Kuala Kedah Ferry Terminal To Langkawi

Kuala Kedah Ferry Terminal To Langkawi Kuala Kedah -> Langkawi
Langkawi ->Kuala Kedah Kuala Kedah Counter
Jeti Penumpang Kuala Kedah
06600 Kedah Darul Aman
Tel : 04-762 6295 / 04-762 6296

FERRY UNTUK PENUMPANG DAN KERETA UNTUK KE LANGKAWI (RORO FERRY)Operasi kapal RORO di Dermaga Tanjung Lembung (DTL) telah...
21/03/2025

FERRY UNTUK PENUMPANG DAN KERETA UNTUK KE LANGKAWI (RORO FERRY)

Operasi kapal RORO di Dermaga Tanjung Lembung (DTL) telah bermula pada tahun 2013. Terkini 5 syarikat operator kapal RORO beroperasi di Dermaga Tanjung Lembung…

1. LANGKAWI RORO FERRY SERVICES
2. LANGKAWI AUTO EXPRESS
3. DIBUK CARGO SERVICES SDN BHD
4. WANTAS RORO SERVICES
5. LANGKAWI RORO TIGA

BACA:
15/12/2024

BACA:

ALOR SETAR - Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat...

Harga tiket baru ferry Langkawi bermula 1 January 2025
15/12/2024

Harga tiket baru ferry Langkawi bermula 1 January 2025

27/07/2024

Ombak 4 meter, trip feri Pulau Langkawi-Kuala Kedah dibatalkan

Sebuah feri membawa 338 penumpang ke Langkawi terpaksa berpatah balik ke Terminal Feri Kuala Perlis pada petang tadi berikutan cuaca buruk.

Ketinggian ombak kira-kira empat meter dan kelajuan angin antara 16 hingga 18 knots boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri dan bot-bot kecil.

Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. terpaksa membatalkan empat trip laluan Pulau Langkawi (PL) - Kuala Kedah (KK) - PL serta KL-PL-KL pada petang ini.

Kredit video

Kapasiti muatan penumpang SANI FERRY adalah sebanyak 239 penumpang dan terdapat dua kategori didalam SANI FERRY iaitu ke...
29/12/2023

Kapasiti muatan penumpang SANI FERRY adalah sebanyak 239 penumpang dan terdapat dua kategori didalam SANI FERRY iaitu kelas Ekonomi sebanyak 219 kerusi dan kelas VIP/Business sebanyak 20 kerusi

BERIKUT ADALAH HARGA TAMBANG BAGI SANI FERRY , KUALA PERLIS - PULAU LANGKAWI(Jetty Kuah)

KELAS EKONOMI
Dewasa RM21.00, kanak-kanak RM16.00
OKU RM10.00
Warga Emas RM13.00
Penduduk Langkawi Dewasa RM15.00,kanak-kanak RM10.00

KELAS VIP/BUSINESS
RM50.00

Jangkaan SANI FERRY beroperasi dalam awal tahun 2024

Tiket boleh dibeli di kaunter SANI di Jetty Ferry Kuah, Jetty Ferry Kuala Perlis atau pembelian online melalui sani.com.my atau aplikasi SANI di Android/playstore

Buat masa ini penjualan tiket masih belum dibuka dan akan dimaklumkan pada semua dalam masa terdekat

Sumber : Sani Express

SANI FERRY secara rasminya telah tiba di Pulau LangkawiJangkaan mula beroperasi pada awal tahun 2024, Pulau Langkawi - K...
26/12/2023

SANI FERRY secara rasminya telah tiba di Pulau Langkawi

Jangkaan mula beroperasi pada awal tahun 2024, Pulau Langkawi - Kuala Perlis

Semoga dipermudahkan segala urusan kami semua, Aamiin🤲

Sumber : Sani Express
maklumat terkini sila rujuk FB Sani Express

LANGKAWI: Tambang feri ke pulau pelancongan ini akan naik sehingga RM3.5 mulai esok ekoran kenaikan pelbagai kos operasi...
04/08/2022

LANGKAWI: Tambang feri ke pulau pelancongan ini akan naik sehingga RM3.5 mulai esok ekoran kenaikan pelbagai kos operasi. Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, walau bagaimanapun penduduk Langkawi, warga emas dan golongan orang kurang upaya (OKU) masih kekal menikmati tambang feri yang sama. Mengikut kadar baharu, harga tiket feri bagi laluan Kuala Perlis-Langkawi kini sebanyak RM21 bagi dewasa dan RM16 bagi kanak-kanak....

