
03/10/2024
Minggu Orientasi Di Jepun
Pada tahun 1989 saya dapat belajar di Okinawa Kokusai Senta di Jepun. Ada 13 orang pelajar dari 10 buah negara. Setiap negara hanya da satu pelajar selain Singapura dan Filipina 2 orang pelajar.
Seminggu orientasi memang padat. Mereka mendedahkan menganai kehidupan di Jepun. Buka akaun bank. Naik kenderaan awam. Pergi membeli belah dan diakhiri dengan pertemuan dengan Dato Bandar Naha.
Setelah kelas bermula, setiap petang kami kena masuk (tidak wajib) kelas Nihongo p**a. Pelbagai kejutan berlaku dan sebagai penutup, kami diberi satu kertas untuk pergi ke beberapa check-point dan kembali semula ke kolej. Duit yang dibekalkan cukup-cukup untuk naik bas. Lalu kami dibawa ke tengah-tengah bandar Naha dan ditinggalkan di situ seorang demi seorang untuk survival. Semua kami selamat p**ang. Pada waktu itu tidak ada handphone atau goggle map bagai ya.
Seminggu orientasi tersebut sangat bermenafaat. Walaupun orang Jepun s**a minum dan karaoke, kami semua tidak didedahkan dengan acara tersebut.