Villapadu Kuala Terengganu

Villapadu Kuala Terengganu Where luxury comes with the warmth of a home. Supreme villas at four different locations.

On the beach, by the river, in a village, in the city, with premium access to stunning tropical islands.

VENUE CANTIK DAN MURAH TAK SEMESTINYA PARKING CUNVenue cantik tapi parking buat tetamu stress…trust me, itu memang mood ...
22/05/2026

VENUE CANTIK DAN MURAH TAK SEMESTINYA PARKING CUN

Venue cantik tapi parking buat tetamu stress…
trust me, itu memang mood killer

Bayangkan dah siap outfit lawa, make up on point, tudung dah cantik…

sekali kena jalan jauh bawah panas atau hujan sebab parking penuh

At Wedding Place by Villapadu, kami memang fikir benda macam ni.

Sebab tu kami sanggup reserve hampir 2 ekar tanah SEMATA-MATA untuk parking sahaja.

Yes… parking

Muat sekitar 200 kereta setiap masa
Dekat dengan venue - dalam kawasan venue
Senang parents & warga emas
Tak pening cari parking
Tak awkward kena berjalan jauh pakai heels
Sistem keluar masuk lebih smooth

Ramai venue cantik dalam gambar…
tapi bila hari event:

parking jauh
parking tepi jalan
share parking dengan tempat lain
jem masa balik

Benda ni nampak kecil…
tapi actually bagi effect besar dekat pengalaman tetamu.

Kami percaya:

“Good wedding bukan setakat pelamin cantik.
Tetapi bila tetamu datang rasa selesa dari first step lagi.”

We Care. We Serve. We Deliver.

INTIMATE WEDDING - ONLY AT VILLAPADURamai orang ingat intimate wedding ni pasal nak jimat semata-mata.Padahal sebenarnya...
20/05/2026

INTIMATE WEDDING - ONLY AT VILLAPADU

Ramai orang ingat intimate wedding ni pasal nak jimat semata-mata.
Padahal sebenarnya…
ia tentang siapa yang betul-betul kita nak ada pada hari paling penting dalam hidup. 🤍

Tak perlu 1000 orang untuk rasa bahagia.
Kadang majlis paling best ialah bila sempat borak dengan family, gelak sama-sama, ambil gambar cantik tanpa rushing, dan betul-betul enjoy moment tu.

One Concept. Dua Experience.

VILLAPADU DESA
Untuk yang s**a suasana kampung klasik, tenang, private dan penuh vibe traditional Melayu.
Rumah kayu tradisional 80+ tahun dengan sentuhan moden, swimming pool dan bridal suite besar.

VILLAPADU BAYU
Untuk yang impikan akad nikah tepi pantai, sunrise view dan private beach villa dalam bandar Kuala Terengganu.
Rare. Exclusive. Memang aesthetic.

Pakej intimate wedding bermula RM9,500

✔ Pelamin sweet & simple
✔ Akad nikah
✔ Nasi minyak 100 pax
✔ Bridal suite
✔ Parking
✔ 6 jam majlis

Majlis kecil.
Memori besar.

Kalau korang jenis s**a:
✔ calm wedding
✔ family-focused
✔ aesthetic vibes
✔ less stress
✔ quality moments

…this is for you.

Villapadu Kuala Terengganu
Book now: 0132277132

Gen Z sekarang satu perangai sama… Nak kahwin RM20K – RM50KTapi nak survey… hanya melalui WhatsApp “Boss, pakej berapa?”...
18/05/2026

Gen Z sekarang satu perangai sama…

Nak kahwin RM20K – RM50K
Tapi nak survey… hanya melalui WhatsApp

“Boss, pakej berapa?”
“Boleh send detail?”
“Full package ada?”

Lepas tu hilang

Hakikatnya…

kahwin bukan beli casing phone.
Kadang-kadang bila call 5 minit, terus settle:

Bajet sebenar
Pax sebenar
Nak grand atau simple
Nak indoor atau outdoor
Nak vibe garden atau classy

Kami s**a bercakap sebab lebih mudah bantu pengantin dapat pakej yang BETUL ikut bajet.

Dan kadang yang reply WhatsApp tu… owner venue sendiri
Kalau mood baik… insyaAllah diskaun kaw-kaw boleh bincang

Di Wedding Place, kami bukan sekadar venue.

Kami faham mentaliti pengantin Gen Z:

Nak aesthetic
Nak nampak mahal
Nak dream wedding
Tapi bajet masih under control

So jangan WhatsApp saja

CALL terus. Lagi cepat faham. Lagi senang kami bantu.
📞 +6013-227 7132

15/05/2026

Every love story deserves a beautiful beginning
Especially in a stunning riverside glass hall like this 🤍 ❤️

12/05/2026

JANGAN HANYA MINTA PAKEJ DAN TENGOK HARGA PAKEJ. BUAT KAJIAN SETIAP FASILITI YANG DITAWARKAN

Ramai Gen Z sekarang hanya tengok harga dalam leaflet bila mencari venue kahwin di Terengganu. Nampak murah terus excited. Tetapi ramai tak sedar — dalam industri kahwin, harga terlalu murah selalunya datang dengan hidden cost atau pengurangan dari segi servis dan kualiti.

