16/03/2026
Terminal Baharu Lapangan Terbang Kota Bharu Mula Beroperasi Penuh.
1. Berita baik buat rakyat Kelantan dan para perantau, Terminal yang dinaik taraf di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu akan beroperasi sepenuhnya mulai 16 Mac selepas kerja pembesaran siap dilaksanakan.
2. Peningkatan ini melonjakkan kapasiti lapangan terbang daripada 1.5 juta kepada 4 juta penumpang setahun.
3. Merupakan satu perkembangan besar bagi kemudahan pengangkutan udara di Kelantan.
4. Mengikut data, jumlah penumpang di lapangan terbang ini telah mencecah 1.7 juta orang pada tahun 2025, meningkat lebih 16 peratus berbanding tahun sebelumnya.
5. Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuk bangunan terminal lebih luas, pengasingan aras ketibaan dan pelepasanserta susun atur baru kawasan kenderaan (bas, teksi dan e-hailing)
6. Langkah ini dijangka melancarkan perjalanan penumpang, terutama menjelang musim perayaan serta merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri.
7. Ketika ini, terdapat lima syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang ini melibatkan beberapa laluan domestik serta satu laluan antarabangsa ke Singapura.
8. Peningkatan ini menjadikan Kota Bharu semakin bersedia menerima lebih ramai pelancong dan perantau pada masa hadapan.