Felcra Travels & Tours Sdn Bhd

Felcra Travels & Tours Sdn Bhd Bumi Travel Agent
Type & Service
- Flight Reservation & Air Ticketing
- Inbound & Outbound Tours
-

Kami adalah sebuah syarikat yang telah beroperasi selama lebih 30 tahun dalam bidang pelancongan dan Perkhidmatan UMRAH dan HAJI.

01/01/2023
16/12/2022

Masih menyesali apa yang berlaku semalam? Lepaskan jer...hadapi hari ni dengan lebih baik dan pandang ke depan dengan rasa konfiden. Allah kan ada?

Apapun tahun 2023, Felcra Travel & Tours akan melancarkan beberapa siri pelepasan pakej-pakej kembara dan pelancongan ke bumi Uzbekistan....jangan lupa roger-roger kami dan rajin2x singgah di FB kami....kami pun akan turut cari anda semua untuk diajak berziarah di bumi Imam Al-Bukhari rahmatullahi alaihi di bumi Samarkand, Uzbekistan.

SEJARAH SEMALAM YANG PEDIH DAN KEGEMBIRAAN HARI-HARI ESOK YANG DINANTI DI BUMI UZBEKISTAN. Uzbekistan adalah sebuah nega...
16/12/2022

SEJARAH SEMALAM YANG PEDIH DAN KEGEMBIRAAN HARI-HARI ESOK YANG DINANTI DI BUMI UZBEKISTAN.

Uzbekistan adalah sebuah negara Asia Tengah dan bekas republik Soviet. Ia terkenal dengan masjid-masjid, madrasah-madrasah, makam dan tapak-tapak lain yang dikaitkan dengan Jalan Sutera, agama Islam dan laluan perdagangan purba antara China dan Mediterranean. Samarkand, sebuah bandar utama di laluan itu, mengandungi sebuah arca seni bina Islam yang mengkagumkan iaiatu Registan, sebuah kompleks dengan tiga struktur bangunan madrasah-madrasah agama yang dihiasi mosaik yang dibina dalam abad ke-15 dan ke-17.

Uzbekistan juga adalah tempat kelahiran ulama Islam terkenal dunia seperti Imam dalam Ilmu Hadis iaitu Imam Al-Bukhari dan At-Tirmidzi. Bukhara pernah menjadi pusat ilmu Islam terkenal selama ratusan tahun.

Bila cahaya dakwah sampai di Bukhara khususnya dan Uzbekistan amnya? Di akhir tahun 672, Ziyad bin Abihi menugaskan Miqdam Rabi’ bin Haris berlayar dari Iraq menuju daerah Khurasan. Miqdam berjaya menakluk wilayah itu sampai ke Iran Timur. Setelah Ziyad meninggal dunia Mu’awiyah, Khalifah Bani Umayyah memerintahkan Ubaidillah bin Ziyad untuk menakluk Bukhara.
Pasukan tentara Islam yang pertama menjejakkan kaki di bumi Bukhara dalam tahun 674 Masehi adalah di bawah pimpinan panglima perang, Ubaidillah bin Ziyad. Namun, pengaruh Islam benar-benar mulai mendominasi wilayah itu pada 710 Masehi di bawah kepemimpinan Kutaiba bin Muslim.

Selepas satu abad terjadinya Perang Talas, Islam mulai berakar-umbi di Bukhara.Pada tahun 850 Masehi, Bukhara telah menjadi ibu kota Dinasti Samanid. Dinasti itu membawa dan menghidupkan kembali bahasa dan budaya Iran ke wilayah itu. Ketika Dinasti Samanid berkuasa, selama 150 tahun Bukhara tidak sahaja menjadi pusat pemerintahan, ia juga menjadi pusat perdagangan.

Pedagang dari Asia Barat dan Cina bertemu di kota itu. Di kota Bukhara juga berkembangnya perniagaan pembuatan kain sutera, tenunan kain dari kapas, permaidani, produk tembaga, dan perhiasan dari emas serta perak dengan berbagai bentuk. Bukhara pun masyhur menjadi sebagai pusat pemasaran dan pengump**an produk dari Cina dan Asia Barat.

Selain itu, justeru ia berada di sekitar Sungai Jihun, tanah Bukhara dikenali dengan kesuburannya. Buah-buahan pun melimpah. Kota Bukhara terkenal dengan buah-buahan seperti Barkouk Bukhara yang terkenal hampir seribu tahun. Aktiviti perniagaan dan perekonomian pun tumbuh pesat. Lalu menyumbang kepada kemasyhuran Bukhara.

