Deposit
Deposit minimum RM100 diperlukan untuk tempahan di luar musim percutian. Manakala semasa musim percutian seperti cuti umum dan cuti sekolah, pembayaran deposit sebanyak 50% dari jumlah harga sewa mesti dilakukan untuk menjamin tempahan. Cara Bayaran
Pembayaran boleh dibuat melalui pemindahan wang bank atas talian, atau dengan pembayaran tunai.
3. Pembatalan Tempahan
Pembatalan tempahan
mesti dimaklumkan selewat-lewatnya 1 minggu sebelum hari ketibaan. Kami memohon maaf kerana deposit tempahan yang telah dibuat tidak dapat dipulangkan jika pembatalan dibuat kurang dari 1 minggu sebelum hari ketibaan.
4. Pemulangan Deposit
Pemulangan penuh deposit boleh dibuat jika melibatkan kes kecemasan yang menghalang perjalanan dan percutian seperti bencana alam, kemalangan, kematian, rusuhan, darurat dan halangan perjalanan rentas sempadan oleh pihak berkuasa.
5. Cara Tempahan
Tempahan boleh dilakukan melalui telefon dan whatapps ke talian hotline Teratai Homestay di 0136229629. Tempahan juga dapat dilakukan melalui laman web Agoda dan Airbnb Teratai Homestay.
6. Penafian
Teratai Homestay tidak melantik mana-mana ejen untuk urusan tempahan dan deposit untuk mengelakkan sebarang penipuan oleh pihak ketiga dan menjamin keselamatan pelanggan kami. Sila laporkan kepada kami di hotline Teratai Homestay 0136229629 jika terdapat pihak ketiga yang menawarkan pakej Teratai Homestay yang tidak sah. Diskaun penginapan akan diberikan untuk setiap laporan yang disahkan.
7. Pelindungan Data Peribadi
Teratai Homestay sangat mementingkan keselamatan data peribadi pelanggan kami. Semua data peribadi pelanggan seperti nama dan nombor telefon adalah dilindungi dan tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pelanggan.
8. Akreditasi BizTrust SSM
CMCI Empire Enterprise telah diakreditasi dengan Pendaftaran BizTrust SSM (LEVEL 1) oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mengikuti amalan perniagaan online atas talian yang selamat dan dipercayai sesuai dengan Kriteria Prinsip Pendaftaran SSM BizTrust.