Haji, Umrah dan Pelancongan - Tabung Haji Travel-Umie Umrah

Call Directions Contact the business

Haji, Umrah dan Pelancongan - Tabung Haji Travel-Umie Umrah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Haji, Umrah dan Pelancongan - Tabung Haji Travel-Umie Umrah, Travel Company, Menara TH Selborn, Kuala Lumpur.

PERKHIDMATAN PAKEJ HAJI, UMRAH DAN PELANCONGAN

Admin adalah Pemegang Tauliah Mengajar subjek Haji dan Umrah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (JMKNNS)

23/10/2026

Alhamdulillah.

Cerita semalam, 22.10.2026 di Kaunter THTS, Anjung Tinjau, KLIA.

Sekitar taklimat pelepasan jemaah Umrah Pakej Hijra, Nilam dan Topaz.

Mereka telah selamat berlepas dan tiba di Tanah Suci dengan menaiki pesawat MAS.

Jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan penuh kepada kami untuk menguruskan perjalanan suci ini.

Bagi kalian yang turut menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi haramain dengan khidmat premium dan dipercayai, slot umrah seterusnya masih dibuka!

Nikmati perjalanan ibadah yang tenang dan teratur bersama kami.

๐Ÿ“ฒ Hubungi Min sekarang di talian:
๐Ÿ‘‰ 019-678 7896

๐Ÿ•‹๐Ÿ’™ PAKEJ UMRAH - MUSIM SEJUK,  CUTI SEKOLAH DISEMBER 2026 ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท๐Ÿ“… Tarikh penerbangan: 19 โ€“ 29 Disember 2026๐Ÿ•Œ Tempoh: 11 Hari...
23/10/2026

๐Ÿ•‹๐Ÿ’™ PAKEJ UMRAH - MUSIM SEJUK, CUTI SEKOLAH DISEMBER 2026 ๐Ÿ‡น๐Ÿ‡ท

๐Ÿ“… Tarikh penerbangan: 19 โ€“ 29 Disember 2026
๐Ÿ•Œ Tempoh: 11 Hari / 9 Malam
โœˆ๏ธ Penerbangan: AirArabia

๐Ÿ’ฐ Harga bermula RM8,490 seorang!

โœ… Bilik ber-2: RM9,590
โœ… Bilik ber-3: RM8,790
โœ… Bilik ber-4: RM8,490

๐Ÿ”ฅ Antara keistimewaan pakej :
1. โ„๏ธ Kemuncak musim sejuk.
2. ๐ŸŽ’ Cuti sekolah & lepas SPM.
3. ๐Ÿ’ผ Jimat cuti. Tarikh bertembung cuti Krismas.
4. ๐Ÿ’ฐ Harga pakej premium, RM8,490 sahaja waktu puncak cuti sekolah.
5. โฑ๏ธ Transit 50 minit di Airport Sharjah, UAE boleh regangkan otot.
6. ๐Ÿ”๏ธ Bermalam 1 malam di Taif untuk pulihkan tenaga 100%.
7. ๐Ÿข Hotel dekat sangat, bawah 350 meter ke dataran masjid. Lebih dekat dari jarak sehala Safar ke Marwah.

Jadikan Pakej ini hadiah terindah buat anak-anak dan ibuayah selagi kudrat mereka masih adaโ—

๐Ÿ“ž Hubungi Umie di 019-678 7896 atau klik link WhatsApp ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡https://www.wasap.my/+60196787896/UmrahDec2026






Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.Majlis ilmu, kursus umrah terbuka di Sarawak, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur &...
22/10/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Majlis ilmu, kursus umrah terbuka di Sarawak, Kedah, Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya.

Semua sahabat pencinta ilmu dijemput hadir menimba ilmu serta membuat persediaan terbaik sebelum menjadi tetamu ALLAH di Tanah Suci.

