08/10/2022
salam maulidur rasul.
Selawat Ke Atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W - Sebagai umat Islam, kita tahu yang Nabi Muhammad S.A.W. merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah bagi menyebarkan agama Islam kepada umatnya. Nabi akhir zaman yang membawa rahmat kepada umatnya.
Sungguh besar dugaan Nabi Muhammad menyebarkan agama Allah kepada masyarakat Arab ketika itu. Baginda dihina, dikeji, dibaling batu kaum kafir, malah ada yang hendak membunuh Nabi Muhammad SAW agar Agama Suci ini tidak disebarkan. Tetapi Allah SWT sentiasa menyelamatkan Nabi kita. Malah mereka yang memeluk Islam turut ditindas. Allahuakbar.
Walaupun pelbagai tentangan, akhirnya ajaran Islam dapat disebarkan sehingga ke hari ini. Betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad menyebarkan agama Islam sehingga ketika wafatnya masih mengingati umatnya. Sebagai umatnya kita mestilah berselawat ke atas Nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Perkataan selawat ( bahasa Arab: ุงูุตููุงุช ) diambil dari perkataan solat ( bahasa Arab: ุงูุตูุงุฉ ), doa, pujian.
Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Dan salawat malaikat ialah doa. Dan salawat orang muโmin ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad
ุฅูููู ุงูููููู ููู
ูููุงุฆูููุชููู ููุตููููููู ุนูููู ุงููููุจูููู ููุง ุฃููููููุง ุงูููุฐูููู ุขู
ููููุง ุตูููููุง ุนููููููู ููุณููููู
ููุง ุชูุณููููู
ูุง
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]
Terdapat pelbagai lafaz selawat sama ada ucapan selawat yang asal dari Hadith Sahih atau ucapan selawat yang dinukil oleh para alim ulamaโ.
Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1292, sahih]
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูู ู
ูุญูู
ููุฏู
( Rumi ) Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad
Maksud : Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Dari hadith: [An-Nasa'iy/ 1288, sahih], [An-Nasa'iy/ 1290, sahih], [Ibnu Hibban/ 1957, sahih]
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูู ู
ูุญูู
ููุฏูุ ููู
ูุง ุตููููููุชู ุนูููู ุฅูุจูุฑูุงูููู
ู ููุขูู ุฅูุจูุฑูุงูููู
ูุ ุฅูููููู ุญูู
ููุฏู ู
ูุฌููุฏูุ ููุจูุงุฑููู ุนูููู ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูู ู
ูุญูู
ููุฏูุ ููู
ูุง ุจูุงุฑูููุชู ุนูููู ุฅูุจูุฑูุงูููู
ู ููุขูู ุฅูุจูุฑูุงูููู
ูุ ุฅูููููู ุญูู
ููุฏู ู
ูุฌููุฏู
Maksud ; Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia. Dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.
Dari hadith: [Ibnu Hibban/ 1959, isnadnya sahih]
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ู
ูุญูู
ููุฏู ุงููููุจูููู ุงูุฃูู
ููููู ููุนูููู ุขูู ู
ูุญูู
ููุฏูุ ููู
ูุง ุตููููููุชู ุนูููู ุฅูุจูุฑูุงูููู
ู ููุนูููู ุขูู ุฅูุจูุฑูุงูููู
ูุ ููุจูุงุฑููู ุนูููู ู
ูุญูู
ููุฏู ุงููููุจูููู ุงูุฃูู
ููููู ููุนูููู ุขูู ู
ูุญูู
ููุฏูุ ููู
ูุง ุจูุงุฑูููุชู ุนูููู ุฅูุจูุฑูุงูููู
ู ููุนูููู ุขูู ุฅูุจูุฑูุงูููู
ูุ ุฅูููููู ุญูู
ููุฏู ู
ูุฌููุฏู
( Rumi ) Allahumma salli `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, k**a sallayta `ala ibrahima wa `ala ali ibrahim, wabarik `ala muhammadini n-nabiyyi l-ummiyyi wa`ala ali muhammad, k**a barakta `ala ibrahima wa`ala ali ibrahim, innaka hamidun majid
Maksud : Ya Allah berilah shalawat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berilah berkat kepada Muhammad, Nabi yang ummi dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia...