Tokki Homestay

Tokki Homestay Terokai keunikan Terengganu dengan sentuhan keselesaan Tokki Homestay.

Kami bukan sekadar penginapan, tetapi tempat di mana kenangan bermula dan saat-saat terindah tercipta

29/07/2025

RXZ MEMBER.... TOKKI HOMESTAY FULL BOOKED... Alhamdulillah....

02/02/2025

22,23,24 Ogos 2025
already booked
-RXZ event-

“Saya bilangan sikit je. Nak sewa satu bilik je boleh ke kat Tokki Homestay??”KAMU NANYAA.MESTI LAH BOLEH!!!Di Tokki Hom...
03/01/2024

“Saya bilangan sikit je. Nak sewa satu bilik je boleh ke kat Tokki Homestay??”

KAMU NANYAA.MESTI LAH BOLEH!!!

Di Tokki Homestay, kami juga menawarkan pakej Roomstay bermula dari RM80/night!!

MURAHKAN???

ROOMSTAY – RM80/night & RM120/night
✅2 Katil (Queen Size & Single)
✅1 Bilik Air
✅Aircond + Kipas Silling
✅Kettle + Coffee & Tea Set
✅Kapasiti 3 orang
✅ TV

HOMESTAY – RM400/night
✅6 bilik tidur (Aircond + Kipas Silling+Bilik Air+Water Heater)
✅Ruang Tamu (TV + Sofa)
✅Dapur (Peti Ais + Water Purifier + Induction Cooker)
✅Kapasiti 14 orang

BERHAMPIRAN

✈️Hanya 6 min ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud
🏟 5 min ke Stadium Gong Badak
🏫14 min ke Unisza/Universiti Malaysia Terengganu
🌉 7 min ke Drawbridge Kuala Terengganu/Pantai Miami
🏖️ 12 min ke Pantai Teluk Ketapang
🍽️ 18min ke Warung Poknong (Ikan Celup Tepung)

🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃
walking distance 5/7 minit

🕌 Masjid
🍴Kedai makan, restoran
🏥 Farmasi/Klinik
🏪 Treeleaf Mart
👕Kedai dobi

Utk sebarang pertanyaan dan booking

wa.link/s5pdgs

31/12/2023
🌺 Selamat Datang ke TOKKI HOMESTAY di Kuala Terengganu! 🌴Terokai keunikan Terengganu dengan sentuhan keselesaan di Tokki...
30/12/2023

🌺 Selamat Datang ke TOKKI HOMESTAY di Kuala Terengganu! 🌴

Terokai keunikan Terengganu dengan sentuhan keselesaan di Tokki Homestay. Kami bukan sekadar penginapan, tetapi tempat di mana kenangan bermula dan cerita-cerita terindah diabadikan.

ROOMSTAY – RM80/night & RM120/night
✅2 Katil (Queen Size & Single)
✅1 Bilik Air
✅Aircond + Kipas Silling
✅Kettle + Coffee & Tea Set
✅Kapasiti 3 orang
✅ TV

HOMESTAY – RM400/night
✅6 bilik tidur (Aircond + Kipas Silling+Bilik Air+Water Heater)
✅Ruang Tamu (TV + Sofa)
✅Dapur (Peti Ais + Water Purifier + Induction Cooker)
✅Kapasiti 14 orang

BERHAMPIRAN

✈️Hanya 6 min ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud
🏟 5 min ke Stadium Gong Badak
🏫14 min ke Unisza/Universiti Malaysia Terengganu
🌉 7 min ke Drawbridge Kuala Terengganu/Pantai Miami
🏖️ 12 min ke Pantai Teluk Ketapang
🍽️ 18min ke Warung Poknong (Ikan Celup Tepung)

🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃🏃
walking distance 5/7 minit

🕌 Masjid
🍴Kedai makan, restoran
🏥 Farmasi/Klinik
🏪 Treeleaf Mart
👕Kedai dobi

Utk sebarang pertanyaan dan booking

wa.link/s5pdgs

Home » Ibadah » Solat Sunat RawatibSolat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)Oleh Muhamad Naimsolat sunat ra...
20/10/2019

Home » Ibadah » Solat Sunat Rawatib
Solat Sunat Rawatib (Panduan Lengkap & Mudah Difahami)
Oleh Muhamad Naim

solat sunat rawatib
Apakah solat sunat rawatib?

Bagaimana cara mengerjakannya?

Panduan ini akan membimbing anda melakukan solat rawatib secara mudah, dan boleh difahami oleh semua orang.

Apa yang terbaik dalam panduan ini:

Anda akan dibimbing langkah demi langkah sehingga selesai.

Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)

Tanpa buang masa mari kita ikuti panduan ini..

Isi Kandungan:
1. Pengenalan Solat Rawatib

2. Niat Solat Rawatib & Cara Mengerjakannya

Sunat Rawatib Zohor
Sunat Rawatib Asar
Sunat Rawatib Maghrib
Sunat Rawatib Isyak
Sunat Rawatib Subuh
3. Kelebihan Solat Rawatib



Pengenalan Solat Rawatib

Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan selepas solat fardu sebagai pelengkap atau tambahan untuk menampung kekurangan semasa mengerjakan solat fardu.

Solat ini adalah sunat muakkad, iaitu yang amat dituntut dan digalakkan.

Solat sunat ini dituntut ke atas orang Islam yang mukallaf dan dilakukan secara rela hati serta kemahuan sendiri

Apabila dilakukan dijanjikan pahala dan ganjaran oleh Allah S.W.T.

Jika ditinggalkan p**a tidak membawa kepada apa-apa dosa.

