Malaysia Association Hotel - MAH Terengganu Chapter

Directions Contact the business

Malaysia Association Hotel - MAH Terengganu Chapter MAH Terengganu Chapter

PROGRAM PROMOSI PELANCONGAN NEGERI KEDAH & SESI B2B KE KELANTAN DAN TERENGGANUπŸ“… 12 Oktober 2026πŸ“ DJ Citi Plaza Hotel & S...
12/10/2026

PROGRAM PROMOSI PELANCONGAN NEGERI KEDAH & SESI B2B KE KELANTAN DAN TERENGGANU

πŸ“… 12 Oktober 2026
πŸ“ DJ Citi Plaza Hotel & Suite, Kuala Terengganu

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu telah diwakili oleh Puan Suaibah Harun, Pengerusi dan Encik Amer Ahmad, Bendahari dalam program anjuran Kedah Tourism dengan kerjasama Koperasi Kemajuan Pelancongan Kedah Berhad.

Program ini menjadi platform bagi memperkukuh jaringan kerjasama industri, meneroka peluang perniagaan serta mempergiat promosi pelancongan domestik menjelang Visit Malaysia 2026–2027.

MINI SEMINAR INDUSTRI HOSPITALITI | MIDAMAH Terengganu Chapter bersama pemain industri hospitaliti menyertai Mini Semina...
05/10/2026

MINI SEMINAR INDUSTRI HOSPITALITI | MIDA

MAH Terengganu Chapter bersama pemain industri hospitaliti menyertai Mini Seminar Industri Hospitaliti anjuran MIDA pada 5 Oktober 2026 di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Sesi ini memberi perkongsian mengenai insentif, pembiayaan, inisiatif hijau serta peluang pembangunan industri hospitaliti dan pelancongan.

KUNJUNGAN HORMAT MATTA TERENGGANU Γ— MAH TERENGGANU23 September 2026 | Primula Beach HotelSelesai sesi kunjungan hormat E...
23/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT MATTA TERENGGANU Γ— MAH TERENGGANU

23 September 2026 | Primula Beach Hotel

Selesai sesi kunjungan hormat En. Wan Jaafree bin Wan Abd Hamid, Pengerusi MATTA Terengganu bersama delegasi kepada MAH Terengganu, yang diketuai oleh Pn Hajah Suaibah Harun, Pengerusi MAH Terengganu, bersama barisan EXCO MAH Terengganu.

Pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan ke arah kerjasama strategik dalam memperkukuhkan sektor pelancongan dan hospitaliti di Terengganu.

⚽ KITA DATANG. KITA BERJUANG. KITA BAWA PULANG KEMENANGAN! πŸ₯‰Tahniah MAH Terengganu FC atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 d...
11/09/2026

⚽ KITA DATANG. KITA BERJUANG. KITA BAWA PULANG KEMENANGAN! πŸ₯‰

Tahniah MAH Terengganu FC atas kejayaan meraih Tempat Ke-4 dalam MAH World of Football Tournament 2026!

Pencapaian ini merupakan hasil semangat berpasukan, komitmen dan perjuangan seluruh pasukan hingga ke wisel terakhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penaja yang telah memberikan sokongan kepada MAH Terengganu FC:

PMINT β€’ Terengganu Inc β€’ TNB β€’ SATU β€’ EPIC Berhad

Sokongan dan kepercayaan yang diberikan amat bermakna dalam menjayakan penyertaan pasukan pada tahun ini.

Syabas kepada seluruh pemain, barisan kejurulatihan, pengurusan pasukan serta semua pihak yang bersama-sama menjayakan perjalanan MAH Terengganu FC.

Terima kasih atas sokongan. Terengganu boleh!

DUA KEJAYAAN MEMBANGGAKAN BUAT TERENGGANU! MAH Terengganu Chapter merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua hotel ah...
09/08/2026

DUA KEJAYAAN MEMBANGGAKAN BUAT TERENGGANU!

MAH Terengganu Chapter merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua hotel ahli atas kejayaan cemerlang di Tourism Industry Awards 2026 (TIA2026) yang berlangsung pada 8 Ogos 2026 di Grand Lagoon Ballroom, Sunway Resort Hotel, Selangor.

✨ Paya Bunga Hotel, Terengganu
πŸ† Best Muslim Friendly City Hotel

✨ Terengganu Equestrian Resort
πŸ† Best Equestrian Resort Experience

Dua pengiktirafan yang membanggakan buat industri hospitaliti dan pelancongan Negeri Terengganu. Syabas dan tahniah! πŸ‘βœ¨

Kredit foto: TER & Paya Bunga Hotel


πŸ† Prize Presentation Tour | TikTok Challenge 2.0 – Hari Raya Aidilfitri Edition5 August 2026The Malaysian Association of...
06/08/2026

πŸ† Prize Presentation Tour | TikTok Challenge 2.0 – Hari Raya Aidilfitri Edition

5 August 2026

The Malaysian Association of Hotels (MAH) Terengganu Chapter Exco delegation successfully completed the Prize Presentation Tour, visiting each winning hotel to personally present the cash prizes for the TikTok Challenge 2.0 – Hari Raya Aidilfitri Edition.