Pada era keemasan Dinasti Samanid, Bukhara juga menjadi pusat intelektual dunia Islam. Ketika itu, di kota Bukhara muncul madrasah-madrasah yang mengajarkan ilmu pengetahuan. Dinasti Samanid pun mulai memperbaiki sistem pendidikan umum. Di setiap perkampungan didirikan sekolah. Keluarga yang kaya-raya mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka dengan sistem home schooling atau sekolah di rumah.

Anak yang berusia enam tahun mulai mendapat pendidikan dasar selama enam tahun. Setelah itu, anak-anak di Bukhara boleh melanjutkan pelajaran mereka ke madrasah. Pendidikan di madrasah dilalui dalam tiga tingkatan, masing-masing selama tujuh tahun. Keseluruhan pendidikan di madrasah harus ditempuh selama 21 tahun.

Para siswa mempelajari berbagai ilmu pengetahuan, bermula dari ilmu agama, aritmatika, jurisprudensi , logika, musik, serta puisi. Aktiviti pendidikan di Bukhara itu telah membawa pengaruh yang positif dalam penyebaran dan penggunaan bahasa Persia dan Uzbek.

Tak heran, kemampuan penduduk Bukhara dalam menulis, menguasai ilmu pengetahuan serta keterampilan berkembang pesat. Di tanah Bukhara pun kemudian lahir ulama dan ilmuwan Muslim termasyhur.

Pada tahun 998 Masehi, kekuasaan Dinasti Samanid berakhir dan digantikan Dinasti Salajikah. Tak lama kemudian, diambli alih Dinasti Khawarizmi. Pada masa itu, status Bukhara sebagai pusat peradaban dan perkembangan Islam masih tetap dipertahankan. Ketika masa kekuasaan pemerintah Sultan Ala’udin Muhammad Khawarizmi Syah berakhir, Bukhara sebagai pusat ilmu pengetahuan pun mula melalui tempoh malap.

Pada 1220 Masehi, peperangan hebat antara pasukan Sultan Ala’udin dengan pasukan Mongol di bawah komando Jengiz Khan meletus. Serangan brutal yang dilakukan 70 ribu pasukan Jengiz Khan tak mampu ditahan. Bukhara pun jatuh ke tangan pasukan Mongol. Dengan kejam dan sadis, pasukan Mongol membantai penduduk kota, membakar madrasah, masjid dan bangunan penting lainnya.

Jengiz Khan memusnahkan peradaban dan ilmu pengetahuan yang dibangunkan umat Islam di Bukhara. Bukhara hancur bagaikan padang jarak padang terkukur. Ibnu Asir menggambarkan Bukhara dengan kata-kata: ka an lam tagna bi al-amsi (seolah-olah tak ada apa-apa sebelumnya). Cahaya kemajuan peradaban yang ilmu pengetahuan yang terpancancar dari Bukhara pun malap dan sirnar.
Selepas penakukan Mongol, kawasan ini semakin dikuasai oleh bangsaTurki. Bandar Shahrisabz adalah tempat kelahiran panglima perang Turk Timur, yang pada abad ke-14 mendirikan Empayar Timurid dan telah diumumkan sebagai Emir Agung Turan dengan ibukotanya di Samarkand. Kawasan ini ditakluki oleh bangsa Uzbek Shaybanids pada abad ke-16, dengan memindahkan pusat kekuasaan dari Samarkand ke Bukhara. Wilayah ini dibahagikan kepada tiga negeri: Khanate Khiva, Khanate Kokand, dan Emirat Bukhara. Ia secara beransur-ansur dimasukkan ke dalam Empayar Rusia pada abad ke-19, dengan Tashkent menjadi pusat politik Turkestan Rusia.

Pada tahun 1924, selepas persempadanan negara, republik konstitusional Kesatuan Soviet yang dikenali sebagai Republik Sosialis Soviet Uzbek telah diwujudkan. Berikutan pecahnya Kesatuan Soviet, ia mengisytiharkan kemerdekaan sebagai Republik Uzbekistan pada 31 Ogos 1991.

Uzbekistan mempunyai warisan budaya yang pelbagai kerana sejarah nya yang rencam dan lokasi strategiknya. Bahasa rasminya adalah Uzbek, sebuah bahasa Turki yang ditulis dalam abjad Latin dan dituturkan secara asli oleh kira-kira 85% penduduknya. Bahasa Rusia p**a mempunyai penggunaan yang meluas; ia adalah bahasa kedua yang paling banyak diajar. Penduduk Uzbekistan terdiri dari 81% bangsa Uzbek, diikuti oleh Rusia (5.4%), Tajik (4.0%), Kazakh (3.0%), dan lain-lain (6.5%).