Sunat Rawatib ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar.

Sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah.

Sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian (munfarid),dan tidak didirikan secara berjemaah.

Solat rawatib juga dikenali dengan nama:

Solat sunat Qabliyyah (solat sunat yang didirikan sebelum solat fardu)
Solat sunat Ba’diyyah (solat sunat yang didirikan selepas solat fardu)
Solat sunat ini dikerjakan secara individu dan bukan berjemaah.

Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sunat muakkad dan sunat bukan muakkad (Ghairu Muakkad)

Sunat muakkad bermaksud sunat yang amat digalakkan untuk diamalkan iaitu:

Dua rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat sesudahnya
Dua rakaat sesudah fardu Maghrib
Dua rakaat sesudah fardu Isyak
Dua rakaat sebelum fardu Subuh, tidak ada sunat rawatib sesudahnya.
Sunat bukan muakkad (Ghairu Muakkad) bermaksud kurang sedikit fadilat berbanding sunat muakkad, iaitu:

Dua rakaat sebelum fardu Zohor dan dua rakaat sesudahnya (selain daripada yang sunat muakkad di atas)
Empat rakaat sebelum fardu Asar dengan dua salam, tidak ada sunat rawatib sesudahnya.
Dua rakaat sebelum fardu Maghrib.
Dua rakaat sebelum fardu Isyak.


Lafaz Niat & Cara Mendirikan Solat Rawatib
Di bawah ini adalah langkah demi langkah untuk mengerjakan solat ini untuk setiap waktu solat fardu:

Solat Rawatib waktu ZOHOR
Cara melakukan solat sunat rawatib Qabliyyah di waktu fardu Zohor ialah sesudah azan Zohor dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Zohor yang sunat muakkad dahulu.

Lafaz niatnya adalah:

qabliyyah zohor
Usolli sunnatal zuhri rak’ataini qabliyyatan lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Kerjakan solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakannya dua rakaat sunat rawatib sebelum zohor yang bukan muakkad.

Niat dan cara mengerjakannya adalah sama sebagaimana solat rawatib sebelum Zohor yang muakkad.

Selesai solat sunat, barulah dikerjakan solat fardu Zohor.

Sesudah selesai solat fardu Zohor dan sesudah bacaan wirid dan doa, kita berdiri lagi untuk mengerjakan solat sunat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Zohor yang sunat muakkad.

Lafaz niatnya:

ba'diyyah zohor
Usolli sunnatal zuhri rak’ataini ba’diyyatan lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

Cara mengerjakannya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas salam, sekiranya kita mahu menambah amal, bolehlah dikerjakan solat sunat rawatib selepas Zohor yang sunat bukan muakkad.

Niat dan caranya sama seperti solat rawatib selepas Zohor yang sunat muakkad.

Solat Rawatib Fardu ASAR
Cara melakukan sunat rawatib di waktu asar fardu asar ialah sesudah azan asar dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Asar sebanyak dua rakaat.

Lafaz niatnya:

qabliyah Asar
Usolli sunnatal asri rak’ataini qabliyyatan lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala

Kerjakanlah solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakan sekali lagi sunat rawatib sebelum Asar.

Lafaz niat dan caranya sama sebagaimana sebelumnya.

Tidak ada solat rawatib selepas solat fardu Asar.

Solat Rawatib Waktu Fardu MAGHRIB
Cara melakukan sunat rawatib di waktu fardu Maghrib ialah sesudah azan Maghrib dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Maghrib sebanyak dua rakaat.

Lafaz niat:

qabliyyah maghrib
Usolli sunnatal maghribi rak’ataini qabliyyatan lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakan solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas solat fardu Maghrib dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakan solat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Maghrib.

Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.

Lafaz niatnya ialah:

ba'diyyah maghrib
Usolli sunnatal maghribi rak’ataini ba’diyyatan lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat Rawatib Fardu ISYAK
Cara melakukan solat sunat rawatib di waktu fardu Isyak ialah sesudah azan Isyak dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Isyak sebanyak dua rakaat.

Lafaz niatnya:

Qobliyyah Isyak
Usolli sunnatal isyak’i rak’ataini qabliyyatan lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakanlah solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas solat fardu Isyak dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakanlah solat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Isyak.

Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.

Lafaznya adalah:

ba'diyyah isyak
Usolli sunnatal isyak’i rak’ataini ba’diyyatan lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat Rawatib Waktu Fardu SUBUH
Solat rawatib di waktu fardu subuh dikerjakan sesudah azan subuh dan sebelum iqamat sebanyak dua rakaat.

Caranya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Lafaz niatnya:

qabliyyah subuh
Usolli sunnatal subhi rak’ataini qabliyyatan lillahi taala

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

Tidak ada solat rawatib selepas fardu Subuh.


Kelebihan Solat Rawatib
Solat sunat ini tersingkap banyak keistimewaan yang tidak terdapat pada ibadat yang lain.

Analogi solat sunat ini seumpama gam yang mampu menampal sesuatu benda yang bocor atau berlubang sehingga kembali menjadi sempurna dan cantik.

Dari Aisyah, Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.”

— Hadis riwayat Tirmizi

Artikel ini menunjukkan cara melakukan Solat Sunat Rawatib secara mudah dan lengkap dengan bacaan rumi. Solat sunat Ba'diyyah dan Qabliyyah.

10/05/2019

Selamat menyambut bulan Ramadan kepada semua rakan rakan di Facebook. Semoga segala amalan kita dipermudahkan dan diterima Allah swt ✨

Address

Kampung Bukit Tok Beng
Kuala
21300

Telephone

+60103341300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tokki Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share