The challenge encouraged hotel staff from MAH Terengganu Chapter member hotels to showcase the festive spirit of Hari Raya Aidilfitri through creative and engaging TikTok videos while highlighting their hotel’s unique hospitality experience.

πŸ† Champion – Primula Beach Hotel Sdn. Bhd.
πŸŽ₯ Watch: https://vt.tiktok.com/ZS49HtYn3/

πŸ₯ˆ Second Place Winner – DJ Citi Plaza Sdn. Bhd.
πŸŽ₯ Watch: https://vt.tiktok.com/ZSHK5RghK/

πŸ₯‰ Third Place Winner – PB Hotel Management Sdn. Bhd.
πŸŽ₯ https://www.tiktok.com//video/7629571137957039380?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7615077497973556744

Congratulations to all the winners and our sincere appreciation to every participating hotel for your creativity, passion, and outstanding efforts. Your inspiring content has helped promote the hospitality industry in Terengganu through the power of digital storytelling.

We look forward to seeing even more creative and exciting entries in the next edition!

πŸŽ‰ MAH TOURISM FAIR 2026 IS HERE! πŸŽ‰Jom singgah ke Booth MAH Terengganu – B05 & B06 di MAH Tourism Fair 2026 dan rebut pel...
23/07/2026

πŸŽ‰ MAH TOURISM FAIR 2026 IS HERE! πŸŽ‰

Jom singgah ke Booth MAH Terengganu – B05 & B06 di MAH Tourism Fair 2026 dan rebut pelbagai promosi eksklusif daripada hotel-hotel terbaik di Terengganu!

πŸ“ Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur (Main Atrium)
πŸ—“ 24 – 26 Julai 2026 (Jumaat – Ahad)
πŸ•š 11.00 pagi – 9.00 malam

✨ Antara tawaran istimewa yang menanti anda:
πŸ– Primula Beach Hotel – Deluxe Room + Breakfast RM220
🏨 Permai Hotel – Deluxe Room + Breakfast RM188
🌸 Paya Bunga Hotel – Deluxe Room + Breakfast RM199 (2 Breakfast)
🐎 Terengganu Equestrian Resort (TER) – Bilik bermula RM80 semalam + 10% diskaun di Paddock CafΓ©

🎁 Selain promosi hotel yang hebat, pengunjung juga berpeluang menikmati:
βœ… Lucky Draw & Giveaway
βœ… Persembahan menarik
βœ… Aktiviti mesra keluarga
βœ… Pelbagai hadiah bernilai sehingga RM100,000

πŸ“ Jangan lupa singgah ke Booth MAH Terengganu: B05 & B06 dan rancang percutian anda ke Terengganu dengan tawaran yang sukar dilepaskan!

Jumpa anda di sana! πŸ’™πŸ’›

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DELEGASI INCHCAPEWakil Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu telah menghadiri Ma...
08/07/2026

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA DELEGASI INCHCAPE

Wakil Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu telah menghadiri Majlis Makan Malam bersama Delegasi Inchcape sempena Program Sustainable Cruise Tourism Strategy in Terengganu yang berlangsung pada 8 Julai 2026 di Warisan Sari Tok Jembal, Kuala Nerus.

Semoga program ini dapat memperkukuh kerjasama strategik serta menyokong pembangunan pelancongan kapal persiaran yang mampan di Negeri Terengganu.

7 Julai 2026 || πŸ“Kampung Budaya Terengganu MAH Terengganu berbesar hati menghadiri jemputan ke Kampung Budaya Terengganu...
07/07/2026

7 Julai 2026 || πŸ“Kampung Budaya Terengganu

MAH Terengganu berbesar hati menghadiri jemputan ke Kampung Budaya Terengganu sempena Lawatan Rasmi Delegasi Duta Kesatuan Eropah ke Negeri Terengganu yang berlangsung pada 7 Julai 2026. Program ini merupakan inisiatif Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dalam mempromosikan keunikan warisan budaya serta produk pelancongan negeri kepada delegasi antarabangsa.

Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu telah diwakili oleh Puan Hajah Suaibah Harun, Pengerusi MAH Terengganu, sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik serta mempromosikan industri pelancongan negeri di peringkat antarabangsa.

Bersama-sama memperkasakan sektor pelancongan Terengganu ke arah masa depan yang lebih mampan dan berdaya saing.

Happiest Birthday On behalf of MAH Terengganu Chapter, we extend our warmest birthday wishes to our esteemed Chairman, P...
04/07/2026

Happiest Birthday

On behalf of MAH Terengganu Chapter, we extend our warmest birthday wishes to our esteemed Chairman, Puan Hajah Suaibah Harun.

May Allah SWT continue to bless Puan Hajah with abundant good health, happiness, wisdom and strength as you lead with dedication, passion and integrity. Thank you for your unwavering commitment and invaluable contributions to the tourism and hospitality industry.

Wishing you a wonderful year ahead filled with countless blessings, success and cherished moments.

Sanah Helwah, Puan Hajah. πŸŒΈπŸŽ‚

Sincerely,
Malaysian Association of Hotels (MAH)
Terengganu Chapter πŸ’™

Address

Kuala
016+

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Association Hotel - MAH Terengganu Chapter posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Malaysia Association Hotel - MAH Terengganu Chapter:

Shortcuts

Share