Heritage Quest Travel - Perlis

Heritage Quest Travel - Perlis Perlis Tourism, Training and Event Specialist

05/06/2026

Kerja Baik Pulih Cerun Wang Kelian Dijangka Siap Ogos Depan

KANGAR: Kerja-kerja baik pulih jalan dan cerun yang menghubungkan Wang Kelian, Padang Besar dengan Wang Prachan, Thailand dijangka siap pada Ogos depan sebelum laluan sempadan itu dibuka sepenuhnya buat semua kenderaan.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, buat masa ini, laluan itu masih belum dibuka sepenuhnya berikutan kerja-kerja pembaikan masih sedang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, namun begitu, kerajaan negeri telah bersetuju membuka laluan itu buat kenderaan ringan dengan muatan kurang daripada lima tan bermula 1 Mac lepas.

“Pembukaan semula laluan ini dilaksanakan setelah mengambil kira aspek keselamatan struktur jalan, keperluan kawalan trafik serta kepentingan mobiliti penduduk setempat dan pengguna jalan raya.

“Laluan tersebut dibuka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang dan tertakluk kepada syarat keselamatan yang telah ditetapkan,” katanya.

Abu Bakar berkata demikian menjawab soalan Haziq Asyraf Dun (Beseri-PN) berhubung perancangan kerajaan negeri terhadap pengoperasian semula sempadan Wang Kelian selepas banjir yang melanda Perlis baru-baru ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, Projek Rintis Zon Aliran Bebas (ZAB) Wang Kelian yang dijadualkan 12 Disember tahun lalu hingga 31 Mac ini terpaksa ditangguhkan susulan banjir dan runtuhan cerun di kawasan berkenaan.

“Mengambil kira perkembangan semasa serta saranan jabatan dan agensi berkaitan berhubung aspek keselamatan, kerajaan negeri telah memohon peruntukan daripada Kementerian Ekonomi bagi pembinaan pagar keselamatan sebagai prasyarat sebelum pelaksanaan semula ZAB Wang Kelian dapat direalisasikan.

“Kerajaan negeri komited untuk memastikan pengoperasian semula sempadan Wang Kelian dilaksanakan secara selamat, teratur dan memberi manfaat kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




05/06/2026
05/06/2026
05/06/2026

Perlis Bakal Bangunkan Projek Royal Nakawan, Kereta Kabel Rentasi Banjaran Nakawan

KANGAR: Kerajaan negeri bakal membangunkan projek pelancongan baharu dikenali sebagai Royal Nakawan dengan membabitkan pembinaan sistem kereta kabel sejauh 26 kilometer.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, pembinaan laluan kereta kabel tersebut dirancang merentasi Banjaran Nakawan yang bermula dari kawasan Kaki Bukit, Padang Besar sehingga ke Kuala Perlis, di sini.

Beliau berkata, projek berimpak tinggi itu dicadangkan bagi menggantikan projek kereta kabel Bukit Chabang yang sebelum ini tidak dapat diteruskan atas faktor keselamatan berikutan struktur tanah batu kapur tidak kukuh.

“Kerajaan negeri akan tubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Royal Nakawan terlebih dahulu bersama Jabatan Perhutanan.

Menerusi projek kereta kabel sejauh 26 kilometer ini, kita akan wujudkan satu jaringan yang menghubungkan antara Perlis, Langkawi dan Satun, Thailand,” katanya ketika ditemui selepas selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Abu Bakar berkata,terdapat beberapa lokasi menarik termasuk gua di sepanjang Banjaran Nakawan yang masih belum diterokai dan pelaksanaan projek itu juga merupakan pembaharuan buat industri pelancongan negeri.

Beliau berkata, pihaknya juga menyasarkan majlis pelancaran projek Royal Nakawan itu akan dilaksanakan pada bulan Oktober tahun ini.

“Perlis bakal mengorak langkah sebagai destinasi tarikan baharu yang akan mendapat sambutan di Malaysia,”katanya.

Mengulas mengenai hasil pertemuannya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Abu Bakar berkata, kerajaan negeri telah menerima peruntukan sebanyak RM4 juta menerusi perbincangan tersebut.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽
Sumber : Utusan Malaysia
Teruskan Bersama Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




28/05/2026

Haram berpuasa pada Hari Tasyrik.
Raikan nikmat rezeki kurniaan-Nya sambil terus membasahkan bibir dengan zikrullah.

Kongsikan kemusykilan, pertanyaan, luahan atau ilmu secara rahsia di www.waktusolat.digital/kotak-luahan/

26/05/2026

SUNNAH-SUNNAH AIDILADHA

Sumber : Jabatan M***i Negeri Perlis

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.




Address

Lot 2B, Kawasan Perindustrian Kuala
Kuala
02000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Heritage Quest Travel - Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Heritage Quest Travel - Perlis:

Share

Category