๐Ÿ—“๏ธ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ | ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

SARAWAK
๐Ÿ“ Masjid Darul Hana, Jalan Patingan, Kuching
๐Ÿ•™ 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustaz Muhammad Khatib bin Johari

KEDAH
๐Ÿ“ Masjid As-Syakirin Guar Stesyen, Guar Chempedak
๐Ÿ•™ 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustaz Haji Musa bin Hassim

SELANGOR
๐Ÿ“ Surau Al-Ansar Seksyen 2, Shah Alam
๐Ÿ•™ 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustaz Aiman Hadi bin Isa

KUALA LUMPUR
๐Ÿ“ Surau TH Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
๐Ÿ•™ 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustaz Amran bin Arriffen

PUTRAJAYA
๐Ÿ“ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
๐Ÿ•™ 10.00 pagi โ€“ 1.00 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustaz Haji Mohd Hisyam bin Sulaiman

๐Ÿ—“๏ธ ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ | ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

SELANGOR
๐Ÿ“ Surau Al-Ehsan Casmaria, Batu Caves
๐Ÿ•™ 8.45 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ahmad Aiman bin Mohamad Zamry

๐Ÿค MASUK PERCUMA & terbuka kepada semua!

Pelajari rukun, wajib, sunnah serta tatacara ibadah Umrah yang betul bersama penceramah berpengalaman. Ambil peluang ini untuk menambah ilmu dan membuat persediaan awal sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

๐Ÿ“ฒ Untuk keterangan lanjut mengenai Pakej Haji, Umrah dan Pelancongan sila PM Min ๐Ÿ“ฑ 019-678 7896





Subhanallah.Ramai fobia dengar flight transit. Bayangkan, dalam penerbangan panjang, alangkah nikmatnya dapat turun seke...
19/10/2026

Subhanallah.

Ramai fobia dengar flight transit. Bayangkan, dalam penerbangan panjang, alangkah nikmatnya dapat turun sekejap pijak bumi untuk melegakan kaki yang lenguh dan pinggang yang sakit?

Pakej (19โ€“29 Dis 2026) atur caranya sgt padu:

โ€ข โฑ๏ธ Transit 'Kelas Gitu' (50 Minit): Singgah sekejap di Airport Sharjah, UAE untuk regang otot. Paling best, passport kita ada rekod jejak bumi UAE. Bau-bau Dubai tu dah rasa! ๐Ÿ˜‰

โ€ข ๐Ÿ”๏ธ Bermalam di Taif:
Tiba di Jeddah, kita tak terus redah kesesakan ke Makkah. Kita tidur semalam di Kota Taif yang sejuk untuk pulihkan tenaga 100%.
โ€ข ๐Ÿ”‹ Umrah Tenaga Penuh:
Ibadah umrah pertama dibuat selepas badan betul-betul segar dan sifar letih penerbangan.
โ€ข ๐Ÿข Hotel Dekat Sangat (Bawah 350m):
Jarak ke dataran masjid lebih dekat daripada jarak satu hala Safa ke Marwah (450m)!

๐Ÿ”ฅ Kenapa kalian WAJIB Daftar Sekarang:

1. โ„๏ธ Kemuncak Musim Sejuk:
Cuaca Tanah Suci sangat nyaman, redup, dan dingin.
2. ๐ŸŽ’ Cuti Sekolah & Lepas SPM:
Masa terbaik bawa anak-anak sujud syukur selesai peperiksaan besar.
3. ๐Ÿ’ผ Jimat Cuti Kerja:
Tarikh bertembung CutiKrismas (25 Disember), jadi tak perlu bazir cuti tahunan pejabat!
4.๐Ÿ’ฐ Harga Pakej Premium, RM8,490 Sahaja!:
Pakej waktu puncak cuti sekolah, kemuncak musim sejuk, siap bermalam lagi di Kota Taif dengan hotel super dekat... MANA NAK DAPAT HARGA SERENDAH NI.

Jadikan Pakej ini hadiah terindah buat anak-anak dan makayah selagi kudrat mereka masih adaโ—

๐Ÿ“ž Hubungi Min di 019-678 7896


Alhamdulillah. Sedang berlangsung Kursus Asas Haji (KAH), Siri 4,  MUSIM HAJI 1448H / 2027M di Masjid UKM, Bangi.Tajuk m...
18/10/2026

Alhamdulillah.

