RD Warisan Homestay

RD Warisan Homestay RD Warisan Homestay menyediakan penginapan bercirikan suasana yang lain dari yg lain. MUSLIM ONLY Jom tempah!

RD Warisan Homestay menyediakan penginapan bercirikan suasana yang lain dari yang lain dengan rekabentuk rumah bercirikan kayu dan santai.

Penapis air. Benda yang mesti ada dan perlukan servis rutin agar customer puas hati. Kadang nampak remeh, tapi hanya cus...
19/08/2026

Penapis air. Benda yang mesti ada dan perlukan servis rutin agar customer puas hati. Kadang nampak remeh, tapi hanya customer yang tahu menilai je yang akan bagi kredit pada homestay kita.

Setelah berkhidmat dari awal berdirinya RD Warisan Homestay, walaupun servis masih ok, tp sebagai penambah baikan RD Warisan Homestay, kami trade in yang lama ke yang baru. Kontrak pun baru🤣.

Tapi utk kepuasan customer & salah satu service yg ada di RD Warisan Homestay, tukar je. Rezeki milik Allah SWT.

Masih mencari tempat utk menginap di area Kuala Terengganu/ Kuala Nerus?

Just hubungi kami utk pertanyaan berkenaan harga & tarikh available. insha'Allah moga dipermudahkan urusan kita semua.

Di Sebalik Keindahan RD Warisan HomestaySetiap kali tetamu melangkah masuk ke RD Warisan Homestay, mereka disambut denga...
24/07/2026

Di Sebalik Keindahan RD Warisan Homestay

Setiap kali tetamu melangkah masuk ke RD Warisan Homestay, mereka disambut dengan suasana yang tenang, laman yang hijau dan persekitaran yang bersih. Namun, tidak semua orang melihat usaha yang berlaku di sebalik keindahan itu.

Menjadi rutin team untuk membersih kawasan homestay. Ada yang memangkas dahan dan daun agar pokok kekal kemas, ada yang menggunakan blower untuk membersihkan daun-daun yang gugur, dan ada juga yang melakukan semburan kawalan serangga bagi memastikan kawasan sentiasa selamat serta selesa.

Daun yang bertaburan bukan dibiarkan begitu sahaja. Setiap satunya dikumpulkan dan dibersihkan sehingga laman kembali kemas. Setiap sudut diberi perhatian, daripada taman, gazebo, hinggalah ke kawasan landskap.

Semua ini dilakukan bukan sekadar rutin harian, tetapi sebagai satu komitmen untuk memastikan setiap tetamu menikmati pengalaman menginap yang terbaik. Di RD Warisan Homestay, kebersihan, keselesaan dan suasana yang mendamaikan sentiasa menjadi keutamaan.

Kerana bagi kami, layanan terbaik bukan hanya bermula apabila tetamu mendaftar masuk, tetapi bermula daripada setiap usaha yang dilakukan sebelum mereka tiba.

RD Warisan Homestay
*Bersih. Selesa. Tenang. Sentiasa bersedia menyambut kehadiran anda.*

Lama juga kami tidak berkongsi review daripada tetamu yang memilih RD Warisan Homestay sebagai tempat penginapan mereka....
04/07/2026

Lama juga kami tidak berkongsi review daripada tetamu yang memilih RD Warisan Homestay sebagai tempat penginapan mereka.

Bukan tidak mahu berkongsi, tetapi memandangkan semakin ramai yang bertanya, “Ada tak review pelanggan?”, jadi kali ini kami kongsikan sebahagian maklum balas daripada tetamu-tetamu kami sebagai rujukan buat bakal pelanggan.

Alhamdulillah, setiap kata-kata penghargaan dan pengalaman yang dikongsikan amat bermakna buat kami. Ia menjadi pembakar semangat untuk kami terus menambah baik perkhidmatan serta memastikan setiap tetamu mendapat pengalaman menginap yang selesa, bersih dan memuaskan. ❤️

Terima kasih kepada semua pelanggan yang sudi memilih RD Warisan Homestay. Sokongan dan kepercayaan anda amat kami hargai.

Kredit istimewa juga buat helper kami di RD Warisan Homestay, Tok Jembal yang sentiasa komited memastikan kebersihan, keselesaan dan kepuasan tetamu sentiasa berada pada tahap terbaik. 🌟

Terima kasih kerana terus menyokong kami. Semoga dapat berjumpa lagi pada kunjungan akan datang! 🏡✨

Esok 16.06.26 adalah akhir tahun bagi Tahun Islam 1447H sebelum kita memasuki tahun baru Islam 1448H. Jadi, esok lepas s...
15/06/2026

Esok 16.06.26 adalah akhir tahun bagi Tahun Islam 1447H sebelum kita memasuki tahun baru Islam 1448H. Jadi, esok lepas solat Asar boleh mula baca doa akhir tahun dan baca doa awal tahun selepas waktu Maghrib ya. 😊🙌🏻

Selamat Hari Pekerja buat semua dr kami RD Warisan Homestay. Tanpa pekerja siapalah majikan.Kerja ikhlas penuh dedikasi,...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja buat semua dr kami RD Warisan Homestay. Tanpa pekerja siapalah majikan.

