18/08/2026
AS-SAKINAH — TENANG DALAM PERJALANAN 🤍
Dari Arafah menuju ke Muzdalifah, seterusnya ke Mina, perjalanan haji mengajar kita satu perkara yang sangat indah — As-Sakinah, iaitu ketenangan.
Dalam kesesakan, kepenatan dan perjalanan yang panjang, hati tetap diajar untuk tenang. Tidak tergesa-gesa, tidak mengeluh, tetapi yakin bahawa setiap langkah sedang diatur oleh ALLAH SWT. 🤲🏻
Kerana haji bukan sekadar perjalanan jasad, tetapi perjalanan hati untuk belajar sabar, tenang dan berserah sepenuhnya kepada ALLAH.
Semoga ALLAH kurniakan kita sakinah dalam setiap perjalanan hidup, dan hati yang sentiasa tenang dalam mengharapkan redhaNya. 🤍
🎥 Sedutan Kuliah Ustaz Najib | Makkah Al-Mukarramah