11/07/2025
Jika anda merancang ke Pantai Timur dalam masa terdekat, pastikan anda bersedia lebih awal. Bermula sekarang hingga 31 Ogos 2025, semua lorong arah Kuantan di KM 25.75 Lebuhraya KL-Karak (berhampiran Bukit Tinggi) ditutup sepenuhnya. Penutupan ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), termasuk pemasangan jambatan keluli berskala besar.
Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik akan dialihkan ke laluan kontra arah Kuala Lumpur. Pengguna lebuh raya dinasihatkan bersabar dan merancang perjalanan dengan teliti, terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum apabila kesesakan dijangka lebih teruk.