11/09/2026
Program Subuh Berjemaah Terus Diimarahkan di DUN Buluh Gading
Program Solat Subuh Berjemaah dan Bacaan Al-Ma’thurat merupakan program bulanan DUN Buluh Gading yang telah dilaksanakan secara berterusan sejak Julai 2025.
Program ini diadakan secara bergilir di 18 buah masjid dalam DUN Buluh Gading, dengan matlamat mengimarahkan masjid, membudayakan solat berjemaah serta mengeratkan ukhuwah antara pimpinan dan masyarakat.
Bagi setiap siri, kehadiran Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari JPKK diwajibkan. Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan turut dijemput bersama-sama menjayakan program.
Siri kali ini berlangsung pada 11 September 2026 di Masjid Al-Ikhlas, Banggol Tuan Muda, bermula jam 5.45 pagi, dengan pengisian Solat Subuh berjemaah, bacaan Al-Ma’thurat dan sarapan pagi.
Program ini diharapkan terus menjadi medan menyuburkan hubungan masyarakat dengan masjid serta memperkukuhkan ukhuwah di seluruh DUN Buluh Gading.