D'Astana Chik Pah Homestay

D'Astana Chik Pah Homestay Homestay yang terletak di bandar Kuala Lumpur, mnawarkan penginapan yang dilengkapi dengan plbagai kemudahan.

Tempahan
En Zahid : 01123087060
En.Syuk. : 018-977 0090

D Astana Chik Pah
(Homestay)
Blok E15-0-4
Jalan 4/76B Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur

Selamat Datang ke D'Astana Homestay
17/06/2026

Selamat Datang ke D'Astana Homestay

Selamat Hari Raya Haji! Moga hari anda dipenuhi dengan ketenangan, tradisi keluarga dan keinsafan. Semoga segala pengorb...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Haji! Moga hari anda dipenuhi dengan ketenangan, tradisi keluarga dan keinsafan. Semoga segala pengorbanan diterima dan doa-doa dimakbulkan

"Selamat Hari Ibu. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, memberkati dan menempatkanmu di antara para wanita solehah di sy...
10/05/2026

"Selamat Hari Ibu. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati, memberkati dan menempatkanmu di antara para wanita solehah di syurga".

- D' Astana Chikpah Homestay

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1447H/2026. Semoga Al-Quran sentiasa menjadi peneman setia, petunjuk, dan cahaya dalam ...
07/03/2026

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1447H/2026. Semoga Al-Quran sentiasa menjadi peneman setia, petunjuk, dan cahaya dalam kehidupan kita

Pergi ke sinki dapur anda sekarang, ambil span basuh pinggan, dekatkan pada hidung dan hidu baunya.Jika ia berbau masam,...
07/03/2026

Pergi ke sinki dapur anda sekarang, ambil span basuh pinggan, dekatkan pada hidung dan hidu baunya.

Jika ia berbau masam, hapak, atau hanyir, tahniah. Anda sebenarnya sedang menghidu bau gas buangan (najis) dari jutaan bakteria yang sedang berpesta di dalam span tersebut.

Kajian mikrobiologi telah membuktikan bahawa span basuh pinggan di dapur anda adalah barang paling kotor di dalam rumah. Ia merekodkan 200,000 kali ganda lebih banyak bakteria berbanding mangkuk tandas anda sendiri.

Kenapa span pinggan jadi 'syurga' kuman?
Kuman memerlukan tiga benda untuk membiak dengan sangat pantas: sisa makanan, kelembapan, dan suhu yang suam. Span pinggan anda yang sentiasa basah, terendam dalam air sabun berhari-hari, dan penuh dengan sisa lemak lauk adalah inkubator gred A untuk kuman bawaan makanan seperti E. coli, Salmonella, dan Campylobacter.

Bila anda guna span hapak ini untuk membasuh cawan anak atau pinggan makan, anda sebenarnya sedang memindahkan kuman tersebut ke permukaan pinggan secara sekata.

Ini cara yang betul untuk menguruskan span pinggan anda:

1. Keringkan Selepas Guna
Kesilapan paling biasa orang kita adalah membiarkan span terendam di dalam bekas berisi air sabun semalaman. Ini adalah pantang larang besar. Selepas basuh pinggan, bilas span dengan air bersih, perah sekuat hati sampai kering, dan letakkan di atas rak jaring yang berlubang supaya angin boleh mengeringkannya.

2. Nyahkuman (Sanitize) Secara Berkala
Air paip dan sabun biasa tidak akan membunuh kuman di dalam liang span. Seminggu sekali, rendam span tersebut di dalam mangkuk berisi air, dan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) selama 1 hingga 2 minit. Air mendidih dari dalam span itu akan mematikan bakteria. Boleh juga rendam dalam air panas mendidih di atas dapur gas.

3. Hayat Span Sangat Pendek
Span pinggan bukanlah harta pusaka. Ia sangat murah. Jangka hayat maksimum untuk sehelai span yang digunakan setiap hari adalah antara 1 hingga 2 minggu sahaja. Walaupun ia belum koyak atau hancur, buang dan tukar yang baru. Jika ia sudah mula berbau masam walaupun baru dipakai 3 hari, itu isyarat wajib buang terus ke dalam tong sampah.

Jangan biarkan anak anda cirit-birit dan masuk wad hanya kerana anda mahu berjimat menukar span yang berharga tak sampai seringgit.

Sila jujur, berapa lama span di sinki anda sekarang tu belum berganti?

