Rayhar Vacation

Directions

Rayhar Vacation Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rayhar Vacation, Travel Company, L2-2, PNB PERDANA, Kuala Lumpur.

Jenama Percutian Rasmi Rayhar Travels Sdn Bhd (193166-P)
✅ Pakej pelancongan santai & selesa (Muslim-Friendly).
✅ Fokus pada penginapan selesa, makanan & pengalaman 'healing'.
🛡 Nikmati percutian, kami urus segalanya.

23/10/2026

Inner Mongolia ni sebenarnya unik tau!

Ramai kenal Inner Mongolia sebab padang rumput yang luas dan penginapan yurt. Tapi tahu tak, tempat ini juga kaya dengan budaya masyarakat Mongolia yang diwarisi sejak turun-temurun?

Dari kemahiran menunggang kuda, kediaman tradisional yurt sampailah seni nyanyian throat singing yang bunyinya cukup unik, setiap satunya ada cerita tersendiri.

Sebab tu bila travel ke Inner Mongolia, kita bukan sekadar datang untuk bergambar dengan pemandangan cantik. Kita juga berpeluang mengenali cara hidup dan budaya masyarakat tempatan dengan lebih dekat.

Kalau ke sini, pengalaman mana yang paling korang teringin nak cuba?

22/10/2026

Kalau ingat pergi padang rumput, mesti terbayang pemandangan hijau terbentang luas je, kan?

Tapi bila sampai di Xilamuren Grassland, Inner Mongolia, rupanya banyak pengalaman menarik yang boleh kita cuba!

Boleh cuba menunggang kuda sambil menikmati pemandangan padang rumput yang luas.

Kita boleh melihat persembahan tradisional, menyaksikan aksi menunggang kuda malah berpeluang mengenali kehidupan masyarakat nomad dengan lebih dekat.

Inilah yang membuatkan Inner Mongolia istimewa 😍

Kalau diberi peluang, korang nak cuba aktiviti yang mana dulu?

22/10/2026

Pernah terfikir macam mana rasanya tidur dalam yurt di Inner Mongolia?

Mesti ada yang bayangkan tandas kat luar, tidur atas lantai keras dan suasana yang serba sederhana, kan? 👀

Tapi sebenarnya, pengalaman menginap di yurt ni memang sesuatu yang unik! Yurt ialah kediaman tradisional masyarakat nomad yang dah lama menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.

Bukan selalu kita dapat peluang tidur di penginapan macam ni. Lain daripada hotel biasa, lain juga pengalaman yang kita bawa balik nanti.

16/10/2026

Singgah Kawah Rengganis, memang banyak spot cantik untuk bergambar!

Bukan setakat boleh OOTD dengan background alam semula jadi yang unik, dekat sini juga boleh menikmati pemandangan kawah, berjalan-jalan sambil meneroka kawasan sekitarnya dan merasai sendiri suasana alam semula jadi yang berbeza daripada tempat lain.

Memang sesuai untuk anda yang s**a bergambar dan nak cuba pengalaman menarik sepanjang percutian di Bandung!

Lokasi: Kawah Rengganis, Ciwidey, Bandung

13/10/2026

Tak sure nak beli apa dekat Da Tang Night Market?

Jom tengok video ni sampai habis!

Kali ni kita singgah Da Tang Market untuk shopping buah tangan. Niat asal nak beli sikit, tapi bila tengok macam-macam pilihan yang menarik, terus rambang mata!

Kalau korang datang sini, agak-agak boleh tahan diri daripada shopping tak?

01/10/2026

Satu benda yang menarik bila jalan-jalan di China…
Kadang-kadang kita nampak sesuatu yang familiar.

Macam Mixue ni.

Tapi bila beli di Xi’an, sambil dikelilingi suasana kota yang penuh dengan sejarah, terus rasa macam pengalaman tu lain.
Bukan sebab Mixue berubah…

tapi sebab tempat kita menikmatinya yang buat pengalaman jadi berbeza. 🇨🇳✨

Travel ni memang macam tu.

Benda biasa di Malaysia, bila dinikmati di tempat orang, boleh jadi satu kenangan yang kita bawa balik.

Orang kata, kalau nak rasa suasana Maldives versi bajet, datanglah ke Sabang. Dan bila sampai sendiri, baru faham kenapa...
28/09/2026

Orang kata, kalau nak rasa suasana Maldives versi bajet, datanglah ke Sabang.

Dan bila sampai sendiri, baru faham kenapa.

Perjalanan bermula di Aceh, menikmati suasana dan cerita yang tersendiri, sebelum diteruskan ke Sabang dengan air laut yang jernih, langit yang luas dan suasana p**au yang tenang.

Beberapa hari di sini diisi dengan laut, matahari, gelak tawa dan momen-momen sederhana yang akhirnya jadi kenangan. 🤍

Tahu tak, Da Nang terkenal dengan “City of Bridges” sebab ada beberapa jambatan ikonik seperti Dragon Bridge. Bukan itu ...
28/09/2026

Tahu tak, Da Nang terkenal dengan “City of Bridges” sebab ada beberapa jambatan ikonik seperti Dragon Bridge.

Bukan itu je, Da Nang juga terkenal dengan Ba Na Hills yang menjadi lokasi Golden Bridge yang cukup unik.

Menarik lagi, pengalaman Coconut Boat dan suasana penuh tanglung yang selalu kita nampak dalam gambar p**a boleh ditemui di kawasan sekitar Hoi An.

Satu destinasi, macam-macam pengalaman.
Sebab itu Da Nang sentiasa ada cerita untuk dibawa p**ang. 😍

Ada perjalanan yang singkat, tapi kenangannya panjang. 🤍Begitulah kisah kembara Medan bersama Rayhar.Sepanjang perjalana...
22/09/2026

Ada perjalanan yang singkat, tapi kenangannya panjang. 🤍

Begitulah kisah kembara Medan bersama Rayhar.
Sepanjang perjalanan, banyak momen yang tercipta — daripada menikmati pemandangan, mencuba pengalaman baharu, bergambar bersama, hinggalah gelak tawa yang mengiringi setiap langkah.

Kadang-kadang, perkara kecil yang berlaku sepanjang perjalanan itulah yang paling seronok untuk dikenang.
Hari yang dipenuhi aktiviti, suasana baharu dan wajah-wajah ceria akhirnya menjadi satu koleksi kenangan yang pastinya akan tersimpan lama.

Dan bila tiba masa untuk p**ang, barulah terasa…

“Eh, dah habis rupanya trip kita.” 🥹

Address

L2-2, PNB PERDANA
Kuala Lumpur
50450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rayhar Vacation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category