Sedang berlangsung Kursus Asas Haji (KAH), Siri 4, MUSIM HAJI 1448H / 2027M di Masjid UKM, Bangi.

Tajuk minggu ni ialah 'Rukun Haji'.

Rukun haji ialah perkara asas yang mesti dilakukan oleh jemaah semasa menunaikan ibadah haji. Jika mana-mana rukun ditinggalkan atau tidak dilakukan dengan sempurna, ibadah haji tersebut adalah tidak sah dan tidak boleh ditebus dengan bayaran dam.

Semoga setiap kesungguhan usaha dan persiapan kita dipandang oleh ALLAH SWT, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan ganjaran haji mabrur.

Untuk keterangan lanjut mengenai pakej Haji, Umrah dan Pelancongan Tabung Haji Travel sila ๐Ÿ“ฑ 019-678 7896



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.Majlis ilmu, kursus umrah terbuka di Kuala Lumpur, Johor, Perak, Kedah dan Jo...
15/10/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

Majlis ilmu, kursus umrah terbuka di Kuala Lumpur, Johor, Perak, Kedah dan Johor.

Semua sahabat pencinta ilmu dijemput hadir menimba ilmu serta membuat persediaan terbaik sebelum menjadi tetamu ALLAH di Tanah Suci.

๐Ÿ—“๏ธ ๐—๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ฎ๐˜ | ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต
๐Ÿ“ Masjid Syarifah Fatimah Jitra, Kedah
๐Ÿ•™ 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustaz Hj Musa bin Hassim

๐Ÿ—“๏ธ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ | ๐Ÿญ๐Ÿณ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ
๐Ÿ“ Surau TH Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
๐Ÿ•˜ 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustaz Hasbullah bin Mat Daud

๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ
๐Ÿ“ Surau Menara TH, Johor Bahru, Johor
๐Ÿ•™ 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustaz Hairul Hakim bin Ahmad

๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต
๐Ÿ“ Raia Hotel, Kota Kinabalu, Sabah
๐Ÿ•™ 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustazah Hjh Dg Hafizah binti Awang Basir

๐Ÿ—“๏ธ ๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ | ๐Ÿญ๐Ÿด ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ
๐Ÿ“ Masjid Khairul Jariah Segari, Perak
๐Ÿ•™ 8.00 pagi โ€“ 11.30 pagi
๐ŸŽ™๏ธ Penceramah: Ustaz Abdul Razak bin Ismail

๐Ÿค MASUK PERCUMA & terbuka kepada semua!

Pelajari rukun, wajib, sunnah serta tatacara ibadah Umrah yang betul bersama penceramah berpengalaman. Ambil peluang ini untuk menambah ilmu dan membuat persediaan awal sebelum menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

๐Ÿ“ฒ Untuk keterangan lanjut mengenai Pakej Haji, Umrah dan Pelancongan sila PM Min ๐Ÿ“ฑ 019-678 7896





15/10/2026

๐—•๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฟ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—บ.

(Tonton Video Ini: Pengalaman Sebenar Tokoh Korporat Bersama Pakej Premium Almaas THTS) ๐ŸŽฅ๐Ÿ‘‡

โ€œAlhamdulillah, jemaah VIP Pakej Almaas Tabung Haji Travel, Pn Hjh Haliza Maysuri (Owner Bawal Exclusive) sendiri berkongsi kepuasan beliau melalui fasa Masyair dengan tenang dan bertenaga sepanjang Musim Haji 1445H/2024M yang lalu. Bukti visual keselesaan Khemah Premium PMN yang eksklusif untuk kalian!โ€

๐Ÿ“ธ Credit Video: Terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn Hjh Haliza Maysuri Bawal Exclusive atas perkongsian saujana visual yang sangat bermanfaat ini buat bakal jemaah haji tanah air.

