Farahana Seaview

Farahana Seaview Apartment unit (drawbridge and seaview) with 3 bedrooms, 3 bathrooms and more amenities and facilities (pool, gym etc,) provided.

Al Quran bukan sekadar untuk bacaan πŸ˜‰
14/02/2026

Al Quran bukan sekadar untuk bacaan πŸ˜‰

Bacalah dan hayatilah al-Quran, kerana itulah mukjizat terbesar yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad ο·Ί sebagai panduan hidup untuk seluruh manusia.

Bila dh berusia ni kena lebih prihatin la pasal kesihatan 😁
14/02/2026

Bila dh berusia ni kena lebih prihatin la pasal kesihatan 😁

Cuba buat sekarang! jom test tahap 'karat' badan abang/kakak.

Ujian ni paling ringkas nak tahu tahap fleksibiliti hamstring dan belakang bawah anda.

Cara buat:
1. Berdiri tegak, kaki rapat.
2. Lutut kena LURUS (Jangan menipu ya!).
3. Tunduk perlahan-lahan & cuba sentuh ibu jari kaki.

Apa keputusan anda?
βœ… LEPAS: Boleh sentuh lantai/ibu jari. Tahniah! Hamstring anda 'muda' lagi.
⚠️ SEDERHANA: Sampai buku lali je. Dah mula kena buat regangan ni.
❌ KRITIKAL: Sampai lutut pun menggigil. Hamstring abang dah 'karat' teruk!

Kenapa bahaya kalau 'Karat' (Ketat)?

Bila hamstring ketat, ia tarik pelvis ke belakang. Pelvis p**a adalah tapak kepada tulang belakang. Bila tapak berubah, pinggang akan cuba kompensasi. Jadi pergerakan tunduk yang sepatutnya berlaku di sendi pinggul, terpaksa berlaku lebih banyak di pinggang.

Dari sinilah pinggang mula cepat letih, tegang, dan senang meragam.. Inilah punca utama:
- Sakit pinggang bawah (Low Back Pain).
- Postur badan jadi bongkok.
- Mudah cedera masa lari atau bersukan.

Jangan risau kalau tak lepas hari ni. Badan kita ni macam pintu, kalau lama tak buka dia ketat. Kena 'minyakkan' balik dengan regangan konsisten 5 minit sehari.

Cuba komen sikit, korang sampai tahap mana?

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan πŸ₯°πŸ˜
14/02/2026

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan πŸ₯°πŸ˜

Sudahkah anda bersedia untuk menyambut ketibaan bulan yang penuh barakah ini?!

Ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan yang paling ditunggu sepanjang tahun. 😍❀️

14/02/2026

Kesetiaan dalam keterpaksaan πŸ˜…

Lain machiam tips dia πŸ₯³
14/02/2026

Lain machiam tips dia πŸ₯³

Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni

Artikel penuh di ruangan komen

You Are What You Eat πŸ˜‹
14/02/2026

You Are What You Eat πŸ˜‹

Niat nak kemas rumah pagi hujung minggu ni, tapi lepas sarapan terus tersandar depan TV?

Pagi cuti macam ni memang syok bawa keluarga sarapan kat kedai mamak. Bila nampak roti canai garing ditarik panas-panas, lepas tu disiram p**a dengan kuah kari, dhal, dan sambal sampai banjir, memang kecur air liur. Tambah p**a dengan teh tarik buih tinggi secawan.

Memang sedap tak terkata, tapi sedar tak kombo sarapan ini sebenarnya sedang sabotaj tenaga anda untuk berehat dan meluangkan masa berkualiti di rumah?

Mari kita bedah siasat apa yang ada dalam pinggan tu.

Roti canai diperbuat daripada tepung gandum putih (karbohidrat ringkas) dan diadun dengan minyak sapi atau marjerin yang sangat tinggi lemak tepu. Teh tarik p**a mengandungi jumlah susu pekat manis yang meroketkan kandungan gula.

Satu hidangan kombo ini dengan mudah boleh mencecah 800 hingga 1000 kalori. Itu hampir separuh daripada keperluan kalori harian anda, hanya untuk sekali makan pagi!

Apa yang berlaku pada badan bila anda telan kombo ini?

Disebabkan ia tinggi gula dan karbohidrat ringkas tetapi tiada serat, gula dalam darah anda akan melonjak naik dengan sangat pantas. Anda akan rasa bertenaga dan gembira sekejap masa memandu balik ke rumah.

Tapi selepas satu atau dua jam, badan akan merembeskan insulin dengan banyak untuk menurunkan kembali gula tersebut. Waktu gula menjunam jatuh inilah yang dipanggil 'Sugar Crash'.

