09/12/2020
Usahawan Sabah, dari Daerah Kudat.
Pemilik Muzium Mini Etnik Rungus, Dr. Raymond Majumah.
Menerokai kewujudan Muzium Mini Etnik Rungus yang menyimpan seribu misteri ini bakal menjadi kawasan pelancongan terbaharu yang boleh dilawati ramai pelancong, sama ada pelancong yang datang secara terus atau melalui my virtual experience yang akan kami adakan pada Januari 2021.
Dr. Raymond Majumah, pemegang PhD dalam bidang kajian tradisi lisan etnik Rungus, telah mengambil inisiatif menulis buku yang bertajuk Rungus Peribumi Momogun Sabah. Buku ini telah mendapat perhatian dalam kalangan pengkaji etnik Rungus disebabkan penceritaan, kandungan dan fakta berkenaan bangsa Momogun.
Pada masa kini, Dr. Majumah adalah perpustakaan hidup yang berada dalam muzium ini, boleh membekalkan maklumat dan pelbagai pengetahuan tentang etnik Rungus yang berada dalam minda dan dikuasainya.
Rasa cinta yang mendalam terhadap kebudayaan dan bangsanya, mendorong beliau untuk mengumpul barangan antik Rungus dan berkongsi dengan generasi baharu serta pelancong dari dalam dan luar negara yang akan berkunjung ke muzium ini.
www.ikudat.com