Kerja ikhlas penuh dedikasi,
Jadi asas kejayaan sejati,
Selamat Hari Pekerja kami hargai,
Jasamu dikenang sepanjang hari

Selamat beristirehat & selamat hari pekerja buat semua!

Masih mencari tempat untuk menginap?
Kenapa tak tanya kami?

Tekan je link dibawah, segala pertanyaan dan detail pihak kami akan cuba jawab.

Untuk details dan booking, boleh terus hubungi kami.

www.wasap.my/60139804596/rdwarisanhomestay
Atau
www.wasap.my/60139314596/rdwarisanhomestay

Terima kasih

Alhamdulillah..rezeki Terengganu Marathon 2026 memberi rezeki kepada pengusaha2 hotel & homestay termasuk la kami RD War...
27/04/2026

Alhamdulillah..rezeki Terengganu Marathon 2026 memberi rezeki kepada pengusaha2 hotel & homestay termasuk la kami RD Warisan Homestay, Full house!

Sedikit makluman berkenaan jalan2 yang bakal ditutup semasa prog TM26 tu nanti. Rancang perjalanan dengan berhemah, buat perserta semoga berjaya semua!

Cuti datang lagi....ingat ye, bulan 4, xde cuti panjang...bulan 5 sekali cuti persekolahan dan cuti Raya Haji. Rancang p...
29/03/2026

Cuti datang lagi....ingat ye, bulan 4, xde cuti panjang...bulan 5 sekali cuti persekolahan dan cuti Raya Haji.

Rancang perjalanan anda ye semua. Jgn last minit baru nak cari homestay, selalu kalau cuti panjang, mmg full house homestay2 do Terengganu. RD Warisan Homestay sedia menerima booking. Jom pakat booking awal. Orang Tranung kabor, awal2 dok bolok...😜

Aidilfitri hadir sebagai tanda kemenangan—setelah sebulan kita menahan diri, mendidik jiwa dan memperbanyakkan amal. 🌙✨H...
20/03/2026

Aidilfitri hadir sebagai tanda kemenangan—setelah sebulan kita menahan diri, mendidik jiwa dan memperbanyakkan amal. 🌙✨

Hari yang mulia ini mengajak kita kembali kepada fitrah, merapatkan hubungan yang mungkin pernah terjarak, dan memohon kemaafan dengan penuh keikhlasan.

RD Warisan Homestay ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026 kepada seluruh customer & yang mengenali kami.

Maaf Zahir & Batin atas segala kekhilafan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan memperkukuh silaturrahim dalam kehidupan kita semua.

Persiapan untuk Raya 2026. Kerja2 maintenance landskap & pembersihan kawasan RD Warisan Homestay. Walaupun puasa, bab pe...
12/03/2026

Persiapan untuk Raya 2026. Kerja2 maintenance landskap & pembersihan kawasan RD Warisan Homestay.

Walaupun puasa, bab pembersihan & landskap kena curi masa sbb xnak kacau time ada customer, menganggu xbest plak. Lagi lagi nak raya. So ada free ni, kita panggil expert2 bab landskap kasi jalan.

Insha'Allah yang terbaik untuk customer2 RD Warisan Homestay, Tok Jembal.

Yang masih mencari tempat untuk menginap pada Raya nanti, boleh contact kami. Masih ada kekosongan.

www.wasap.my/60139804596/rdwarisanhomestay
Atau
www.wasap.my/60139314596/rdwarisanhomestay

Terima kasih

Nuzul Al-Quran bermaksud peristiwa penurunan ayat al-Quran daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat ...
07/03/2026

Nuzul Al-Quran bermaksud peristiwa penurunan ayat al-Quran daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril secara berperingkat, yang menandakan bermulanya kerasulan Baginda. Peristiwa penting ini berlaku pada malam 17 Ramadan, ketika Nabi Muhammad SAW berusia 41 tahun sedang beribadah di Gua Hira.

Maksud & Kepentingan Nuzul Al-Quran:
Bahasa: "Nuzul" bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Istilah: Penurunan wahyu pertama (surah Al-'Alaq 1-5) kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya secara beransur-ansur selama 23 tahun.
Kepentingan: Ia adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW, menandakan pengiktirafan baginda sebagai Rasul akhir zaman, serta merupakan petunjuk (hidayah) bagi seluruh umat manusia.

Peristiwa ini disambut umat Islam sebagai malam yang mulia, sering dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar yang berlaku pada bulan Ramadan.

Salam Nuzul Al Quran buat semua umat Islam dari kami RD Warisan Homestay.

Address

Sebelah Taman Uda Murni, Jalan Tok Jembal
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RD Warisan Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RD Warisan Homestay:

Shortcuts

Share