Umat Islam membentuk 79% daripada pop**asinya manakala 5% daripada rakyatnya beragama Kristian Ortodoks Rusia, dan 16% daripada penduduk mengikuti agama lain dan tidak beragama. Majoriti bangsa Uzbek adalah orang Islam yang masih jauh dari ajaran agama Islam yang sebenarnya. Adalah menjadi tugas umat Islam seluruh dunia untuk menziarahi Uzbekistan dan mempamirkan cara hidup dan perwatakan serta amalan Islam sejati. Moga dengan cara itu, kesan yang ditinggalkan dapat memupuk kembali rasa kesedaran terhadap agama Islam dan menanamkan bibit-bibit kecintaan terhadap agama ini.

Berikutan kematian Presidennya; Islam Karimov pada 2016, presiden keduanya - Shavkat Mirziyoyev memulakan gagasan baru, yang digambarkan sebagai “Revolusi Diam dan Revolusi dari Atas” (A Quiet Revolution and Revolution from Above) . Beliau menghapuskan perhambaan pertanian kapas iaitu penggunaan secara sistematik buruh kanak-kanak, visa keluar (exit visa untuk rakyatnya sebagaimana yang masih diamalkan oleh kerajaan Syria), memperkenalkan reformasi cukai, mewujudkan empat zon ekonomi bebas baru, serta membebaskan ramai tahanan politik. Hubungan dengan negara-negara jiran Tajikistan, Kyrgyzstan, dan Afghanistan secara drastik bertambah baik.

Ekonomi Uzbekistan dalam proses peralihan secara beransur-ansur kepada ekonomi pasaran, dengan dasar perdagangan asing berasaskan penggantian import. Pada September 2017, mata wang negara ini boleh ditukar sepenuhnya pada kadar pasaran. Uzbekistan adalah pengeluar utama dan pengeksport kapas. Negara ini juga mengendalikan lombong emas terbuka terbesar di dunia. Dengan kemudahan penjanaan kuasa raksasa era Soviet dan bekalan gas asli yang mencukupi, Uzbekistan telah menjadi pengeluar elektrik terbesar di Asia Tengah. Tenaga boleh diperbaharui merupakan lebih daripada 23% daripada sektor tenaga negara, dengan tenaga hidroelektrik sebanyak 21.4% dan tenaga suria sebanyak 2%.

JOM ZIARAH UZBEKISTAN BERSAMA FELCRA TRAVEL & TOURS SDN BHD

TAMAN NEGARA TASIK PLITVICE, CROATIA 1- Tasik Plitvice merupakan gabungan daripada 16 buah tasik yang terdapat dalam tam...
06/12/2022

TAMAN NEGARA TASIK PLITVICE, CROATIA

1- Tasik Plitvice merupakan gabungan daripada 16 buah tasik yang terdapat dalam taman negara ini. Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tasik atas dan tasik bawah.

2- Pelancong-pelancong yang datang ke sini tidak dibenarkan untuk bermandi-manda adalah untuk menjaga kelangsungan alam sekitar dan kalau lemas nanti mayat susah nak jumpa sebab tasiknya terlalu luas dan pergerakan airnya yang berubah-ubah.

3- Tasik ini terletak bersempadan dengan negara Bosnia & Herzegovina. Luas keseluruhan tasik Plitvice mencapai 300 kilometer persegi.

4- Terdapat lebih 320 jenis kupu-kupu dan 120 jenis burung.

5- Warna air yang sentiasa berubah-ubah bergantung kepada kuantiti mineral dalam laut dan kedudukan matahari seperti warna biru azure, hijau, hijau turquoise, kelabu cair

6- Dikatakan tasik ini menerima pengunjung lebih 1 juta setiap tahun.

Ada orang tanya kalau nak minum air tasik ni boleh ke?
Boleh, minum boleh, cuma berenang, mandi, berendam, basuh baju je tak boleh.

Kalau berminat nak rasa air tasik ni, boleh whatsapp kami ye.

Tragis betul reunion macam ni. Ni Baru real BFF - best friends forever
05/12/2022

Tragis betul reunion macam ni. Ni Baru real BFF - best friends forever

01/12/2022

Kita bagi teaser dulu untuk pakej Bosnia & Croatia 2023.

Ini air terjun di salah satu National Park di Croatia.
Kalau datang Bosnia Croatia ni tengok ciptaanNya memang mulut tak putus-putus ucap "SubhanaAllah" sebab memang cantik sangat.

