24/10/2026
🌲 Bukit Fraser: Syurga Tersembunyi di Sebalik Kabus Pagi 🌫️
Ramai yang kata, "Aduh, boringlah pergi Bukit Fraser, tiada apa-apa aktiviti nak buat di sana!"
Tapi tahukah anda, di situlah letaknya keistimewaan sebenar Bukit Fraser?
Bagi mereka yang ingin melarikan diri daripada kesibukan kota, cuaca panas terik, dan pencemaran jerebu, inilah tempat paling sempurna untuk 'recharge' kembali jiwa yang penat. Bayangkan bangun pagi diselimuti kabus tebal, udara yang sangat dingin menyegarkan, serta ditemani keheningan alam yang dikelilingi hutan hijau menghijau. Waktu seolah-olah terhenti di sini, jauh daripada bising dunia.
Jom tonton perkongsian video yang sangat menenangkan jiwa oleh Teh Chiew Guan ini untuk rasai sendiri suasananya:
👉 https://youtu.be/m9AjV3eh4Oc?si=Vm-2bb8N7RLhkMje
Sesekali, apa kata kita tukar angin? Tinggalkan sebentar hiruk-pikuk bandar, bawa keluarga atau tersayang ke sini. Hirup udara segar, nikmati ketenangan, dan temui semula kedamaian yang kita rindu..
Cuti-cuti ni, Jom kita ke Bukit Fraser! 🚙💨