12/07/2021
DITARIK KE SUDUT GELAP OLEH PAKCIK PAKISTAN
Kami sambung kayuhan ke arah Lower Kachura Lake, kat situ ada resort Shangri-La yang cantik gila. Tapi aku tahu aku tak mampu. Dapat camping sebelah resort pun dah syukur nikmat.
Semasa kami tengah berkayuh, ada 1 kereta menghimpit kami ke tepi.
“Dah kenapa p**ak mamat ni”
“Assalamualaikum, where are you heading?” pemandu warga Pakistan tegur kami.
“Waalaikum salam brother, Lower Kachura Lake” jawab aku.
“I have hotel there, Tibet Motel, infront Shangri-La hotel, come and sleep 1 night there”
“Alright, see you there, we catch you later” mamat tu cakap ada dalam 3km lagi, aku minta dia gerak dulu, nanti aku sampai aku cari dia.
“Wahh, rezeki kita yang, ada orang nak sponsor hotel malam ni!” aku excited.
“Perasannya! dia ajak je, belum tentu dia nak sponsor bang, haha”
“Haha, betul jugak tu”
Di sepanjang perjalanan, aku tengok-tengok kat tali air, cari port camping malam ni kalau-kalau tak ada orang nak sponsor tidur kat hotel. haha
Kalau nak check-in, memang tak mampu. Sebab Skardu ni memang port pelancong. Hotel comfirm mahal.
Semasa kami dah nak sampai ke Tibet Motel, kami terserempak dengan sekump**an lelaki, jumlah mereka dalam 13-15 orang, mereka baru je keluar dari Shagrila hotel. Mereka excited nampak kami.
“Where is Tibet Motel?” aku tanya kepada mereka.
“Just infront of you, do you stay there? Because we also stay there”
“InsyaAllah” aku pun tak tahu aku nak tidur kat situ ke tak, aku datang je kat Tibet Motel ni, mungkin ada sesuatu yang Allah susun untuk kami.
“Let’s have dinner with us!” mereka bersungguh-sungguh ajak kami untuk makan malam bersama-sama.
Aku tengok Adilah. Adilah angkat kening dia sebagai signal “rezeki tu bang, jangan ditolak”. Aku agak la..haha
“Why not” aku setuju untuk sertai mereka.
Sampai sahaja di Tibet Hotel, aku cari port camping, bukan pergi ke kaunter..haha. Sebab waktu pun dah senja, aku sebagai AJK Penginapan belum cari tempat tidur lagi.
Bila dah jumpa port baik depan tasik, aku pergi ke kaunter dan cari mamat yang tegur kami masa kami tengah kayuh tadi.
Aku minta izin nak camping dekat depan tasik. Dia tak bagi. Katanya situ tempat pelanggan dia lepak-lepak minum chai sambil menikmati view tasik. Dia cadangkan untuk kami camping kat kawasan dalam. Yang langsung tiada view.
Aku hampir bersetuju.
Tiba-tiba dia kata camping kat sini kena bayar. Aku anggarkan RM100 1 malam. Aku terus kata tak jadi. Bukan aku kedekut tak nak bayar, aku sebagai AJK Kewangan buat kira-kira, duit dah tak banyak..haha
“Macam mana ni bang? Dah gelap ni”
“Takpe, kita makan dulu dengan diorang, lepas tu kita keluar balik dan camping dekat tali air masa dalam perjalanan kita ke sini. Tadi abang nampak ada port baik”
Kami masuk ke area cafe dan sertai 15 lelaki tadi. Rupanya mereka semua pelancong tempatan yang bercuti di Skardu bersempena 10 Muharram.
Kami bersembang dan jadi bahan. Ada seorang mamat ni memang kaki lawak, apa dia cakap, semua orang akan gelak. Aku yang tak faham apa yang diorang cakap pun boleh gelak. haha.
“Yang, mana iPad ayang? Abang nak tunjuk video perjalanan kita pada diorang”
“Ada kat basikal bang, nak ayang ambil ke?”
“Boleh ke? hehe”
Adilah tinggalkan kami dan pergi ke basikalnya yang terletak di hadapan kaunter hotel.
