih dikekalkan kat Penang ini.

Apa yang anda lihat sekarang di Chew Jetty ini hampir sama macam keadaan 100 tahun dulu. Cuma sekarang tak ramai lagi yang jadi nelayan. Kebanyakannya sudah jadi peniaga.

📍Aspen Central Park Batu Kawan

Jom ambil angin sat kat taman Aspen Central dengan bunga-bunga luar negara. Siap dengan tema 4 musim. Dan bila malam tempat ini ada lampu LED.

📍Tokong Ular

Dahulu tokong ini penuh dengan ular. Tapi sekarang sudah tidak lagi.

20 tahun dulu, tokong ular ini memang tempat wajib lawat kalau ke Penang. Tak kisah lah samada anda tidak tahan bau colok atau tak selesa masuk ke tokong.
Bukan apa. Semua orang mesti teruja melihat bermacam-macam jenis ular – berbisa dan tak berbisa berkeliaran di dalam tokong. Sayangnya, sekarang jumlah ular yang ada sangat sedikit. Ular berbisa seperti ular kapak pun hanya ada seekor dua.

📍Penang City Hall

Nak bergambar? Bangunan dekat tepi Padang Kota ini antara lokasi istimewa.

Bangunan City Hall Penang yang serba putih ini memang cocok sangat kalau anda nak ber OOTD. Sebabnya tak ramai yang bergambar kat bangunan tua berseni Victoria ini.

📍Taman Rimba Teluk Bahang

sebuah pusat rekreasi yang berstatus hutan lipur kerana menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna.
Taman ini menjadi lokasi perkelahan, bersantai dan mandi-manda penduduk berdekatan sambil menikmati kesegaran air terjunnya yang bersih.

📍Little India

Little India adalah sebuah kawasan perkampungan yang diberikan kepada para pendatang India.

Paling menarik, kedai di sini semuanya berwarna-warni serta sepanjang anda berada di sini anda akan didendangkan dengan alunan muzik India seolah-olah anda berada di Delhi.

📍Pantai Monyet

Kalau dahulu dikenali dengan Teluk Duyung kini dipanggil dengan Pantai Monyet kerana kehadiran monyet yang berlegar-legar di kawasan itu.
Pantai memiliki teluk serta pemandangan yang indah dikelilingi oleh bukit dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau serta air laut berwarna biru.

📍Kilang Batik Penang

Kilang Batik Penang terletak di Teluk Bahang berdekatan Empangan Mengkuang menjadi lokasi persinggahan pelancong untuk mendalami ilmu penghasilan dari Pulau Pinang.

Mereka menyediakan perkhidmatan Free Tour sahaja dimana anda dapat melihat bagaimana batik dihasilkan.

Selain itu, terdapat juga kedai untuk anda membeli batik asli dari Penang yang beraneka jenis pilihan dan corak .

Mai la Penang weii.. pakat mai jalan2 penang bawak anak bini, orang2 penang sporting semua, makanan sedap2, budaya pelbagai. Bawah ni senarai hotel best p**a, blh la menginap.

7 CLASSY HOTEL UNTUK PERCUTIAN EKSKLUSIF DI PULAU PINANG

Kalau sebut Pulau Pinang atau Penang confirm terus terbayang nasi kandar yang banjir dengan kuah, cendol untuk dimakan dibawah terik matahari lepas jalan-jalan tengok street art dan snek yang korang boleh grab kat penjual tepi jalan. Aih, rasa macam wajib p**ak visit Penang lepas habis pusing open house raya tahun ni 😆

Hotel-hotel di Penang memang terkenal dengan design bilik dan hotel yang eksklusif dan cultural tak kira sama ada terletak di tepi pantai atau di tengah bandar Georgetown yang juga dinamakan World Heritage Site oleh UNESCO.

Apa lagi? Cepat la set time! Holiday. Tag family dan kwn2

Kredit: Jelajah Maya

Tempat makan best Steamboat & Grill Unlimited lebih 70++ jenis makanan (makan sampai kenyang) dekat Klang, Selangor..Ini...
22/09/2022

Tempat makan best Steamboat & Grill Unlimited lebih 70++ jenis makanan (makan sampai kenyang) dekat Klang, Selangor..

Ini lah dia Port kalau nak MELANTAK atau "Mukbang" seafood, seafood dan Grill UNLIMITED dengan Harga Rm42 sahaja!! Berbaloi sangat..Konsep dekat sini selagi tak kenyang makan la puas puas!!dan jangan tak habis p**ak ye,nanti ke denda😁😁

Korang boleh enjoy menikmati lebih 70++ makanan dan minuman UNLIMITED di buffet steamboat & grill ni 😍..Bermacam macam Seafood yang SEGAR seperti udang,lala,sotong,ketam,kupang, Kambing/ayam/daging perap(dengan perapan yang PERFECTO), Beraneka fish ball dan seangkatan dengannya, Spagheti/nasi goreng/macaroni,pelbagai sayur sayuran segar dan BERLAMBAK2 LAGI korang menu yang ada di AL FATEH ni..Tidak lupa juga dengan adanya Jagung susu, Aiskrim, Cendol, Marshmellow,Biskut dan Chocolate fountain pun ada juga( Budak2 mesti s**a😍) serta banyak lagi minuman2 sejuk dan panas..

MENU TERBARU(ADD ON) Oyster,Cheese,Salmon,Siakap,Jenahak,Ikan merah, Squid Tentacle,Baby Octopus dan Latok pun ada..(harga serendah dari rm10 sahaja)

Senarai Harga
📝Dewasa(rm42)
📝Student(rm37)
📝OKU(rm25)
📝Warga Emas(rm20)
📝Kanak Kanak(rm18)
Dan 5 tahun ke bawah FREE!

*semua makanan dekat sini Unlimited*

Makanan akan di refill setiap 5 minit. Tak perlu risau, makanan tak akan habis😋😋

Dari segi tempat p**a sangat luas, santai, tidak crowded dan sangat selesa,sudah ditambah baik surau(asing lelaki dan perempuan) dan sesuai sangat sangat datang beramai2..Apa korang tunggu lagi,jom penuhkan ruangan meja yang ada di restoran ni..

📍𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚
Al-Fateh Steamboat & Grill
Kawasan 1, Lorong Raja Jumaat
Off Jalan Raja Jumaat
Kampung Jawa,41000 Klang Selangor
5.30pm - 12am
Booking: www.wasap.my/60126530250/steamboatkgjawa
📍𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗛𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗔𝗠
Al-Fateh Steamboat & Grill
No 41, Jalan Kristal K7/K
Seksyen 7,40000 Shah Alam Selangor
5.30pm - 12am
Booking: www.wasap.my/601111990863/steamboatss7

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tempat Percutian & Makan Menarik di Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Featured

Share