07/08/2018
JAMI'AH ARRAAYAH: PESANTREN INDONESIA YANG BAGAIKAN DI ARAB
Kami berkesempatan menziarahi sebuah pusat pengajian agama di Sukabumi, Indonesia yang telah beroperasi sejak sekitar 12 tahun dan dibina secara persendirian di atas tanah seluas kira-kira 45 ekar tanah di kawasan tinggi yang sangat nyaman suasananya.
Pesantren ini terkenal kerana mampu melahirkan para pelajar yang mahir dan fasih berbahasa arab.
Saya sempat bersembang dengan seorang bekas pelajarnya di sana yang tidak pernah belajar di negara arab, namun lebih fasih dari ramai pelajar melayu yang bertahun-tahun belajar di negara arab.
Tempoh pengajian mereka sekitar 5 tahun selepas tamat SMR (setara SPM di Malaysia).
Para pelajarnya datang dari pelbagai latar belakang pengajian dan ramai yang masih "zero" berbahasa arab ketika diterima belajar di sana.
Namun mereka mampu menyediakan pengajian yang melatih para pelajar untuk berbahasa arab dalam tempoh beberapa bulan sahaja, bahkan kami diberitahu selepas 2 bulan, mereka sudah mampu memberi khutbah dalam bahasa arab!
Saya tertanya-tanya apa rahsianya??
Ketika melangkah ke pesantren ini saya mendapat jawapannya.
Cukup mengagumkan kerana hampir segalanya cuba disediakan mengikut persekitaran atau suasana (biah) arab.
Dari tempat sambut tetamunya, hidangannya, asramanya, kelasnya, bahkan tingkap dan pintunya juga didesign mirip bangunan arab demi memberikan "feel" arabia buat para pelajarnya seakan belajar di negara arab yang sudah tentu memudahkan proses pengajian bahasa arab penuntutnya.
Para pelajar dan guru diwajibkan berbahasa arab 24 jam sesama mereka selagi berada di kawasan pesantren. Segala papan tanda, poster-poster semuanya dalam bahasa arab.
Ketika melangkah masuk ke bangunan asramanya, suasananya benar-benar membuatkan saya jadi "exited" kerana terimbau kenangan lama ketika belajar di Madinah dan Riyadh dahulu.
Ya, rahsia kejayaan mereka ialah keupayaan mereka mewujudkan suasana arab walaupun 100% pelajarnya dan majoriti dosennya merupakan warga Indonesia.
Pusat pengajian seperti ini pastinya tidak murah pengurusannya. Sekurang-kurangnya sekitar RM 5 juta tahunan diperlukan untuk menampung sejumlah 1000 orang pelajarnya.
Yuran bulanan yang sekitar RM 400 masih tidak memadai untuk pembangunan pasenteran.
Serba-serbi perkhidmatan ada disediakan, dari klinik, makmal bahasa, makmal komputer, tadika untuk anak-anak pengajar, hotel penginapan dan lain-lain.
Jadi pihak sekolah mewujudkan sebuah "team" khas seakan "enterprise" yang tugasnya untuk mencari "income" dan menguruskan kewangan seperti mengusahakan pelbagai kebun-kebun tanaman, penternakan ikan dan sebagainya yang menghiasi persekitaran pasenteran.
Pelbagai kemudahan seperti dobi semua disediakan di dalam pesantren demi memudahkan urusan kehidupan pelajar yang tidak mahu diganggu supaya dapat fokus pada pengajian.
Dalam waktu tertentu mereka akan menjemput beberapa syeikh dari Madinah, Riyadh dan seumpamanya untuk bertamu di sana beberapa tempoh dengan penuh selesa memberikan daurah ilmu khas untuk para pelajar.
Apa yang menarik, pelajar Jami'ah Arraayah ini dididik dengan kesedaran. Dengan kesedaran ini mereka berusaha bersama untuk mencapai objektif mereka belajar di sana, iaitu menguasai bahasa arab baik dari sudut pertuturan, mahupun tatabahasa.
* Boleh tonton video ini:
https://youtu.be/HoXrJYmoUwI
Bersambung ziarah seterusnya...
Kredit page : Kamilin Jamilin - Seni Hadits