12/06/2026
🚨🚨 SCAMMER ALERT – AHM HOMESTAY KUANTAN 🚨🚨
Assalamualaikum WBT,
Pihak AHM Homestay Kuantan ingin memaklumkan bahawa terdapat individu tidak bertanggungjawab yang sedang aktif menggunakan nama, gambar dan maklumat homestay kami untuk menipu pelanggan.
⚠️ NO TELEFON RASMI KAMI HANYA SATU SAHAJA:
📞 013-971 2980
❌ Selain daripada nombor ini adalah SCAMMER dan TIADA kaitan dengan pihak kami.
📌 Page rasmi kami:
• AHM Homestay KotaSas Kuantan
• AHM Homestay Kuantan
Untuk makluman semua:
✅ Kami TIDAK mempunyai ejen atau wakil tempahan.
✅ Semua tempahan hanya melalui nombor rasmi kami.
✅ Kami tidak menggunakan nombor lain untuk urusan booking.
🚩 Antara modus operandi scammer:
1. Menggunakan gambar dan maklumat penuh homestay kami.
2. Mendesak pelanggan membuat bayaran dengan segera.
3. Menawarkan promosi atau harga yang tidak munasabah.
4. Meminta “deposit kebersihan” yang meragukan.
5. Menggunakan akaun bank persendirian atas nama individu.
🚫 Nombor scammer yang dikenal pasti setakat ini:
• 011-1435 9744
• 011-1798 0408
⚠️ Scammer mungkin akan bertukar kepada nombor lain dari semasa ke semasa.
Ramai mangsa telah mengalami kerugian akibat penipuan ini. Mohon jasa baik rakan-rakan untuk LIKE, SHARE dan sebarkan maklumat ini supaya lebih ramai orang dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.
AHM HOMESTAY KUANTAN
📞 013-971 2980