Kuantan Homestay

Kuantan Homestay GUEST HOUSE NEAR TO Gambang Waterpark. 30 minutes to Kuantan Town Centre.Call En Mamat for reservati

29/08/2026

Pengguna dengan bil elektrik melebihi RM215, cuba tengok bil elektrik masing-masing.

Ada kena SST 8% tak? Bulan ini berapa nilai SST p**a korang bayar?

Sejak Mac 2024, Madani mula kenakan SST 8% ke atas penggunaan elektrik tertentu.

Masa diumumkan dulu, ramai dah bantah. Kata langkah ini akhirnya akan tambah lagi beban rakyat.

Tapi seperti biasa, kita p**a yang kena marah.

PMX dan Menteri Kewangan II siap jelaskan kononnya yang terkesan cuma golongan T15 “maha kaya”.

Sebab syaratnya, penggunaan elektrik melebihi 600 kWh sebulan akan dikenakan SST 8%.

Maknanya sekarang, kalau penggunaan bulanan anda melepasi kira-kira RM215.60 bawah struktur tarif baru, selamat datang ke kelab “maha kaya”.

Bil elektrik dah naik kerana penstrukturan tarif.

Caj AFA p**a naik 9 bulan berturut.

Lepas itu SST 8% datang menyapa setiap bulan secara automatik.

Lagi tinggi bil elektrik, lagi besar SST dibayar.

Pengguna kena dua kali.

Sebagai contoh mudah.

Katakan jumlah bil elektrik yang dikenakan SST ialah RM300. Sebelum kadar dinaikkan, SST 6% yang dibayar ialah RM18.

Selepas Madani menaikkan kadar SST kepada 8% mulai 1 Mac 2024, cukai itu naik menjadi RM24.

Kemudian apabila jumlah bil yang dikenakan SST meningkat daripada RM300 kepada RM500 akibat kenaikan AFA, SST yang perlu dibayar p**a melonjak kepada RM40.

Maknanya, penggunaan elektrik mungkin sama, tetapi cukai yang dibayar kepada kerajaan naik daripada RM18 kepada RM40.

Cukai naik lebih dua kali ganda. Penggunaan tak berubah pun.

Hebat.

25/08/2026

Sebab tu aku kata budak-budak ceplos yang hina bidaan tongkat Tuan Guru adalah malapetaka buat PH. Bila hangpa tak jaga budak-budak tu, hanya tahu menyondol melalak, akhirnya semakin banyak terburai, terungkat yang akan membuatkan rakyat mula berfikir,

Politik apa yang sedang dibawa oleh PH dan ceplos?

Jaga la saibatroper anda. Jangan sampai kecundang kerana mulut-mulut ceplos yang tidak ada filter..

Spender pun buat lelongan??

- Mohd Hanifi -

22/08/2026

SEMALAM MASUK GYM. HARI INI AIR KENCING WARNA COCA-COLA.

Sudah berbulan tak exercise.

Tiba-tiba semangat datang.

Hari pertama masuk gym balik, terus squat, lunges, angkat berat.

Push sampai kaki menggigil.

Balik rumah rasa puas.

Esok pagi?

Nak bangun dari kerusi pun seksa.

“Biasalah. Lama tak workout.”

Memang betul, sakit otot selepas bersenam boleh berlaku.

Tapi kemudian dia masuk tandas.

Air kencing bukan kuning pekat.

Gelap. Merah-coklat. Macam teh pekat atau Coca-Cola.

Yang ini lain cerita.

Selepas exercise terlalu intense, terutama selepas lama tidak aktif, kerosakan otot yang terlalu banyak boleh berlaku.

Sel-sel otot yang rosak melepaskan kandungannya ke dalam darah.

Salah satunya ialah myoglobin.

Bila jumlah kerosakan terlalu banyak, keadaan ini dikenali sebagai:

RHABDOMYOLYSIS.

Ia bukan sekadar “muscle soreness”.

Dalam keadaan teruk, rhabdomyolysis boleh menyebabkan gangguan elektrolit dan kecederaan buah pinggang akut.

Sebab itu selepas workout, jangan hanya tengok berapa sakit otot anda.

Tengok juga apa yang badan sedang cuba beritahu.

Sakit otot yang luar biasa teruk.

Otot membengkak.

Badan terasa lemah.

Dan air kencing tiba-tiba menjadi sangat gelap.

Kalau kombinasi ini berlaku selepas exercise berat, jangan bangga kerana berjaya push badan sampai limit.

Pergi dapatkan pemeriksaan.

Mesejnya bukan supaya takut bersenam.

Bersenamlah.

Tetapi kalau sudah lama berhenti, jangan cuba bayar enam bulan tak exercise dalam satu malam.

Badan perlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Kadang-kadang sakit selepas workout memang DOMS.

Kadang-kadang badan sedang berkata:

“Cukup. Ini dah terlalu jauh.”

Public Health Malaysia

15/08/2026

🕌 Sukacita dimaklumkan bahawa Ijtimak Pahang 2026 (ZON TENGAH) akan diadakan & dijemput kepada seluruh kaum muslimin di negeri Pahang dan luar daripadanya.