Marhaban Ya Ramadhan ❤️! Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita ma...
16/02/2026

Marhaban Ya Ramadhan ❤️!
Semoga bulan suci ini membawa berkah, kedamaian, dan kebahagiaan untuk kita semua. Mari kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berbuat baik, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selamat berpuasa!”

Badan dah tunjuk KAD MERAH. Tapi kita buat-buat tak nampak.Kita selalu paksa diri."Sikit lagi ni.""Siapkan ni dulu baru ...
10/02/2026

Badan dah tunjuk KAD MERAH. Tapi kita buat-buat tak nampak.

Kita selalu paksa diri.
"Sikit lagi ni."
"Siapkan ni dulu baru rehat."

Sedangkan badan dah jerit "STOP!".

Ini 4 Tanda Badan Anda Dah Tahap Kritikal:

1. Bangun Tidur Rasa "Barai"
Dah tidur 8 jam, tapi bangun rasa macam baru lepas kena pukul. Badan berat, mata pedih. Itu tanda kualiti tidur hancur sebab otak tak boleh shut down.

2. Emosi Cepat "Koyak"
Benda kecil pun boleh jadi punca nak mengamuk.
Kawan tanya soalan simple, kita rasa nak melenting.
Jalan jam sikit, rasa nak maki hamun.
Sabar dah hilang.

3. Sakit Misteri Datang Menyerang
Doktor check semua okey.
Tapi bahu rasa macam pikul batu. Kepala denyut tak berhenti. Perut meragam (bloating/gastrik) tak tentu masa.
Itu cara badan mogok.

4. Otak Jadi "Blank" (Brain Fog)
Baca satu perenggan email 3 kali baru faham.
Lupa letak kunci kereta kat mana.
Nama kawan sendiri pun boleh lupa sekejap.

Jangan tunggu rebah baru nak menyesal.
Kerja takkan habis. Duit boleh cari.
Tapi kalau badan dah rosak, ganti tak ada jual kat Shopee.

Dengar cakap badan. Ambil cuti. Tidur.

Siapa tengah rasa nombor 2 tu sekarang? 🙋‍♂️

Cuba ambil cermin sekarang, atau buka kamera depan telefon anda. Cuba belek anak mata hitam tu betul-betul. Ada tak namp...
25/01/2026

Cuba ambil cermin sekarang, atau buka kamera depan telefon anda. Cuba belek anak mata hitam tu betul-betul.

Ada tak nampak macam garisan kelabu atau putih yang melingkar kat keliling anak mata hitam tu? Nampak macam pakai "contact lens" pun ada.

Kalau benda ni ada pada datuk atau nenek kita yang dah berumur 60 tahun ke atas, biasanya itu normal. Kita panggil Arcus Senilis, satu proses penuaan biasa di mana lemak mula mendap kat kornea mata.

Tapi, kalau anda baru umur 20-an, 30-an, atau awal 40-an tapi dah ada "pagar putih" ni kat mata, tolong jangan buat tak tahu.

Ini sebenarnya satu signal amaran (red flag) yang badan anda tengah menjerit bagi tahu: "Kolesterol dalam darah dah terlalu tinggi!".

Dalam istilah perubatan, bila benda ni muncul pada orang muda, ia dipanggil Arcus Juvenilis. Lemak atau lipid ni dia tak pilih tempat. Kalau dia dah boleh "parkir" sampai nampak jelas kat mata, bayangkan berapa banyak p**a lemak yang tengah tersumbat kat dalam saluran darah jantung dan otak anda.

Ramai orang muda rasa mereka kebal. Rasa badan sihat sebab tak ada sakit dada. Tapi kolesterol tinggi ni kita panggil "silent killer". Dia diam-diam bina kubu dalam arteri kita sampai satu hari nanti saluran tu tersumbat terus.

Jangan tunggu sampai sesak nafas atau strok baru nak menyesal.

Kalau perasan ada tanda ni kat mata,

✅ langkah pertama adalah pergi buat pemeriksaan darah (blood test)
✅ Periksa profil lipid anda.
✅ Ubah gaya hidup, jaga makan, dan kalau doktor sarankan ubat, ikut cakap pakar.

Mata bukan sekadar jendela hati, tapi dia juga jendela kepada tahap kesihatan dalaman kita.

Dah tengok cermin? Apa warna keliling anak mata anda?

Address

Blok E15-0-4Desa Pandan Jalan 4/76B
Kuala Lumpur
55100

Telephone

+60189770090

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Astana Chik Pah Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share