Kesannya? Mata anda mula berat, badan rasa lemau nak buat kerja rumah, dan akhirnya anda sambung tidur balik sampai ke tengah hari. Pukul 1 petang bangun, perut berkeroncong lapar balik padahal kalori pagi tadi pun belum terbakar.

Kita tak suruh anda boikot kedai mamak pagi minggu ni. Kedai mamak ada banyak pilihan yang jauh lebih baik.

Kuncinya adalah kurangkan kuah, lebihkan protein, dan elakkan gula. Anda cuma perlu ubah sedikit saja gaya pesanan anda. Rujuk gambar di bawah untuk 5 alternatif sarapan mamak yang tak buat anda tidur mati siang hari.

Tenaga cuti hujung minggu sangat berharga, jangan bazirkannya dengan 'sugar crash'.

Homestay kami ada water heater tau πŸ˜‰
14/02/2026

Homestay kami ada water heater tau πŸ˜‰

Penat angkat besi, lepas tu terus terjun tong ais. Lepas tu hairan… kenapa otot macam tak naik-naik.

Ice Bath memang tengah trend. Badan rasa segar, lenguh cepat hilang, tidur pun kadang lebih sedap. Tapi kalau matlamat anda nak besarkan otot, ice bath yang dibuat sejurus lepas latihan beban boleh jadi β€œsabotaj” senyap.

Bila anda angkat berat, otot bukan sekadar letih. Dia dapat rangsangan dan β€œsignal” untuk adaptasi. Badan akan mula proses pembaikan dan pembinaan semula. Di situlah otot jadi lebih kuat, dan kalau konsisten, lebih besar.

Masalahnya, air ais selepas sesi beban boleh menurunkan respon yang tubuh guna untuk adaptasi itu. Memang anda rasa cepat pulih, tapi signal untuk bina otot boleh jadi kurang kuat, terutama kalau anda buat setiap kali lepas gym.

Jadi bila sesuai ice bath?

Ice bath sesuai bila keutamaan anda ialah cepat kembali berfungsi. Contohnya ada game esok, latihan berturut-turut, atau kerja yang perlukan badan rasa ringan cepat. Untuk situasi macam ni, ia alat yang berguna.

Tapi kalau anda gym sebab nak bina badan, cara paling selamat ialah ringkaskan: jangan jadikan ice bath rutin lepas sesi beban. Kalau nak mandi, mandi biasa atau suam untuk selesa dan relaks, dan fokus pada benda yang betul-betul bantu otot naik: tidur cukup, protein cukup, dan progres latihan yang konsisten.

Kesimp**an mudah:
Nak cepat rasa lega, tapi mungkin perlahan naik otot = Ice bath lepas gym
Nak otot naik optimum = Elak ice bath sejurus lepas angkat berat

Trend boleh ikut. Tapi matlamat jangan bagi trend kacau.

Comel je 😍
28/06/2024

Comel je 😍

Menarik tips ni 😁
28/06/2024

Menarik tips ni 😁

saja nak share
yang dah tahu abaikan aje ye

kalo masak nasi guna beras basmathi tip akk untuk nasi yg lembut, berderai n masak sekata...

-basuh beras bersih n rendam 20 minit dalam air yg diletakkan dgn garam sedikit....(petua ni saya ikut dari guru lama saya untuk bagi nasi kita berderai n lembut)
- sukatan air nisbah 1 cawan beras bersamaan 1 cawan 1/2 air(1/2 tu susu atau santan) bergantung nasi apa yg korang nak masak..
-untuk memasak akk didihkan dulu air baru masukkan beras..
-kacau beras semasa air masih byak, jika dh kering better kacau sekali je untuk mengelakkan beras kita patah...
- untuk mewarnakan nasi korang tunggu air kering baru titiskan pewarna n biarkan sekejap baru kacau...
- untuk nasi2 yang akk masak untuk tempahan last sekali akk akan letak dua sudu butter...(cara akk le)...

kredit: faizah md zain

Min percaya ni...sebab rumah min pun guna suhu 24Β°C, fan 60% (tak pasang kipas siling)...tak pernah rendah dr suhu ni.Ka...
08/05/2024

Min percaya ni...sebab rumah min pun guna suhu 24Β°C, fan 60% (tak pasang kipas siling)...tak pernah rendah dr suhu ni.

Kalau pasang lebih rendah sekalipun...tak seselesa suhu 24Β°C. Maintain je dgn suhu ni.
Kalau nak keluar 1@2 jam...rendahkan suhu ke 27Β°C, fan 20% shj.

Balik rumah, on semula suhu asal 24Β°C.

1 aircond 1hp penggunaan 12jam/hari sebanyak 26 hari lebih kurang...bil elektrik hanya rm70 shj 😁

πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Pakat maghi ghama2 deh
02/05/2024

Pakat maghi ghama2 deh

Address

Kuala
20000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farahana Seaview posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Farahana Seaview:

Share