Traditional Rumah Limas Melaka by the beach, suitable for Family Day, Family Outing, Group Retreat, Friends Reunion and other private functions. Call for Reservation Hp +6 012 250 1262
=====
Homestay Kuala Sg Baru yg mempunyai 2 buah rumah kayu lama (Seafront & Limas) yg mengamalkan konsep gaya hidup seharian di kampung yang berunsurkan pelancongan "lifestyle".
~Rumah Seafront (A) & Rumah Limas (B)
Penginapan di Homestay Seafront & Limas ini memberi peluang kpd tetamu kami merasakan pengalaman tinggal di tradisional 'Rumah Limas Melaka' dalam suasana kampung. Alami keseronokan tidur beramai-ramai sesama sanak-saudara di bawah satu bumbung, bergotong-royong masak bersama-sama utk sediakan juadah makan atau BBQ dan boleh juga melakukan aktiviti sukaneka keluarga di laman atau di tepi pantai.
*Rumah A & B tidak mempunyai unit penghawa dingin (aircon) hanya kipas sahaja
*Lokasi Rumah Seafront adalah berhadapan pantai dan laut
~Chalet (6x unit)
Khas buat mereka yang inginkan privasi, unit Chalet ini berkonsepkan bilik studio moden dengan penghawa dingin, bilik mandi berserta air panas, sesuai utk didiami oleh 2x orang dewasa & 1x kanak-kanak.
~Family Room (2x unit)
Bilik yang lebih besar, sesuai untuk didiami oleh 4x orang dewasa yang dilengkapkan dengan penghawa dingin, bilik mandi berserta air panas dan sesuai untuk warga tua atau yang berkerusi roda kerana keadaan bilik yang rendah dan tidak bertangga. Homestay kami terletak berhadapan (Rumah Seafront) dan berhampiran (5 minit jarak berjalan kaki) dari pantai dan laut. Pantai yang landai ini sesuai untuk bermandi-manda serta melakukan aktiviti pantai. Terdapat pelbagai hasil laut seperti remis, ikan dan ketam yang boleh didapati di pantai ini. Kami juga menyediakan sebuah kolam renang khas untuk kanak-kanak di dalam kawasan Homestay Limas dan Chalet.