Contohnya pelamin. Pelamin custom bersama walkway, arch, bunga segar dan setup 20 kaki boleh mencecah RM5,000 dan ke atas, lebih-lebih lagi bila pasangan mahu tema sendiri dan bukan pelamin lama yang digunakan berulang kali untuk berpuluh majlis. Dah tentu kosnya berbeza.

Ramai juga bertanya, “MUA ada tak?”, “Doorgift termasuk tak?” Semua ini sebenarnya melibatkan kos tambahan yang ramai tidak nampak pada awalnya.

Hari ini kos operasi majlis sangat tinggi. Venue perlu menyediakan RELA untuk parking, pencuci tandas, pembersih kawasan, aircond, pinggan kaca serta pekerja basuh pinggan semasa majlis berlangsung. Semua ini untuk memastikan majlis berjalan lancar dan tetamu selesa.

Bayangkan membina venue cantik seperti Wedding Place memerlukan pelaburan lebih RM3 juta, dengan komitmen pinjaman hampir RM40,000 sebulan. Sebab itu kami percaya — harga yang terlalu murah selalunya ada perkara yang dikurangkan tanpa disedari.

Tip Persiapan Kahwin TerengganuDari Pilih Tarikh Sampai Pilih VenueRamai orang ingat kahwin itu mudah.Pilih pelamin, pil...
07/05/2026

Tip Persiapan Kahwin Terengganu
Dari Pilih Tarikh Sampai Pilih Venue

Ramai orang ingat kahwin itu mudah.

Pilih pelamin, pilih baju, jemput tetamu… siap.

Hakikatnya, persiapan kahwin Terengganu bermula jauh lebih awal daripada itu. Dan prosesnya bukan sekadar romantik — kadang-kadang boleh buat pening kepala juga.

Langkah pertama sebenarnya bukan pelamin. Bukan katering. Tetapi TARIKH.

Tarikh perlu dipersetujui oleh ramai pihak.

Pengantin lelaki.
Pengantin perempuan.
Mak ayah kedua-dua belah.
Kadang-kadang ustaz atau tok imam untuk akad nikah.

Ada p**a keluarga yang perlu elak musim tertentu, elak musim tengkujuh, atau pilih cuti panjang supaya saudara jauh boleh datang.

Itu baru bab tarikh.

Belum masuk lagi bab venue kahwin.

Tip 1 – Pilih Wedding Venue Terengganu Awal

Sekarang di Terengganu, venue kahwin semakin banyak pilihan.

Ada yang di dewan komuniti.
Ada yang di hotel.
Ada yang konsep garden atau tepi sungai.

Tetapi jangan pilih venue hanya kerana cantik dalam gambar.

Tanya juga:

✔ Parkir cukup atau tidak
✔ Tandas mencukupi atau tidak
✔ Ruang makan selesa atau tidak
✔ Aliran tetamu tersusun atau tidak

Ramai venue cantik untuk bergambar…
tetapi tetamu terpaksa beratur panjang untuk makan.

Itu pengalaman yang pengantin tak mahu.

Tip 2 – Faham Perbezaan Generasi

Pengantin hari ini kebanyakannya Gen Y atau Gen Z.

Mereka mahukan:
• majlis yang cantik
• gambar yang Instagram-worthy
• suasana romantik

Mak ayah p**a memikirkan perkara lain:

• tetamu cukup makan
• majlis berjalan lancar
• nama keluarga terjaga

Hakikatnya dalam banyak majlis kahwin Terengganu,
mak ayah masih memainkan peranan besar dalam perbelanjaan.

Jadi keseimbangan perlu ada.

Pengantin mahu cantik.
Mak ayah mahu terurus.

Majlis yang berjaya biasanya memenuhi kedua-duanya.

Tip 3 – Bajet Kena Realistik

Ini bahagian paling “sensitif”… tetapi juga paling kelakar.

Kadang-kadang pasangan datang dengan impian besar:

“Pelamin macam hotel lima bintang.”

Tetapi bajet… RM15k semua sekali.

Zaman sekarang semua benda mahal.

Kayu mahal.
Bunga mahal.
Pekerja pun ada kos.

Kadang-kadang kita sendiri bila membeli mahu murah.
Tetapi bila kita berniaga, barulah faham… setiap benda ada kos yang orang tak nampak.

Sebab itu penting untuk pilih wedding venue Terengganu yang telus tentang apa yang mereka sediakan.

Tip 4 – Pilih Venue Yang Ada Sistem

Venue yang baik bukan sekadar tempat kosong.

Ia perlu ada:

✔ pengurus majlis
✔ crew makanan mencukupi
✔ crew kebersihan
✔ kawalan parkir
✔ pengalaman mengurus majlis besar

Supaya pengantin boleh fokus kepada hari bahagia, bukan sibuk menyusun meja.

Akhirnya, kahwin bukan sekadar majlis satu hari.

Ia adalah permulaan kehidupan baru.

Rancang dengan bijak.
Hormati pandangan mak ayah.
Pilih venue kahwin Terengganu yang bukan sekadar cantik, tetapi benar-benar memahami perjalanan majlis.

Supaya hari bahagia itu bukan sahaja indah dalam gambar…
tetapi juga indah dalam pengalaman semua tetamu.










Address

Kuala Terengganu
20###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Villapadu Kuala Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Villapadu Kuala Terengganu:

Share