09/01/2023
UMRAH dgn TA (Travel Agent) vs DIY
Yang mana pilihan hati?
Haa gitu kisahnya.
Ok macam ni.
First of all. Tanya diri sendiri.
1. Aku dah pernah jejak kaki ke Tanah Suci atau belum?
2. Aku memang dah hadam segala hukum-hukum umrah atau belum?
3. Cukup ke ilmu umrah dan ziarah Nabi saw hanya dengan ikuti kursus umrah?
4. Mampu tak aku buat semua kerja umrah dan ziarah tanpa Mutawif atau Mutawiffah?
5. Aku nak pi umrah ni, nak pi buat konten atau betul-betul nak buat ibadah, nak cari redha Allah?
InsyaAllah dengan adanya soalan ini pada diri, anda mampu membuat pilihan yang tepat dalam memilih samada pergi umrah dengan TA atau DIY.
InsyaAllah kami di Juara Bayan Lepas akan sediakan Mutawif dan Mutawiffah yang akan pergi bersama anda dari Malaysia lagi. Kami akan membantu anda dari sebelum, semasa sehinggalah anda selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang.
Bezanya kami, kami juga ada petugas Juara yang bermastautin di Tanah Suci, tetapi kami tidak melepaskan jemaah kami kepada petugas lain, kerana jemaah kami, tanggungjawab kami. Kami sentiasa menjaga dan memantau kebajikan jemaah kami sendiri. InsyaAllah.
Bagi yang dah familiar dengan tanah suci, dah berkali-kali sampai ke tanah suci, andalah yang paling layak untuk buat umrah DIY.
Saya nasihatkan, bagi Dyufurahman( tetamu Allah) yang baru pertama kali, janganlah mempersia-siakan umrah pertama anda dengan umrah DIY.
Kerana UMRAH itu IBADAH.
Pastikan ada mutawif yang memantau kerja ibadah umrah kita supaya ibadah sentiasa terjaga dan mendapat umrah maqbul. Pulang dengan redha Allah dan diampuni segala dosa. Takut pulang dengan dosa yang tak berbayar. Nauzubillah.
Pilihlah TA yang berpengalaman dan dikenali.
Slot umrah bulan Ogos 2023 masih ada kekosongan.
Wasap.my/60125718838/UmrahOgos