28/10/2020
*TIPS TRAVEL WITH FAMILY*
Assalamualaikum semua! Hi dan selamat pagi. Hari nie admin nak share tips travel with family. Biasanya setahun sekali, kita akan plan untuk bercuti bersama anak-anak untuk rewardkan diorang after one-year struggle with class and exam! Travel with family terutamanya anak-anak kecil suasana dan preparation nya adalah sangat berbeza berbanding kita pergi bercuti bersama pasangan sahaja ๐
Jadi, pastikan kita bersedia dari segi semua perkara bagi memastikan trip tersebut enjoyable dan menyeronokkan untuk kita dan anak-anak!
Jom admin kongsikan tips bercuti bersama family ๐
1) Destinasi Percutian Anda
Travel bersama anak-anak destinasinya pastilah berbeza. Untuk pilihan destinasi, kadang-kadang anda boleh juga bertanya pendapat anak-anak anda apa tempat yang mereka sangat ingin lawati!
Biasanya untuk anak-anak, tempat yang sesuai untuk mereka adalah water park, theme park dan tempat games! Tempat-tempat ini pasti menyeronokkan mereka dan semangat untuk bercuti. Jangan p**a anda bawa mereka ke tempat bersejarah sahaja sepanjang percutian tersebut, pasti mereka akan sangat boring sekali dan anda pun akan boring dengan sikap anak-anak anda nanti.hehee, Banyak tempat yang sesuai untuk mereka di dalam dan luar negara yang anda boleh bawak anak-anak bercuti ๐
2) Packing List
Packing list sangat penting apabila anda travel bersama anak-anak. Jangan bawa terlalu banyak pakaian untuk anak-anak anda kerana nanti anda yang akan kepenatan kalau anak-anak anda tak nak bawa bag mereka sendiri ๐ Sila bawa barang yang perlu sahaja untuk sepanjang trip anda tersebut
Untuk sepanjang perjalanan,pastikan anda sediakan small backpack untuk setiap anak kecil anda dan bekalkan mereka dengan air dan jajang so that mereka tak boring dan lapar sepanjang perjalanan
3) Penginapan
Penginapan yang dipilih juga memainkan peranan yang sangat penting untuk percutian anda tersebut. Biasanya apabila kita bercuti bersama anak-anak,kita pastikan ingin bilik yang dekat dengan kita ibu bapa. Untuk admin biasanya akan prefer untuk stay di homestay atau apartment atau kalau that time apartment tiada dan booking hotel,admin akan request connecting room atau side by side room.Ini memastikan bahawa anak-anak sentiasa bersama dekat dengan kita.
4) Ubat-ubatan
Apabila anda travel bersama anak-anak terutamanya ke luar negara, pastikan anda membawa ubat-ubatan yang mencukupi sebab kita tak boleh jangka kesihatan anak-anak kita. Boleh bawa ubat-ubatan yang basic seperi cool fever, ubat batuk dan demam. Di luar negara juga, kebiasaannya harga ubat lebih mahal berbanding di negara kita sendiri, jadi pastikan kita membawa stok ubat yang mencukupi terutamanya jika bercuti bersama anak-anak
5) Travel Insuran
Seperti yang kita semua tahu, kemalangan boleh sahaja berlaku di mana-mana. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Travel insuran sangat penting terutamanya ketika melancong ke luar negara. Anda boleh membuat perbandingan dari segi benefit di antara syarikat insuran seperti Etiqa,Axa dan banyak lagi.
6) Makanan Ringan
Makanan ringan sangat penting untuk dibawa terutamanya ketika bercuti bersama anak-anak. Ini dapat membantu kita sebagai ibu bapa mengalihkan kebosanan anak-anak ketika mereka lapar. Sekurangnya ia dapat membantu agar mereka tidak buat perangai apabila mereka penat.hahaha
7) Kasut dan pakaian yang selesa
Pastikan kasut dan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan cuaca dan lokasi percutian anda.Ini juga penting bagi memastikan anak-anak kita selesa sepanjang percutian berlangsung! Kalau tak nanti,anak-anak akan menangis dan kita pun stress ๐
8) Pengurusan masa
Apabila kita bercuti bersama anak-anak pastikan tentatif dan program yang kita susun untuk anak-anak bersesuaian. Jangan p**ak kita pilih untuk keluar jam 8pagi dan balik 12malam ๐ Kita p**ak yang stress nanti bila anak-anak tak dapat bangun awal. Hahaha. Untuk bercuti dengan anak-anak,masa untuk membuat aktiviti juga sedikit singkat berbanding bercuti bersama kawan dan pasangan ๐
9) Penerangan
Pastikan kita juga memberi sedikit penerangan dan berkongsi dengan anak-anak sedikit ilmu tentang tempat lawatan tersebut supaya mereka dapat la sedikit ilmu dari trip takde lah enjoy je kan. Kalau mak admin dulu, untuk boleh dapat pergi bercuti yang best semua kena score time exam akhir tahun.dapat no 1-3 baru boleh dapat g jalan jauh sikit. Hahhaa. Lepas tu,lepas balik cuti, ada assignment okay kena buat karangan pasal pengalaman percutian tersebut! Bagi admin, dulu masa kecik2 memang stress a, tapi bila fikir balik nice jugak sebab baru la take note dan ingat tempat2 tu takde la balik kosong je kan kepala. Hehehe
10) Nap
Nap sangat penting untuk anak-anak bagi memastikan mereka tidak penat dan meragam. Jika dalam perjalanan yang jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain, pastikan anak-anak nap. Jadi nanti dah sampai ke tempat diorang dah fresh dan semangat balik nak buat aktiviti nanti.
Sekian sahaja 10 tips bercuti bersama family dari admin!
Hope this trip membantu anda semua untuk travel dengan lebih efficient dan stress free!
Nak lebih banyak tips? Boleh subscribe telegram kami https://t.me/TipsPercutianEnrich
Lebih banyak tips yang kami akan kongsi dengan anda!