18/08/2026
Di langit Langkawi, Brahminy Kite atau Helang Merah bukan sekadar simbol ikonik, tetapi pemangsa yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem kepulauan ini.
Mengharungi perubahan alam yang semakin mencabar kelangsungan hidupnya, Simfoni Alam menyelami kehebatan sang penguasa langit ini, daripada cara ia memburu dan memilih habitat, hingga hubungannya dengan manusia.
Saksikan Simfoni Alam edisi RAPTOR, Jumaat, 21 Ogos 2026, pukul 9.00 malam di TV1 dan RTMKlik.