03/02/2022
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ وَبَرَكَاتُهُ
ُِSalam pagi Jumaat
04 Februari 2022M
02 Rejab 1443H
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
Ya Arhamar Rohimin 3x.
*Ya Allah,*
*ampunilah kami, kasihanilah kami, rahmatilah kami dan sekelian keluarga dan handai-taulan* *kami, khususnya jika ada rakan kami yang dijangkiti Covid-19, maka*
*sembuhkanlah mereka dan permudahkan segala urusan rawatan mereka.*
Ya Allah, berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkankan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka.
*Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari api neraka.*
Ya Allah, kami memohon kesejahteraan badan dan penambahan ilmu dan keberkatan rezeki, serta taubat sebelum mati dan mendapat rahmat di waktu mati dan keampunan sesudah mati.
*Ya Allah, permudahkan segala urusan kami, jauhkan kami dari urusan yang susah, lindungilah kami daripada kejahatan diri kami dan keburukan amalan kami, lindungi kami dari azab api neraka, azab kubur, fitnah hidup dan mati serta fitnah al-Dajjal.*
Ya Allah, kami bermohon ke hadrat Mu, berilah kekuatan taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapat memperbaiki diri kami, tambahkanlah Ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.ُ
*Ya Allah, Ya Tuhan kami, tunjukkanlah kami jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepada kami.*
Ya Allah, Ya Tuhan kami hindarilah kami dari ujian dunia dan ujian akhirat dan semoga kami berjaya menghadapi segalanya dengan cemerlang.
*Ya Allah, hampirilah kami dengan kebenaran Al Quran yang benar dan hindarilah kami dari kejahatan dunia.*
Ya Allah, terima kasih kerana melanjutkan lagi usia kami hingga hari ini, redailah dan rahmatilah kami, permudahkanlah urusan kami, lapangkanlah jiwa dan perasaan kami, lindungilah semua insan yang kami sayang.
*Ya Allah, bagi mereka yang telah kembali kepada Mu, kurniakanlah kepada mereka nikmat syurga Mu semasa mereka di alam barzah.*
Ya Allah, hidupkan kami dalam Islam dan matikanlah kami dalam Iman.
*Ya Allah, lindungilah kami dari bisikan dan tipu helah syaitan.*
Ya Allah, kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kami sekeluarga serta kedua ibubapa dan mertua kami tempat yang istimewa di syurga Firdaus Mu Ya Allah. َ
*Ya Allah, Ya Ghaffar, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta jiran2 kami dan sekalian muslimin muslimat walau di mana saja mereka berada.*
Selawat dan salam ke atas junjungan kami *nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam* serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
*Segala puji pujian hanya untuk Mu Ya Allah.*
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ*
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Sila share.َ