🫡 Mari sama-sama kita tumpukan langkah untuk mengimarahkan majlis ilmu, zikir, dan ukhuwah ini.

📌 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh: 21, 22 & 23 Ogos 2026 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
Masa: Bermula Lepas Asar (Jumaat) sehingga Zohor (Ahad)

Tempat : Perkarangan Madrasah Tahfiz Raudhatul Iman, Jalan Sungai Lembing, Kampung Padang Kuantan, Pahang Darul Makmur.

🌟 ATUR CARA & PENGISIAN
Majlis Ta'lim & Tazkirah.
Tadarus & Pembelajaran Al-Quran.
Sesi Bayan & Perkongsian Agama.
Amal Makruf Nahi Mungkar serta Doa Selamat buat Ummah.

🤲 AJAKAN & SERUAN
Kehadiran muslimin seluruh Pahang dialu-alukan. Luangkan masa bersama keluarga dan sahabat handai bagi memperkukuhkan ikatan silaturahim sesama Muslim serta mencari redha Ilahi.

06/08/2026
29/07/2026

KOPI MUNGKIN BAIK UNTUK JANTUNG — TAPI BUKAN KOPI MANIS

Pengambilan kopi secara sederhana dikaitkan dengan risiko penyakit jantung, strok dan kegagalan jantung yang lebih rendah bagi sesetengah individu.

Tetapi kopi yang dimaksudkan dalam kajian ialah terutamanya:

✅ Kopi hitam tanpa gula
✅ Kopi bancuhan biasa atau filtered coffee
✅ Americano tanpa sirap
✅ Espresso tanpa gula
✅ Kopi dengan sedikit susu tanpa gula tambahan
✅ Kopi tanpa krimer manis atau susu pekat

Bukan ini:

❌ Kopi ais susu pekat
❌ Kopi 3-dalam-1
❌ Kopi kaw penuh gula
❌ Caramel latte, frappe atau kopi bersirap
❌ Kopi dengan whipped cream dan krimer berlebihan

Kopi mengandungi polifenol serta sebatian bioaktif yang mungkin membantu mengurangkan tekanan oksidatif, menyokong fungsi salur darah dan memperbaiki kesihatan metabolik.

Namun, apabila kopi dicampur dengan banyak gula, susu pekat, krimer dan sirap, jumlah kalori serta gula turut meningkat.

Akhirnya, perkara yang sepatutnya berpotensi memberi manfaat boleh bertukar menjadi minuman yang menyumbang kepada kenaikan berat badan, diabetes dan penyakit jantung.

Bagi kebanyakan orang dewasa, sehingga 400 mg kafein sehari secara umum dianggap selamat. Tetapi jumlah kafein setiap cawan sangat berbeza mengikut saiz, jenis biji dan cara penyediaan. Jadi, “lima cawan” bukan lesen untuk minum lima gelas kopi kaw bersaiz besar.

Kurangkan atau elakkan kopi jika ia menyebabkan:

— Jantung berdebar
— Gelisah atau anxiety bertambah
— Tangan menggigil
— Pedih ulu hati
— Sukar tidur
— Tekanan darah meningkat

Kesimp**annya:

Manfaat itu dikaitkan dengan kopi, bukannya gula, susu pekat atau krimer di dalamnya.

Kalau mahu minum kopi setiap hari, pilihlah:

KOPI KURANG MANIS. LEBIH BAIK, TANPA GULA.

Kopi bukan ubat untuk mencegah penyakit jantung. Ia hanya boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat bersama pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, tidur mencukupi dan tidak merokok.

Public Health Malaysia

24/07/2026

SELAMAT BERSARA, TAN SRI AYOB KHAN

Selepas hampir 35 tahun menyarung uniform Polis Diraja Malaysia, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bakal menamatkan satu perjalanan panjang yang penuh dengan keberanian, ketegasan dan pengorbanan.

Sepanjang perkhidmatan, beliau bukan sahaja dikenali sebagai pegawai kanan polis yang tegas dalam membanteras jenayah, dadah dan ancaman keselamatan negara, malah turut lantang menyuarakan isu yang memberi kesan kepada kesihatan awam, termasuk penyalahgunaan v**e dalam kalangan masyarakat.

Kini, selepas puluhan tahun berbakti kepada negara, Tan Sri menyatakan hasrat untuk berehat dan mungkin membuka sebuah restoran.

Katanya secara berseloroh, selepas ini orang ramai mungkin dapat melihat beliau berkain pelikat, berbaju pagoda dan menebar roti canai.

Daripada membanteras sindiket kepada mungkin menguruskan restoran, itulah fasa baharu kehidupan yang pastinya lebih tenang, tetapi tetap dekat dengan masyarakat.

Selamat bersara, Tan Sri.

Terima kasih atas jasa, keberanian dan khidmat bakti kepada negara.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan, kebahagiaan bersama keluarga dan dipermudahkan segala urusan dalam perjalanan seterusnya.

Kalau restoran itu benar-benar dibuka nanti, kami tunggu roti canai pertama daripada Tan Sri 👍🏻

Address

NO 77 LORONG GD33 TAMAN GAMBANG DAMAI, BERDEPAN GAMBANG WATERPARK
Kuantan
25200

Telephone

+60102649762

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuantan Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share