Kaki Jalan 66

Kaki Jalan 66 journalist | traveler | Content creator | Solo rider
(3)

08/08/2026

Di antara aliran Sungai Pergau yang tenang dan gagahnya Gunung Reng, alam bercerita tanpa suara. Di sinilah jiwa belajar bahawa keindahan tidak perlu dikejar, cukup hadir, menikmati, dan mengaguminya

“TUMPAT YANG HILANG “Dulu, Tumpat pernah menyimpan pelbagai kisah yang mungkin hari ini semakin dilupakan…Kali ini saya ...
05/08/2026

“TUMPAT YANG HILANG “

Dulu, Tumpat pernah menyimpan pelbagai kisah yang mungkin hari ini semakin dilupakan…

Kali ini saya akan menjelajah Jajahan Tumpat menjejaki tinggalan lama, lokasi tersembunyi dan cerita yang hampir hilang ditelan masa.

Apa yang masih tersisa?
Dan apa sebenarnya yang telah hilang?

📍 Tumpat, Kelantan
🎥 Kaki Jalan 66

Kita cari… Tumpat Yang Hilang.

Orang Tumpat, kalau korang tahu tempat rare atau kisah lama yang saya patut jejaki, tinggalkan di ruangan komen. 👇

05/08/2026

Menuju 100k Followers, terima kasih semua yang menyokong sedikit usaha saya memperkenalkan budaya, warisan, makanan & tempat-tempat menarik di Malaysia

29/07/2026

😱 Apa?! Dekat Sungai Petani masih ada rumah mampu milik bawah RM300K* sahaja?

Yaa... mestilah ada! 🤩

🎥 Jom tonton video ni sampai habis dan lihat sendiri apa yang menarik tentang projek Scientex SP Astana

🏡 Siapa tahu, mungkin inilah rumah pertama yang anda impikan.

🎉 Kenapa Memilih Projek Ini ⁉️
🛏️ 4 Bilik Tidur + 3 Bilik Mandi + 1 Balkoni
🏡 Berstatus 𝐇𝐚𝐤 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐤𝐚𝐥
👉 Berdekatan pusat membeli-belah, hospital & pendidikan
🛣️ Hanya 7 km ke Lebuhraya Utara-Selatan

📞𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 ‼️
📲 Hotline: https://wa.link/00br6n | 012-315 5110
👉𝐌𝐫 𝐌𝐢𝐧𝐡𝐚𝐥: https://wa.link/zs2qvs | 6011-2308 5500
👉𝐌𝐬 𝐇𝐚𝐣𝐚𝐫: https://wa.link/091ivd | 6011-291 41281
👉𝐌𝐬 𝐀𝐥𝐢𝐬𝐚: https://wa.link/x29vq4 | 6010-974 7027
👉𝐌𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐝𝐲: https://wa.link/pggfrc I 6012-558 1117

28/07/2026

Kelantan… Indah Budayanya, Luhur Warisannya

Ada negeri yang dikenali kerana keindahan alamnya. Ada p**a yang diingati kerana warisan budayanya. Kelantan memiliki kedua-duanya.

Di bumi Serambi Mekah ini, seni bukan sekadar persembahan, tetapi denyut nadi yang menghidupkan jati diri bangsa. Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026 menjadi pentas yang menyatukan warisan, menghimpunkan penggiat seni, dan mengangkat khazanah budaya agar terus mekar merentas zaman.

Bermula dengan penuh gemilang di Jeti Pelancongan Tok Bali, festival ini menghimpunkan keindahan tarian, muzik, permainan tradisional, perahu kolek berhias dan pelbagai warisan yang menjadi lambang kemegahan Negeri Kelantan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan festival ini. Semoga segala usaha yang dicurahkan menjadi amal yang berkekalan dalam memelihara khazanah seni dan budaya bangsa.

Tirai Festival Kesenian Rakyat Kelantan 2026 kini dilabuhkan. Namun, semangatnya akan terus hidup, mengalir dari generasi ke generasi, kerana warisan yang dipelihara hari ini adalah identiti yang akan dibanggakan pada masa hadapan.

Kelantan… indah budayanya, luhur warisannya.

27/07/2026

Langit Tok Bali Bergema, RC Aerofest 2026 Cipta Fenomena!

Lebih 120 penyertaan dan 200 pesawat kawalan jauh berjaya menghiasi ruang udara Tok Bali menerusi Tok Bali RC Aerofest 2026. Deruan enjin, aksi aerobatik dan kemahiran juruterbang RC nyata memukau ribuan pengunjung yang hadir dari dalam dan luar Kelantan.

Bukan sekadar festival RC, acara ini turut mengangkat Tok Bali sebagai destinasi pelancongan yang semakin mendapat perhatian. Terima kasih kepada semua peserta, penganjur dan pengunjung yang menjayakan acara ini. Semoga Tok Bali RC Aerofest terus terbang lebih tinggi pada edisi akan datang!

26/07/2026

Explore Ride GG Bikers ke 7 destinasi menarik di Daerah Yan, Kedah untuk trip 2 Hari 1 Malam!

Assalamualaikum semua! Dalam video kali ini, saya bawa korang menjelajah keindahan Daerah Yan bersama GG Bikers. Dari pantai, sawah padi, lokasi viral hinggalah port makan yang padu, semuanya ada!

📍 Warong Tepi Pantai, Kg Ruat
📍 Laluan Viral Tanjung Jaga, Yan
📍 Masjid Terapung Yan, Kg Ruat
📍 Kopi Tebu, Pantai Murni
📍 Paddy Field Homestay, Ulu Sedaka
📍 Warong Lah Roti Canai, Ulu Sedaka
📍 Ladang Nipah Ismail Che Kaq

Memang seronok ride di Yan! Pemandangan cantik dengan latar belakang Gunung Jerai, suasana yang tenang, makanan yang sedap, dan banyak tempat menarik untuk singgah bergambar.

Kalau korang tengah plan short ride atau road trip di Kedah, memang wajib masukkan Yan dalam senarai destinasi.

Homestay Paddy Field

24/07/2026

Jejak DiRaja di Sungai Merbok, Kedah

Ada perjalanan yang mengajar kita tentang jarak, dan ada perjalanan yang menghadiahkan pengalaman yang tidak ternilai.

Hampir lapan jam perjalanan dari Negeri Sembilan ke Kedah terasa begitu berbaloi apabila saya diberi peluang membuat liputan Program Kunjungan Muhibbah DiRaja di Kompleks Pelancongan Sungai Merbok.

Program ini diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah serta keluarga bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Pemangku Raja Pahang, sebagai lambang penghargaan terhadap alam, sejarah dan warisan Negeri Kedah.

Antara pengisian utama ialah penanaman pokok bakau, simbol harapan agar khazanah alam terus terpelihara dan keindahannya dapat diwarisi oleh generasi akan datang.

Sebagai anak jati negeri Kedah, peluang ini sangat bermakna buat kenangan saya.

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60163474548

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kaki Jalan 66 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share