02/12/2019
Teringat ketika di Madinah salah seorang jemaah lelaki datang nak berjumpa..
Saya kata nanti dulu sebab ada kerja perlu diselesaikan tapi katanya sekejap je dalam 5 minit. Sy terus bergegas jumpa dia.
Kemudian dia berjumpa saya sambil memegang tangan saya dengan wajah yang sedih dan mengalir air matanya
' Ust, doakan saya mati di Madinah,kita ada beberapa jam sahaja lagi nak ke Mekah,waktu yg berbaki ni sy minta sangat ust doakan sy mati di Madinah, lama sy kumpul duit untuk datang ke Madinah dan mati di sini'
Air matanya terus deras mengalir. Saya terpaku terpana xtahu nak cakap apa. Hanya 1 perkataan sy sebutkan :
'Insyallah'
Dalam hati saya hanya Allah yang tahu. Sungguh dia ikhlas nak mati di Madinah.
Jantung saya berdegup kencang sehingga waktu nak bertolak ke Mekah.
Apabila tiba waktu nak berangkat sy berjumpa dengan beliau sy tanyakan abg ada isteri dan anak?
Katanya ada. Maka sy katakan mungkin kerana itu Allah tangguhkan dulu insyallah jika di mana pu kita meninggal tetapi hati kita berazam nak berada di Jannatul Baqi' kita pasti akan ada di sana 😊
Bayangkan hati orang yang sungguh benar2 ingin berada di samping Rasulullah dan para sahabat mudah2 beliau dapat Jaminan dan syafaat Rasulullah. Amin
Kredit : Al Fadhil Ustaz Hj Yahdi Ghafar.