Baru-baru ni ada client tanya saya, kalau nak ke negara Balkan, pakej mana yang sesuai, negara mana yang best, berapa hari seeloknya dan macam-macam lagi soalannya.

Bosnia + Croatia (Slovenia pun boleh)
Romania + Bulgaria + Macedonia + Albania + Montenegro

Ya, kita faham bila travel dah jauh-jauh takkan kita nak 'touch n go' saja.
Dah alang-alang sampai kan, kita ronda bagi habis lah.
Baru berbaloi penat tu.

Kami pernah uruskan group VIP ke Bosnia Croatia selama 13 hari, sehinggakan mereka dapat ziarah perkuburan umat Islam berhampiran Srebrenica di Bosnia, iaitu tragedi pembunuhan beramai-ramai. (Yang ni nanti kami buat satu post lain cerita pasal tragedi ni)

Berminat tak? Kalau berminat kami nak open date ni.

5 FAKTA MENARIK TENTANG MASJID SHEIKH ZAYED ABU DHABI1- Antara masjid terbesar di dunia yang boleh menempatkan lebih 40,...
30/11/2022

5 FAKTA MENARIK TENTANG MASJID SHEIKH ZAYED ABU DHABI

1- Antara masjid terbesar di dunia yang boleh menempatkan lebih 40,000 jemaah pada satu masa

2- Bahan-bahan binaan di import dari luar negara, antaranya New Zealand, Morocco, Turki, Mesir, India, Jerman, China, Greece, Itali dan Pakistan

3- Pembinaan yang mengambil masa kira-kira 11 tahun (1996-2007)

4- Memerlukan lebih 3000 pekerja dan 38 kontraktor untuk menyiapkannya

5- Kami rekomen datang waktu malam sebab lampu-lampu dalam masjid ni, dengan chandelier kristal nya fuhhh cantik, Swarovski tau!

Kami nak buka pakej ke Dubai Abu Dhabi 2023. Okay tak?

25/11/2022
COMING SOON IN 2023 – SCANDINAVIAN TRIP (NORWAY, SWEDEN & FINLAND)Jika anda mengidamkan sebuah pengambaraan yang penuh w...
25/11/2022

COMING SOON IN 2023 – SCANDINAVIAN TRIP (NORWAY, SWEDEN & FINLAND)

Jika anda mengidamkan sebuah pengambaraan yang penuh warna-warni dan mengasyikkan dengan pemandangan alam semulajadi, lanskap yang "amazing" dan lokasi-lokasi uuumph dan "Spectacular" maka negara-negara Scandinavia adalah jawapannya.

Bermula dari Denmark- kota Copenhagen dengan pelabuhan berwarna-warni "Nyhavn" perjalanan diteruskan ke Malmo di Sweden melalui Jambatan Malmo yang superb dengan pembinaan "hi-Tech' terus ke Gothenburg bandar ke2 terbesar di Sweden. Setelah puas menerokai muzium, bergambar di Fortress Alvsborg dan merasakan rentak kehidupan para peniaga di Feskekorka (fish market) anda dibawa ke Norway p**a.

Dalam perjalanan singgah di Geilo bandar Ski Resort pertama dan terbesar di Norway di lembah Hallingdal yang kaya dengan keindahan alam semulajadil (dikelilingi oleh snow-capped mountains sepanjang tahun).

Bergen adalah bandar pelabuhan tercantik di Norway, keindahan bandar ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila anda menaiki Bergen Funicular ke puncah tertinggi di Bergen. Antara yang menarik ialah The Old Hanseatic Quarter dengan bangunan-bangunan tradisi papan Norway berwarna-warni!
Kemuncak kembara anda ialah "Norway in a Nutshell" yang merangkumi keretapi dari Myrdal ke Flam dengan menaiki keretapi Flambena penuh antik merentasi jajaran-jaran gunung-ganang dengan gaung dalam dan fjord di bawahnya serta simbahan air terjun, cruising dari Flam ke Gudvangen melihat keindahan Aurlandsfjord dan Naeroyfjord (dua di antara Fjords Norway yang tercantik merupakan tapak warisan Unesco.

Aaagh banyak sangat nak cerita tentang keindahan dan tarikan-tarikan di negara-negara Scandinavia ini..
Antara tarikan lain:

1. Stockholm - Vasa Museum
2. Stockholm - Gamla Stan
3. Helsinki - Porvoo Old Town
4. Helsinki - Suomelinna Fortress

Address

No. 32a-1-1 Jalan Megan Setapak, Megan Setapak
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60341433655

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Travels & Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Felcra Travels & Tours Sdn Bhd:

Share

Category