22/12/2018
MAKANAN SEDAP TAPI TAK VIRAL
(Langkawi)
Setiap kali pergi melancong benda paling penting mesti makanan kan? Kalau nak cari tempat makan best mesti kita Google. Tapi kadang-kadang tempat makan yang viral tak semuanya sedap seperti yang di ceritakan. Banyak makanan best yang tak pernah orang bagitahu. Jadi posting ni kami nak share
5 MAKANAN BEST DEKAT LANGKAWI TAPI TAK VIRAL
1. GM BURGER
"Ala bercuti pun nak kena makan Burger ka". Ayat ni takkan anda cakap selepas dah try makan dekat GM Burger ni. Sebab dia bukan jual burger sahaja. Char Kuew teou dekat sini antara Char Kuew Teou terbaik dekat Langkawi. Memang keenakan Char Kuew Teou dekat sini diakui oleh kebanyakkan pelanggan yang dah try tau. Selain tu, Makanan Western dekat GM Burger ni memang best sangat. Power makanan dia sebab sos Black Pepper dia yang memang Wow Gila.
Selain Char Kuew Teou apa yang saya boleh rekemen dekat anda semua dia punya OBLONG KAMBING SPECIAL. Perghhh, rasa kambing dekat daging Oblong dia memang luar biasa. Anda takkan ingat yang anda makan Daging Oblong. Sebab rasa dia memang pure Kambing. Siapa yang datang ke Langkawi mesti try GM Burger ni yang terletak berhampiran Pekan Kuah. Mula operasi jam 6.30 ptg.
Lokasi: 161, Kampung Kelibang, Mukim, 07000 Kuah, Kedah
2. Satay Tulang Langkawi
“ Semua satay sama ja la mana ada beza”. Ok satay ni ada beza. Sebab tu dinamakan satay tulang. Bukan dia ambk sisa-sia tulang buat satay. Tetapi satay tulang ni dia ambil bahagian tulang lembut yang boleh dimakan tu sekali dengan isi tu. Dia punya rasa campur dengan kuah kacang manis dia memang “UMPH”. Dia ada tiga jenis satay iaitu satay ayam, satay daging dan yang paling best satay KAMBING.
Perapan satay ni memang sedap sebab perapan dia sangat smooth dan tidak terlalu kuat. Satay paling best sini ialah satay kambing yang mana rasa manis kambing tu masih ada. Dicampurkan p**ak dengan kuah kacang special tu memang terbaik. Selain satay, goreng-goreng pun ada jadi memang tempat yang best lah untuk dinner anda di Langkawi. Dia buka petang mula jam 6 ptg.
Lokasi: Jalan Penarak, 07000 Langkawi, Kedah (Berhadapan Kompleks HIG)
3. Nasi Daging Bakar
Asyik-asyik nasi ayam ja kan? Jom try Nasi Daging Bakar dekat Medan Niaga Padang Masirat. Apa yang buat dia best perapan daging bakar dia yang gunakan sos Black Pepper memang mengancam ingatan. Balik dari Langkawi pon mesti teringat-ingat. Secara jujur saya makan sini sebab nampak sign board ja. Lepastu terus terdetik nak makan. Selepas makan serius setiap masa rasa nak beli bungkus. Yang paling best daging bakar dia pasti aka nada bahagian lemak yang juicy tu.
Haaa , sebab tu la setiap yang melawat ke Langkawi mesti try makan tempat ni. Dia ada juga Nasi ayam , Bihun Sup Kedah dan banyak lagi. Semua mesti try. Untuk tempat ni saya tak pasti location sangat sebab selalu p makan tak teringat nama apa. Tapi rasanya dekat Medan Niaga Padang Masitrat. Boleh Google untuk location.
Location: Medan Niaga Padang Masitrat (kot)
4. Peneram/ Telinga Keling (Makam Mahsuri)
Peneram ni memang saya berani jamin korang tak pernah rasa yang sesedap dekat sini. Dia punya keistimewaan adalah bila selalu peneram ni kalau tinggal lama dia akan lembik dan liat kan. Terus turn off nak makan. TAPI yang ni kalau panas-panas dia lembut manis-manis tapi kalau tinggal lama dia akan jadi crunchy . Memang sedap la.
Semua mesti try peneram ni dekat Kawasan Parking Makam Mahsuri. Dia ada juga dijual kuih karas. Kalau hari bertuah anda Mak Cik ni akan jual Pau Bakar. Tapi memang kalau anda bertuah la nak rasa keenakan pau bakar mak cik ni. Jadi kalau dah singgah Makam Mahsuri jangan pernah sesekali lupa nak beli peneram makcik ni.
Lokasi: Tempat Parking Tambahan Makam Mahsuri
5. Laksa Makam Mahsuri
Ini saya akan kata kan Laksa yang “BEST AMONG THE BEST” . Ramai orang akan ingat Laksa ikan sekoq tapi ikan dalam kuah tak ada pon. Yang menariknya Laksa Makam Mahsuri ni dalam kuah saja dah berekoq-ekoq ikan dah. Memang kuah dia pekat denga nisi ikan saja. Tu yang best tu. Bukan sembang ikan sekoq tapi ikan dalam kuah pun tak ada.
Selain tu, penat-penat berjalan makan p**a Aiskrim Goreng. Memang terbaik. Luar rangup dalam sejuk. Selain tu ada juga Peknga Gulai ikan, Pulut Ikan Kering. Suasana tempat yang menarik di atas rumah kayu kampong membuatkan makanan lebih enak ketika dijamah. Memang sangat WAJIB,WAJIB,WAJIB ke sini. Kalau datang Langkawi tak try Laksa Makam Mahsuri memang satu kesalah besar.
Lokasi: Dalam Makam Mahsuri
Semua tempat makan ni tak ramai pelancong yang tahu sebab penduduk tempatan diam-diam tak viralkan takut nanti makanan cepat habis. Tapi jangan risau saya tolong anda cuba 5 tempat Sedap tapi tak VIRAL. Jangan lupa masukkan dalam list anda 5 tempat makan ini ya.
Sumber : Kota Mahsuri - LGK