03/03/2023
Sudahkah anda bersedia untuk merentasi Laut China Selatan menuju ke sebuah bandaraya yang terkenal dengan khazanah warisan budaya pelbagai etnik ? Jika ya, ayuh kita sama-sama terokai lebih 45+ destinasi percutian & aktiviti menarik di Kuching yang boleh anda lakukan apabila bercuti di sini kelak. Terkenal dengan jolokan nama Bandaraya Perpaduan, tarikan pelancongan di Bandaraya Kuching pasti tidak akan mengecewakan anda dengan keunikannya yang tersendiri & sesetengahnya adalah mustahil untuk anda jumpai di Semenanjung Malaysia.
45+ tempat menarik di Kuching, Sarawak yang paling POPULAR untuk dilawati oleh pelancong seperti pantai, taman negara, resort menarik, tempat makan dll