Sedang kami bersembang, tiba-tiba ada seorang pakcik datang dan duduk sebelah aku. Aku tak tahu dia siapa. Dan dia bukan dikalangan lelaki-lelaki ni tadi. Sebab dia nampak agak berusia.
Dia tanya aku “Are you from Malaysia?”
“Yes I am”
“Come, follow me”
Aku tengok kawan-kawan baru aku tadi dan aku minta izin nak keluar sekej*p dengan pakcik ni. Aku tak suspek apa-apa. Mungkin dia saja nak berkenalan dengan orang Malaysia. Aku raikan.
Dia bawa aku ke satu sudut gelap di kaunter cafe, tiada orang di situ..
Dia toleh kiri dan kanan..
Aku pun ikut toleh. Apa yang pakcik ni cari?
Bila dia dah pasti tiada orang di situ. Dia tanya 1 soalan yang aku takkan boleh lupa sampai hari ini.
Dia tengok mata aku “How much money do you need?”
“What?”
Aku salah dengar ke?
Selalunya kalau dalam drama, situasi macam ni, orang akan keluarkan pisau dan tanya “How much money do you have”. Tapi pakcik ni pelik, dia tanya soalan yang aku tak jangka.
“No, no.. I don’t need any money, we have enough, Alhamdulillah” walaupun jauh dari sudut hati aku tahu kami tak banyak duit dah.
“Ok, ok, what do you need?”
“I just need place for sleep tonight and we didn’t decide yet where to stay”
“Ok, stay near our room, I’ll pay for your room”
Subhanallah!
Allah susun sangat cantik dan teliti. Mula-mula aku ingat owner hotel yang nak sponsor, tapi orang lain yang sponsor kat hotel ni. Orang lain p**a yang belanja makan malam.
Allah Allah Allah….banyaknya nikmat yang Kau beri kepada kami. Patutkah untuk kami tidak bersyukur..huhu
Dia suruh aku join balik kawan-kawan aku tadi, dia cakap, lepas makan, terus masuk bilik bersebelahan dengan bilik keluarga dia. Pakcik tu juga pelancong. Dia datang dari SWAT.
“Abang pergi mana tadi?” Adilah dah ada dengan sekump**an lelaki tadi dan sedar aku takde.
“Ntah la yang, ada seorang pakcik tarik abang sembang kat luar, pakcik tu macam pelik”
“Oooo pakcik tu jumpa abang ke?”
“Ayang kenal pakcik tu?”
“Tadi, masa ayang pergi kat basikal, ada 1 family tengok-tengok basikal kita. Bila ayang sampai je, dia terus tanya kita nak pergi mana, ayang cerita la kita dari Malaysia & nak pergi ke Mekah. Dia terus cakap nak jumpa abang”
“Ayang tahu tak, apa MAGIC yang kita dapat harini?
“Apa dia bang?”
“Abang nak cerita pun meremang bulu roma abang, macam tak percaya. Pakcik tadi tu dia sponsor kita bilik malam ni”
“Subhanallah..baiknya orang-orang kat sini” Adilah pun macam tak percaya. Baru petang tadi aku cakap ada orang nak sponsor, malam tu, betul-betul berlaku! Allahuakbar!
Lepas kami makan dan bergambar dengan sekump**an remaja tadi, kami ke kaunter dan tanya ada tak seorang pakcik bookingkan bilik untuk kami. Dia kata ada.
Kami terus unload barang-barang dari basikal dan terus naik ke tingkat 2 hotel. Kami nampak keluarga pakcik tadi dengan keluarganya di bilik sebelah. Bila pakcik tadi nampak kami je, dia terus tunjuk bilik.
Dia memperkenalkan keluarga dia kepada kami. Nama pakcik tu Mr. Hameed. Dia datang bercuti dengan isteri dan 3 orang anak. Dia bagi kami makanan dan 1 sampul surat. Dia suruh kami rehat.
Tak banyak yang kami sempat sembang. Aku tak sempat nak tanya, kenapa dia ni baik sangat. Aku bercadang untuk jumpa Mr.Hameed ni esok pagi je, sebab esok pagi mereka akan check-out.