http://www.utusan.com.my/berita/2022/08/tambang-feri-ke-langkawi-naik-mulai-esok/

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Kapten Baharin Baharom berkata kesemua penumpang ters...
04/02/2022

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Kapten Baharin Baharom berkata kesemua penumpang tersebut dijadualkan menaiki Feri Star City 6 dari Langkawi ke Kuala Perlis, namun perjalanan tidak dapat diteruskan kerana feri berkenaan mengalami kerosakan.

Pihak pengurusan konsortium kemudian telah bertindak menyediakan feri lain iaitu Bahagia 99 bagi membawa kesemua penumpang ke Terminal Kuala Perlis, bagaimanapun keadaan air laut pada masa itu sudah mulai surut.

Berita lanjut layari BERNAMA.com : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2048961

📸 Orang awam

Feri Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis Henti Operasi SementaraALOR SETAR: Orang ramai yang berhasrat bercuti ke Langkaw...
29/01/2022

Feri Kuala Perlis-Langkawi-Kuala Perlis Henti Operasi Sementara

ALOR SETAR: Orang ramai yang berhasrat bercuti ke Langkawi menggunakan feri dari Terminal Jeti Kuala Perlis pada 10 hingga 13 Februari ini terpaksa memilih laluan alternatif lain untuk ke pulau legenda terbabit.

Menurut notis yang dikeluarkan Cuti-Cuti Langkawi Sdn Bhd, operasi feri dari Kuala Perlis ke Langkawi dan dari Langkawi ke Kuala Perlis diberhentikan susulan paras air laut surut ke tahap rendah.

Katanya, bagaimanapun perjalanan feri itu akan kembali beroperasi seperti biasa bermula pada 14 Februari depan.

Penduduk, Norshahril Md Yusup, 33, berkata, dia dan beberapa rakan bercadang untuk bercuti ke Langkawi pada 11 Februari ini dengan menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Perlis.

"Perjalanan dari rumah saya ke Jeti Kuala Perlis hanya mengambil masa 20 minit sahaja, mujur tak beli tiket lagi jadi bila keluar notis macam ni terpaksa naik feri dari Kuala Kedah.

"Kalau nak tunda perjalanan pun kami sudah buat perancangan rapi, rakan- rakan dari Kuala Lumpur pun sudah mengambil cuti untuk ke Langkawi," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Muhd Hisyam Zuhdi Mohd Zaki, 30, berkata, dia bersama rombongan dari Kota Bharu memilih untuk menggunakan pengangkutan udara dari Kota Bharu ke Langkawi.

"Pada awalnya kami bercadang untuk menggunakan perkhidmatan feri dari Kuala Perlis, tetapi bila hendak membeli tiket kami lihat ia tidak dijual untuk perjalanan pada 10 Februari,
"Mujur juga ada penerbangan terus, jadi lebih memudahkan kami," katanya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Feryline Kuala Perlis, Roslan Abd Ghani Seman berkata, operasi feri bagi empat hari itu diberhentikan buat sementara waktu berikutan paras air laut mencatatkan bacaan di bawah 1.6 meter.

"Pihak pengurusan memang tidak membuka jualan tiket bagi tarikh dimaklumkan dan pelancong yang berhasrat untuk ke Langkawi boleh menggunakan feri dari Terminal Jeti Kuala Kedah," katanya.

Menurutnya, penumpang yang ingin membawa masuk kenderaan ke Langkawi masih boleh berbuat demikian pada tarikh berkenaan.

"Saya difahamkan perkhidmatan Langkawi Auto dan Roro masih beroperasi pada tarikh berkenaan dan sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web mereka.
"Untuk pertanyaan lanjut mengenai tiket feri, penumpang boleh emelkan ke [email protected]," katanya.

Tambahnya lagi, sepanjang Disember jumlah pengunjung yang keluar masuk ke Langkawi dari dari Kuala Perlis dan Kuala Kedah adalah sebanyak 288,868 orang

Artikel Asal : https://bit.ly/3G8Ffdx

Sumber : Astro AWANI

Address

Kuala
06600

Telephone

+6047626295

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuala Kedah Ferry Terminal To Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category