17/01/2024
Scammer Alert!
Baru² ini salah satu agency yang menjadi pelopor route baru atau dalam bahasa mudah, laluan² travel yang rare telah di scam lagi. Kali ini dengan mengunakan nama agency yang agak sama.
Pelik tapi Benar. Bagi Che Ly secara peribadi, kepada semua pelanggan, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum pembayaran di buat utk urusan jual beli.
PERTAMA : Jangan lakukan transaksi wang kepada nama individu. Pastikan nama yang hendak kita bayar adalah nama syarikat travel agency yg kita berurusan.
KE-DUA : Lesen Perniagaan atau Lesen Berdfatar dengan Motac. Ini amat penting. Minta no lesen motac. Double check dahulu samada nama yang berdaftar sama atau tidak dengan nama account yg kita nak buat transfer.
KE-TIGA : Check lah atau rajin² kan diri utk buat semakan secara online sebelum buat bayaran. Kita kan ada laman web utk check samada account atau no talipon yg digunakan berpotensi sebagai scammer atau tidak.
KE-EMPAT : ... yg ini nak ucap TAHNIAH lah sapa yang berjaya kena scam, sebab apa? Sebab asyik nak murah segala bagai. Mana ada istilah murah dah selepas covid² nie.
Maka kena selalu ambil tahu. Rujuk dengan pegawai dalam sesebuah agency utk kesahihan bahawa agent adalah agent sah dalam agency tersebut.
Harap post ini dapat sedikit sebanyak memberikan info.