10/06/2025
𝐓𝐚𝐡𝐚𝐥𝐥𝐮𝐥 𝐓𝐡𝐚𝐧𝐢: 𝐒𝐚𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐫𝐥𝐞𝐫𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢𝐬 𝐒𝐲𝐮𝐤𝐮𝐫
Apabila jemaah selesai melontar Jamrah, diikuti dengan Tawaf Ifadah dan Saie, maka gugurlah semua larangan ihram dan inilah yang dinamakan 𝐓𝐚𝐡𝐚𝐥𝐥𝐮𝐥 𝐓𝐡𝐚𝐧𝐢. Pada saat itu, ramai jemaah dilihat menangis, bukan kerana letih, tetapi kerana terlalu syukur dan terharu.
Bayangkan
Selama beberapa hari sebelum ini, mereka menahan diri dari segala yang dilarang, tidak boleh memotong kuku, tidak boleh memakai wangian, tidak boleh menutup kepala (bagi lelaki), tidak boleh berburu, tidak boleh bermesra dengan pasangan. Semua itu mereka tinggalkan demi satu cinta (𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐋𝐋𝐀𝐇).
Rasulullah SAW bersabda:
“𝙎𝙚𝙨𝙞𝙖𝙥𝙖 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙣𝙖𝙞𝙠𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙟𝙞 𝙠𝙚𝙧𝙖𝙣𝙖 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝, 𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙠𝙚𝙟𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙗𝙪𝙖𝙩 𝙛𝙖𝙨𝙞𝙠, 𝙢𝙖𝙠𝙖 𝙙𝙞𝙖 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙥𝙚𝙧𝙩𝙞 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙙𝙞𝙖 𝙙𝙞𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙞𝙗𝙪𝙣𝙮𝙖.”
(Hadis Sahih – Riwayat al-Bukhari, no. 1521; Muslim, no. 1350)
Perasaan tenang, lapang, dan penuh pengharapan dan tidak mampu dilukis dengan kata-kata. Ada yang sujud syukur, ada yang hanya mampu menadah tangan sambil air mata terus menitis. Mereka tahu, ini bukan pengakhiran, tetapi permulaan baru dengan hati yang bersih dan tekad untuk hidup dalam redha Allah.