31/07/2024
Jika bercuti ke Terengganu, wajib singgah minum kopi di Tumboh Coffee Joint
TRAVEL UNTUK BERKAWAN - Pernah ada seorang pelanggan datang kepada pakcik semasa Meet & Greet di Singapura. Dari gayanya memang jenis orang selalu melancong. Pakcik pun sebutkan apakah keunikan sehingga pelanggan sanggup bayar lebih dari mana-mana syarikat travel lain. Dalam bahasa mudahnya, pakcik jelaskan antara yang menarik ialah konsep “pergi trip sebagai orang asing, pulang seperti keluarga”.
Beliau tegas katakan “I want to heal my stress by traveling and not making friends”.
Pakcik yang sedang naik suhu darah ketika itu menarik nafas dalam-dalam dan menghirup kopi kampung panas sampai surut sekali sedut.
“Sabar Wak Sabar!” - pakcik bermonolog
Dengan senyuman Azizan Osman, pakcik sampaikan dengan tenang sekali
“Jika mahu rehat, rumah sendiri tempat terbaik untuk berehat. Jika nak bebas dari stress, laughter is the best medicine. Tapi, laugh alone will end us to mental hospital…of course we need friends to laugh together right? That’s why Rarecation is about friendship”.
Dipendekkan cerita, pelanggan tadi beri peluang kepada Rarecation. Dipendekkan lagi cerita, sampai sekarang beliau masih mengulang ulang ulang trip dengan Rarecation dan pakcik seronok melihat beliau buat ramai kawan dalam trip.
Pakcik kini lebih yakin untuk katakan “Rarecation ini tak sesuai bagi mereka yang tidak s**a bergaul dengan masyarakat”.
Gambar ni pakcik ambil masa travel ke Terengganu beberapa hari lepas. Kan Pakcik ada bagitahu, yang pakcik nak ke Terengganu. Pakcik s**a bagi peluang orang berjumpa pakcik walaupun level pakcik bukan seperti Aaron Aziz. Tapi cukup pada setiap hentian, pakcik jumpa kawan baharu dan memberi peluang diri pakcik menjadi content mereka dalam mempromosi perniagaan mereka.
Ini gambar di Tumboh Coffee Joint Kuala Terengganu atau boleh pakcik katakan hidden gem bagi peminat kopi. Masuk cafe rasa macam keluar dari time tunnel sampai testimonial pakcik kena dalam puisi dan ditaip dengan mesin taip
Banyak lagi tempat jadi hentian makan pakcik dan team seperti Yan Beach Cafe untuk makan tepi laut dengan pemandangan yang cantik dan makanan sedap. Balik singgah Fatisha Mushroom Kopitiam di AMBS.
Esok pakcik dan isteri akan fly ke Melbourne atas urusan perniagaan. Nampak macam makan angin sebab perniagaan pakcik memang makan angin. Pakcik pasti ramai orang yang kenali Pakcik di Melbourne. Kalau ternampak tak perlu lah tunjuk-tunjuk pakcik pada kawan-kawan kamu menggunakan muncung dan berbisik (tapi kuat) tu Tom Cruise kan tu…yg dlaam Raretv tu?
Tegur sahaja lah. Pakcik tak sombong. Pakcik s**a buat kawan.
SAIFUL NANG
Pakcik yang jinak