๐Ÿ•‹ ๐—ž๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก๐—๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—˜๐—ฅ & ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—˜๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—œ๐—ก๐—”, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—›๐—œ๐——๐— ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—˜๐—ฅ ๐—ก๐—”๐—œ๐—ž ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—™ (๐—ฃ๐— ๐—ก ๐——๐—œ ๐— ๐—œ๐—ก๐—” ๐—๐—”๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง)

Ibadah yang berkualiti bermula daripada tubuh badan yang sihat dan fizikal yang sentiasa bertenaga. โœจ

Sebab itu, melabur sedikit untuk khemah Mina, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ (๐—ฃ๐— ๐—ก) sangat berbaloi. Ia semata-mata demi memastikan kebajikan, kesihatan dan tenaga kita sentiasa terjaga sepanjang hari-hari kritikal (Masyaer) di Tanah Suci.

Mari kita lihat pergerakan tersusun jemaah kami di sana:

๐ŸŒ™ ๐—™๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐Ÿญ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ๐˜ (๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต)
Selepas selesai wukuf di Arafah dan singgah di Muzdalifah (di mana uncang batu melontar sudah siap disediakan oleh pihak pengurusan), jemaah ๐—ง๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ถ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐˜ƒ๐—ฒ๐—น & ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฐ๐—ฒ๐˜€ (๐—ง๐—›๐—ง๐—ฆ) terus dibawa ke Khemah PMN yang merupakan tempat penginapan tetap jemaah di dalam sempadan Mina. Jemaah terus mabit dengan tidur yang berkualiti di atas sofabed masing-masing dengan tenang dan ber-aircond.

๐Ÿฅพ ๐—™๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐Ÿฎ: ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ & ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ (๐Ÿญ๐Ÿญ & ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—ญ๐˜‚๐—น๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ท๐—ฎ๐—ต)

Jemaah THTS tidak perlu bersusah payah berjalan kaki ulang-alik, tidak perlu bersesak di Transit Zon luar (Mina Muassim) atau tersadai menjadi gelandangan di tepi jalan. Kedudukan Khemah PMN premium THTS adalah yang terdekat dengan Kompleks Jamarat, iaitu hanya sekitar 450 meter sahaja (5 minit berjalan kaki)!

Bila tiba waktu melontar, jemaah cuma jalan kaki lebih kurang 5 minit tanpa perlu melalui terowong yang jauh. Selesai melontar, jalan kaki 5 minit balik semula ke khemah untuk makan (katering masakan panas Malaysia) dan berehat di sofabed masing-masing atau bersantai di luar khemah dengan tenang bersama pasangan atau rakan-rakan jemaah yang lain.

โค๏ธ INGATLAH, IBADAH HAJI INI HANYA SEKALI SAHAJA SEUMUR HIDUP.
Selagi ada rezeki dan peluang, buatlah yang terbaik demi kualiti ibadah kita kepada ALLAH SWT.

๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ ๐—”๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—บ๐—บ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ... โœจ

Nak tahu lebih lanjut bagaimana Khemah PMN dapat membantu mengekalkan tenaga kalian di Mina? Jom sembang dengan Min sekarang! Slot kuota untuk Pakej Premium ini amat kompetitif dan terhad. ๐Ÿ‘‡

๐Ÿ“ฒ WhatsApp Min Umie: ๐Ÿ“ฑ 019-678 7896



Allahuakbar.Pernah tak korang duduk diam-diam, tengok muka mak dengan ayah waktu mereka tengah tidur?Tengok rambut yang ...
09/10/2026

Allahuakbar.

Pernah tak korang duduk diam-diam, tengok muka mak dengan ayah waktu mereka tengah tidur?

Tengok rambut yang dah memutih. Tengok kedutan kat dahi. Tengok tangan yang dah mula menggeletar. Tangan itulah yang suap kita makan masa kecik dulu. Tangan itulah yang cari rezeki siang malam demi besarkan kita.

Kalau korang tanya apa impian terbesar mereka sekarang... jawapannya tetap sama. Mereka rindu nak sujud di depan Kaabah. Mereka teringin sangat nak tengok Baitullah dengan mata kepala sendiri sebelum mata tu tertutup buat selamanya.

Sebagai anak, selagi mereka masih ada, selagi lutut mereka masih kuat berjalan... inilah masa terbaik untuk kita berbudi kepada mereka. Kalau kata nak balas jasa mereka, memang kita tak akan mampu membalasnya sampai bila-bila.

