15/01/2025
Ajuh rame-rame kita glamping
Glamping in the City 🏕️🌙💫
S*k tauk nak plan apa hujung minggu tok, bah ajuhhh merami kita semua di Padang Merdeka bermula 18 sehingga 19 Januari (Sabtu&Ahad) tok kita ber-GLAMPING in The City bersama-sama sambil menikmati malam yang cukup mempersona di terangi oleh bulan dan kelipan bintang.
Kitak check in pada 18 Januari & check out 19 Januari jam 10 pagi. Bukan selalu kita ber-GLAMPING di tengah-tengah bandar.
Jadi apa yang patut kitak polah;
1. Pendaftaran Peserta Glamping (18 Jan, jam 3 petang-6 petang)
2. Mendirikan khemah ditempat masing-masing (18 Jan, jam 4 petang)
3. Aktiviti memanggang atau membakar TIDAK DIBENARKAN
4. Kebersihan hendaklah dijaga. Sila buang sampah ke tempat yang telah disediakan
5. Minuman keras (alkohol) adalah DILARANG
6. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab diatas sebarang kecurian/kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh aktiviti berlangsung.
7. Peserta glamping DILARANG untuk meletakkan kereta di tepi jalan. Lokasi untuk meletakkan kenderaan adalah di Saujana, Borneo Cultural Museum, Elektra House, dan Jalan Wawasan (belakang Pejabat Pos) dan;
8. Masa loading/unloading peralatan/perkakas di hadapan Heritage Café pada 18 Jan (4-6pm) dan 19 Jan (10am-12pm)
Bak la family, kawan-kawan, and sigek kampong turun merami lepas ya the next day kita boleh la join sama-sama Kuching Car Free Morning. nang tauk STEADY lah!
Nak mandik jangan riso, DBKU dah nyedia Tandas berdekatan di Tandas Awam DBKU di Belakang Muzium Sarawak Lama dan juak ada Mobile Toilet untuk keselesan semua.
Jangan lupak bak khemah masing-masing. Admin nak numpang sekali 🤪
Escape to luxury under the stars, right in the heart of Kuching! A weekend of relaxation, adventure, and sustainable fun awaits!
Keterangan lanjut sila hubungi 082-512 200 Bahagian Perhubungan Awam DBKU.