Bila kami dah mandi, solat dan bersiap nak tidur. Aku buka sampul yang Mr. Hameed bagi tadi.
“Masya Allah yang!!!”
“Apa dia bang? tiba-tiba menjerit ni”
“Pakcik tu bagi duit yang!” aku keluarkan semua duit dalam sampul tu dan kira. Jika tukar kepada ringgit, keseluruhannya RM600!
Aku tengok Adilah, Adilah tengok aku. Kami speechless. Benda-benda macam ni yang selalu membuatkan kami mengalirkan air mata.
Allah tu tahu apa yang kami perlukan. Kami belum ada winter gear. Dan sepanjang perjalanan tadi memang sejuk dan aku bercita-cita nak beli winter gear lepas keluar dari hospital. Tapi bila tengok baki duit dalam bank, aku jadi sayu.
Tiba-tiba Allah hantar duit dari tempat yang kami langsung tak sangka! Allahuakbar.
Magic yang hanya Allah je yang boleh buat. Tak putus-putus rezeki kami dari turun puncak Deosai. Kami muhasabah diri, apa yang menyebabkan Allah beri rezeki tak putus-putus ni. Mungkin asbab kami pemusafir? Boleh jadi.
Keesokkan harinya, selepas solat subuh. Kami tunggu keluarga Mr. Hameed keluar. Kami biar pintu terdedah. Takut-takut terlepas p**a nak jumpa mereka.
Bila mereka dah check-out, mereka tunggu di lobi, katanya driver datang pikap lambat. Kami ambil kesempatan untuk bersembang dengan Mr. Hameed.
Aku ucap terima kasih tak terhingga sebab bagi kami tidur satu malam dan bagi duit! Aku tanya kat dia, kenapa dia baik sangat?
Jawapan dia membuatkan kami syahdu..
Dia cerita, sesekali, dia dan keluarga dia bercuti di Malaysia. Dia kata Malaysia sangat cantik dan dia s**a bercuti di Malaysia. Ada 1 sahabat dia di Perak, layan dia kat Malaysia macam VIP. Sanggup bawa jalan-jalan ke KLCC dari Perak semata-mata nak meraikan tetamu.
Dia kata dia terhutang budi dengan sahabat dia dari Perak tu dan nak balas budi dengan bantu kami.
Allahuakbar..syahdu beb. Asbab orang lain yang tolong dia, kami yang dapat rezeki..Allah Allah Allah…
Tiba-tiba aku terbayang masa aku kat Malaysia dulu, bila jumpa dengan orang Pakistan, aku buat tak nampak je diorang ni. Aku tekad, bila balik Malaysia ni, aku nak buat baik dengan orang Pakistan. .
Bukan orang Pakistan je, aku nak buat baik pada orang Nepal, Myanmar, Bangladesh & Indonesia yang ada di negara kita. Aku belajar sesuatu hari tu. Aku nak buat baik pada mereka, mana tahu, bila keluarga kita pergi negara mereka, mereka akan bantu keluarga atau sahabat-sahabat kita. InsyaAllah
Bersambung..
===========
(Cerita ini dipetik dari 55 buah kisah Magik buku Novelog Ustazah Basikal)
Seburuk buruk manusia pasti ada sisi baiknya😊 , jangan lah kita menilai seseorang individu melalui luaran nya semata mata . Cuba kita niat dan doa dalam hati kita pada setiap pagi selepas bangun tidur, " Ya Allah pada harini ini kau pertemukanlah aku dengan orang yang baik-baik dan hindarkanlah daripada orang yang ingin menyakiti aku" , cuba amalkan setiap pagi sebelum memulakan aktiviti harian , asbab doa dan niat kita tersebut , Allah pertemukan kita dengan orang yang baik setiap
hari insyallah.
Haa sangat terinspirasikan ? Nak tahu lebih lanjut lagi kisah mereka berdua sepanjang kayuhan melalui 14 buah negara ? Jom claim EBOOK PERCUMA ANDA , anda layak untuk dapatkan ebook percuma ni 🤩❤️
Saya nak ebook percuma 🗒️
wasap.my/60133351982