Namun, nak bawa mak ayah yang warga emas ini persiapannya tidak sama seperti kita pergi sendiri.

Semak 5 Perkara ini demi menjaga syurga kita ketika di Tanah Suci :
๐Ÿ“Œ 1. Jarak Hotel Ke Masjid โ€“ Jangan biarkan mak ayah yang sakit lutut terpaksa berjalan jauh atau mendaki bukit. Pilih hotel yang dekat dan mesra warga emas. Jangan lihat jarak dalam meter sahaja. Tanya laluan sebenar ke masjid, akses lif serta kemudahan keluar masuk lif.

๐Ÿ“Œ 2. Butiran Penerbangan -
Pilih penerbangan terus (direct flight) atau transit yang singkat. Jangan biarkan mereka tersadai keletihan berjam-jam di lapangan terbang sehingga menjejaskan tenaga mereka untuk beribadah.

๐Ÿ“Œ 3. Keperluan Kesihatan & Fizikal -
Sediakan pelan awal jika mereka perlukan bantuan kerusi roda semasa Tawaf dan Sa'ie. Semak kos bantuan dan ketersediaan petugas sebelum menempah pakej.

๐Ÿ“Œ 4. Sajian Makanan & Kebajikan -
Pastikan pakej menyediakan sajian lengkap 3 kali sehari yang menepati selera mereka. Mak ayah perlukan tenaga dan rehat yang cukup tanpa perlu pening kepala keluar mencari kedai makan.

๐Ÿ“Œ 5. Sokongan Petugas & Mutawif
Pastikan ada sistem sokongan yang jelas. Semak peranan mutawif, petugas pengiring, dan kemudahan kecemasan yang disediakan oleh pihak agensi sekiranya berlaku perkara luar jangka.

Kami faham betapa besarnya harapan seorang anak yang ingin melihat ibu bapanya bahagia di Tanah Suci. Kami komited menjaga mak ayah korang seperti keluarga kami sendiri.

Ayuh rancang hadiah teragung buat mak ayah korang bersama Min hari ini.
๐Ÿ“ฒ Klik pautan di bawah untuk terus sembang di WhatsApp bersama Min :
wa.me

Alhamdulillah.Rezeki sarapan pagi ni, dua ketul roti Sunshine. Saja nak tukar selera, kita layan perisa Durian Musang Ki...
09/10/2026

Alhamdulillah.

Rezeki sarapan pagi ni, dua ketul roti Sunshine. Saja nak tukar selera, kita layan perisa Durian Musang King dan Chocolate Hazelnut Hokkaido Milk. Paling penting, roti ni memang sedap dan halal! ๐Ÿ‘

Tapi bila semak balik harga roti ni, betul-betul buat terfikir sekejap. Roti Musang King tu mencecah RM3.00 sebiji, manakala yang coklat hazelnut p**a RM1.60. Untuk sebiji roti krim bun, harganya memang agak premium dan mahal.

Bayangkan kalau jenis keluarga besar dengan anak ramai sampai 6 orang, sekali sarapan roti ni sahaja dah cecah RM18.00! Kalau buat menu harian, memang terasa juga bebannya.

Bila difikirkan balik, situasi roti mahal ni sebenarnya tak tumpah macam tugas Min setiap hari sebagai Perunding Jualan Tabung Haji Travel.

Ramai yang mengeluh bila tengok pakej haji atau pakej umrah sekarang yang semakin meningkat. Tapi bila kita faham tentang nilai premium, keselesaan dan jaminan keselamatan sepanjang ibadah, nilai wang itu menjadi sangat berbaloi demi memberikan yang terbaik untuk keluarga tercinta.

Apa-apa pun, kita tetap kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada hari ini. Walaupun kos sara hidup makin tinggi, Alhamdulillah, hari ini perut kita masih diisi dengan makanan yang sedap dan halal.

Moga rezeki kita semua terus dipermudahkan, ditambahkan berkat dan diberikan rezeki untuk menjadi tetamu ALLAH di Tanah Suci suatu hari nanti.

Selamat bekerja dan mulakan hari dengan Bismillah dan senyuman! ๐Ÿ•‹โœˆ๏ธ

08/10/2026

๐™‰๐™„๐™‡๐˜ผ๐™„ ๐™„๐˜ฝ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™ƒ ๐™†๐˜ผ๐™‡๐™„๐˜ผ๐™‰ ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ƒ ๐™๐™€๐™๐˜ผ๐™ˆ๐˜ผ๐™ ๐™ˆ๐˜ผ๐™ƒ๐˜ผ๐™‡ & ๐™‹๐™๐™€๐™ˆ๐™„๐™๐™ˆ!

"Focus TH Travel adalah nak jemaah focus pada ibadah. Bab pengurusan biar staff yang uruskan. In shaa ALLAH apa yang kami janjikan itulah kalian akan dapat."

Setahun ada 365 hari yang melelahkan jiwa dan raga kita dengan urusan dunia. Ketepikanlah kesibukan yang tidak pernah habis itu sejenak. Manfaatkanlah ๐™‹๐™–๐™ ๐™š๐™Ÿ 12 ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž 10 ๐™ข๐™–๐™ก๐™–๐™ข di Tanah Suci ini sebagai sebuah kembara sakral, sebuah penghijrahan suci yang mengangkat kembali martabat kedekatan jiwa, membersihkan hati dan menghidupkan kembali roh yang kian lesu. Inilah masa yang khusus sepenuhnya untuk bersendiri meratap pasrah di hadapan Sang Pencipta dan menghamburkan seluruh kerinduan buat kekasihNYA.

In shaa ALLAH, kalian akan berpeluang besar untuk melazimi kalimat agung ini di hadapan Baitullah dan Raudhah dalam suasana yang penuh ketenangan:

โœจ ุงู„ู„ู‡ู ุดูŽุงู‡ูุฏููŠ ุŒ ุงู„ู„ู‡ู ู†ูŽุงุธูุฑููŠ ุŒ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูุทู‘ูŽู„ูุนู ุนูŽู„ูŽูŠู‘ูŽ โœจ
Maksudnya:
"ALLAH adalah saksiku, ALLAH yang melihat kepadaku, ALLAH yang mengetahui tentangku pada tiap yang zahir dan tersembunyi."

Menangislah sepuasnya di sana... Biarlah ia menjadi air mata taubat, air mata syukur di atas segala nikmat dan air mata penghambaan seorang hamba kepada Sang Pencipta. ๐Ÿ˜ญ

Jangan sesekali biarkan air mata kalian tumpah di lapangan terbang atau di lobi hotel disebabkan rasa kecewa akibat pengurusan logistik yang bermasalah!

Jadikan setiap sen pelaburan kalian untuk ketenangan jiwa melalui 4 JAMINAN KAMI dengan izinNYA :
โœˆ๏ธIn shaa ALLAH, PASTI TERBANG: Jadual penerbangan disahkan dengan selamat tanpa drama penangguhan.
๐Ÿจ In shaa ALLAH, TIADA PERTUKARAN HOTEL: Hotel yang dijanjikan semasa daftar, itulah hotel tempat kalian menginap.
๐Ÿค PENGURUSAN "ELITE": Staf berpengalaman kami uruskan dari A sampai Z. Tugas kalian hanya fokus 100% pada ibadah.
๐Ÿ’ฐ TIADA KOS TERSEMBUNYI: Tiada sebarang permintaan bayaran tambahan semasa di Tanah Suci. Harga pakej adalah all-in.

Wang ringgit boleh dicari semula, tetapi nikmat menumpahkan air mata seorang hamba di hadapan Baitullah dan Raudah tanpa sebarang gangguan logistik adalah sesuatu yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit dan harta dunia.

"Ibadah kalian terlalu berharga di sisiNYA"

Hubungi Min bagi merealisasikan kekusyukan ibadah kalian di Tanah Suci: ๐Ÿ“ฑ 019-678 7896

Address

Menara TH Selborn
Kuala Lumpur

Telephone

+60196787896

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Haji, Umrah dan Pelancongan - Tabung Haji Travel-Umie Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Haji, Umrah dan Pelancongan - Tabung Haji Travel-Umie Umrah:

Shortcuts

Share

Category